Dato’ Dr.Sheikh Muszaphar Selaku Duta Empire “Premiere”

March 7, 2013 at 12:58 am

DSC_0145

 

6.3.2013 - Dato’ Dr.Sheikh Muszaphar selaku Angkasawan Negara telah pun dilantik oleh Empire Classic Furniture selaku duta bagi jenama Empire “Premiere”. Pelantikan yang dimaklumkan kepada media itu berlangsung di salah sebuah cawangan Empire Classic Furniture di Ampang. Pemilihan Angkasawan Negara ini berdasarkan ciri-ciri beliau yang mempunyai karisma dan aura tersendiri dimana ia mampu memberikan pulangan yang baik kepada pemilik syarikat Empire Classic Furniture iaitu Mr. Tan Lian Chai.

Pemilihan ini juga berdasarkan kepetahan Dato’ Sheikh Muszaphar ketika berbicara dan penampilan yang menarik serta ramai peminat membuatkan Empire Classic Furniture memilih beliau selaku duta rasmi jenama tersebut. Kerjasama diantara dua pihak ini turut melibatkan salah satu persatuan iaitu YAYASAN yang juga sebuah badan amal. Segala pembelian di Empire Classic Furniture bakal memberikan seorang pembeli itu membeli sambil beramal kerana beberapa peratus daripada pembelian bakal di dermakan kepada badan amal tersebut.

DSC_0138

 

Premiere brand telah mengkategorikan kepada 4 jenis perabut iaitu Empire House of Chesterfield, Empire Italian Heritage, Empire Nobel Home dan Empire Luxury France Home. Beliau selaku duta jenama ini menyifatkan bahawa dengan adanya kerjasama ini dapat membantu penjual jenama ini dan dapat menarik minat golongan professional muda dalam pemilihan perabut berkelas tinggi ini.

Selain itu, hasil reka yang menarik dan teliti pasti membuatkan harga perabot tersebut agak mahal. Namun ia amat berbaloi kerana hasil kerja tangan yang terbaik dan sangat cantik. Ia pasti menjadi minat orang ramai dalam memberikan yagn terbaik dalam hiasan dalaman rumah masing-masing.

 

DSC_0167

 

Membeli dan beramal pasti satu perkara yang diinginkan oleh pembeli jenama ini dan Dato’ Sheikh juga mengharapkan golongan professional dapat mengetahui lebih lanjut mengenai jenama dan produk dari Empire Classic Furniture. Walaupun ianya agak mahal namun ia tetap berbaloi kerana kualiti serta kepuasan hasil kerja tangan dalam menghasilkan perabut ini.

 

“Malaysian Supernova” Bakal Gegarkan Perancis !!!

January 22, 2013 at 1:02 pm

8389067073_fb1bf52799_z

 

Konsert ”Malaysian Supernova” bakal berlangsung di perancis pada 27 Januari 2013. Penampilan 8 artis Malaysia yang akan membuat persembahan  adalah langkah untuk mereka memasuki arena antarabangsa dengan lebih giat lagi . Konsert ”Malaysian Supernova” adalah salah satu konsert yang akan diadakan di pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri muzik yang dikenali sebagai MIDEM .MIDEM adalah singkatan untuk Marché International du Disque et de l’Edition Musicale yang diadakan setiap tahun di dalam dan sekitar Palais des Festivals et des Congrès di Cannes, Perancis.Acara yang diiktiraf sebagai pameran perdagangan terbesar di dunia bagi industri muzik, telah diadakan sejak tahun 1967. Beberapa ribu pemuzik, pengeluar, pengurus, dan wartawan dari seluruh dunia akan menghadiri acara berkenaan, yang kini diadakan di akhir bulan Januari.

Antara artis yang akan terlibat di Konsert ”Malaysian Supernova” ialah Amanda Imani , Bunkface , Goldfish & Blink , Hujan , Jaclyn Victor , Nadhira , ZE! dan Sasi The Don . Ia adalah gabungan genre yang penuh menarik dengan muzik indie rock , pop , RnB , electro dan reggae pastinya ia akanmenyerlah setiap muzik dengan sentuhan Malaysia . Malah tahun ini buat pertama kalinya Malaysia telah menyertainya , ini adalah inisiatif yang diambil dan dibiayai oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengembangkan muzikMalaysia.Selamat maju jaya kepada artis-artis yang akan tampil di perancis nanti dan semoga mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Laut Camargue, France Bertukar Menjadi Merah ?

August 16, 2012 at 8:06 pm

16 Ogos 2012, Di selatan France terletaknya sebuah pantai  bernama Camargue yang telah menjadi salah satu tarikan pelancongan disini. Ini dimana pantai yang kebiasaannya berwarna biru telah bertukar warna kepada merah. Ini disebabkan ketumpatan air yang dipenuhi oleh sejenis garam (Red Salt). Ia merupakan salah satu fenomena menarik berlaku disini apabila laut yang dipenuhi garam ini dilihat telah mengubahkan warna air dari biru kepada merah.

Kadar garam yang tinggi di laut ini telah membuatkan seorang jurugambar dari Moscow, Russia iaitu Sam Dobson telah mengambil gambar laut ini. Beliau yang ketika itu sedang memandu keretanya di tepian laut tersebut sangat tertarik dengan permandangan menarik di selatan perancis itu.

Garam bersama kristal semulajadi itu dilihat jelas dari tepi pantai dan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat kejadian aneh tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...