Gempa Bumi Turut Dirasai Di Malaysia !!!
11 April 2012 – Gempa Bumi yang baru melanda di Sumetera ,Indonesia di sekitar Kuala lumpur dan di pantai barat semenanjung Malaysia telah menimbulkan kekecohan disini. Ini dimana beberapa buah bangunan tinggi atau pencakar turut merasai gegaran yang berukuran 8.9 skala richter itu. Gempa yang baru melanda sumetara pada jam 16.30 WIB itu turut diberikan amaran Tsunami oleh Geological Indonesia.
Gempa tersebut turut dirasai di Malaysia dan kuala lumpur merupakan kawasan paling kuat menerima gegaran gempa tersebut. Ini merupakan gempa kedua dalam masa seminggu di Sumetera. Rakyat Malaysia di Indonesia masih lagi belum diketahui keselamatannya dan dijangka dapat diketahui oleh Wisma putra dan kedutaan Malaysia pada lewat malam ini. Selain itu, turut dinasihatkan kepada nelayan disekitar pantai barat semenanjung tidak keluar ke laut atau mandi disekitar pantai kerana amaran Tsunami baru sahaja diumumkan.
Rabu 11 April 2012, Pukul 15:38:33 WIB, kekuatan 8.9 SR, lokasi 2.34°North-92.98°East, kedalaman 10 km, wilayah Simeulue, NAD. Berpotensi Tsunami. (GFZPotsdam/EMSC)






