“Lawak Ke Der 2″ Bakal Di Pawagam 7 Mac 2013

February 23, 2013 at 12:00 pm

Lawak-Ke-Der-2-Poster-Filem-1

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

DSC_3106

Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.

Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.

DSC_0173

Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia.

Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair. Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.


DSC_0187
Bagi saya, Lawak Ke Der 2 ini menampilkan satu kelainan dan ia perkara baru di dalam industri perfileman negara. Ini dimana persembahan pentas dijadikan filem dan ia sememangnya tidak pernah lagi dibuat di Malaysia.  Dengan menampilkan barisan pelawak yang terbaik, filem ini bakal memberi satu keistimewaan kepada penonton yang menyaksikan filem ini. Ini dimana anda akan sentiasa tergelak di dalam pawagam kerana hampir 99% babak pementasan ini adalah berasaskan lawak.
Jom kita lihat gambar sekitar Majlis Tayangan Media “Lawak Ke Der 2″ :-
DSC_0190
Sewaktu di temuramah bersama media, Hans Isaac selaku pengarah Lawak ke Der 2 menyifatkan filem ini tidak mempunyai genre khas. Ini dimana ia merupakan salah satu perkara baru di dalam industri filem dimana pementasan lawak dijadikan filem. Beliau juga tidak meletakkan sasaran untuk filem ini keran ia masih lagi dalam pengujian kerana perkara ini masih baru lagi bagi peminat wayang di Malaysia. Kesemua barisan pelawak juga turut bersepakan dan mengharapkan sambutan yang baik terhadap peminat akan filem yang  bakal ditayangkan pada 7 Mac 2013 nanti. Oleh itu, mari bersama-sama kita ke pawagam dan bergelak ketawa sehingga puas..
Terima kasih kepada kak ruby yang telah invite saya ke sini, dan terima kasih juga kepada Tall Order Productions kerana telah memberikan yang terbaik pada majlis tayangan media filem “Lawak Ke Der 2″ yang berlangsung di The Curve (23.2.2013) . Di majlis ini, Zizan dan Harith Iskandar tidak dapat hadir kerana diatas urusan tertentu.
DSC_0194
JOHAN
DSC_0197
Nabil
DSC_0192
Hans Isaac (Pengarah)
DSC_0191
BOBOI yang terdiri daripada harun salim bachik dan afdlin shauki
DSC_0164
 harun salim bachik
DSC_0166
saya dan nabil
DSC_0162
saya bersama Hans Isaac

Review : “Gangster Celop” Di Pawagam Pada 21 Feb 2013

February 8, 2013 at 11:43 am

 

DSC_0153

 

Filem Gangster Celop merupakan filem hasil gabungan Skop Production dan Excellent Pictures yang juga merupakan gabungan syarikat bumiputera dalam memperjuangkan industri filem Melayu. Filem yang  ditayangkan pada 21 Febuari 2013 ini bakal anda dapat tonton di 70 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei.Filem yang menelan kos Rm 1.7 Juta ini telah menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka. Ia turut dibintangi oleh Syamsul Yusof, Kamal Adli  dan bintang baru iaitu Hanis Zalikha.

DSC_0164

 

Menurut Dato Yusof Haslam, sebagai penerbit bersama beliau menyifatkan kerjasama ini merupakan perangsang kepada kedua-dua buah syarikat dalam bidang industri perfileman. Melalui perkongsian dan kerjasama melalui filem ini, kedua-dua syarikat dapat menghasilkan karya yang terbaik dan mampu menarik lebih ramai penonton ke pawagam.

 

DSC_0165

 

Bagi pengarah dan penerbit Ahmad Idham, melalui kerjasama ini dapat membuka ruang kreatif yang lebih luas dan dapat menghasilkan karya terbaik. Kreativiti merupakan aspek yang penting dalam sesebuah karya . Oleh itu, hasil pergabungan dua syarikat ini dapat memberikan kelebihan buat beliau dan ini merupakan faktor utama tarikan penonton ke pawagam.

 

DSC_0177

 

Gangster Celop yang menceritakan mengenai Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru dibebaskan dari penjara, ingin keluar dar dunia gangsterisme, telah ditugaskan untuk menjaga Suzana (Hanis Zalikha) anak kepada Mat Jambu (Yus Jambu), Ketua kumpulan yang dianggotai Adam dan Aman. Dalam pada masa yang sama, pertelingkahan merebut kawasan di antara Mat Jambu dan Man Cirit (Azad Jazmin) semakin kritikal sehingga melibatkan Suzana, Aman, dan Adam.

Dengan penampilan barisan pelakon yang terbaik, filem Gangster Celop dijangka baka mencetuskan fenomena terbaru dalam industri perfileman tempatan. Pergabungan ini juga mampu

 

DSC_0158

Bagi saya pula, sebagai penggemar filem tempatan, filem ini menampilkan satu jalan cerita yang berlainan dari cerita lain. Filem aksi dan plot ceritanya juga ada banyak perkara baru sambil tidak melupakan ciri-ciri Malaysia yang ada. Kualit sound effect dan gambar membuatkan anda merasakan filem ini lebih menarik ditambah pula dengan lawak dan jenaka setiap pelakon di dalam filem ini.

Genre filem ini boleh dikatakan Action comedy di mana banyak aksi berlawan dapat anda tonton di filem ini. Cara yang unik serta idea yang baru membuatkan penonton tidak bosan dengan jalan cerita filem ini walaupun ianya tidak mengunakan kos yang terlalu besar. Filem ini sesuai untuk tontonan bersama keluarga dan rakan dan ia menceritakan banyak pengajaran berguna kepada penonton. Filem ini saya bagi 3 dari 5 bintang dan apa pun ia tetap menarik untuk anda tonton.

 

DSC_0168

 

GC_Poster

 

SINOPSIS

GANGSTER CELOP (DI PAWAGAM 21 FEBRUARI 2013)

Sebuah Filem: AHMAD IDHAM

ADAM & AMAN merupakan bekas banduan yang telah selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun di atas kesalahan yang dilakukan mereka sebelum ini. Hukuman yang dihadapi mereka telah berjaya mengubah mereka menjadi orang yang baik.Setelah keluar dari penjara,mereka ditemukan semula dengan MAN JAMBU, ayahanda yang menyebabkan mereka meringkuk dalam penjara. Mereka ditugaskan untuk menjaga anak MAN JAMBU iaitu SUZANNA yang baru pulang dari England.

Suatu Hari,MAN JAMBU ditembak dihadapan mereka setelah selesai persetujuan pemberian kawasan kepada MAN CIRIT,salah seorang ketua kumpulan gangster.Polis mula memburu AMAN dan ADAM yang disangka suspek utama kejadian bunuh tersebut. Mereka melarikan diri sehinggalah ke sebuah kampung dan bertemu dengan PAK ABU dan anak gadisnya RABIATUN. Mereka membantu ADAM,AMAN dan SUZANNA menyelesaikan kes dengan memburu MAN CIRIT.

Mereka menyuruh MAN CIRIT mengaku salah atas kematian MAT JAMBU. ADAM & AMAN ditembak polis INSPEKTOR JALALUDDIN semasa pergaduhan antara mereka.Tiba di Forensik, mereka mula disedarkan dan dengan kehadiran MAT JAMBU yang disangkakan sudah mati mengejutkan mereka. MAT JAMBU menceritakan perkara sebenar bahawa dia dan INSPEKTOR JALALUDDIN telah membuat rancangan untuk memerangkap MAN CIRIT.

 

Koleksi Gambar Babak Di Dalam Filem Gangster Celop

Gangster Celop : Gabungan Hanis Zalikha, Kamal Adli & Syamsul Yusof

February 8, 2013 at 12:47 am

GC_Poster

 

Filem yang bakal ditayang pada 21 febuari 2013 ini, menampilkan 3 gabungan pelakon iaitu Hanis Zalikha, Kamal Adli & Syamsul Yusof. Selain itu, ia turut dibintangi oleh Yus Jambu, Lan Pet Pet dan ramai lagi.  Sebelum anda pergi menonton filem ini, jom lihat beberapa babak menarik yang ada di dalam filem ini :-

 

GC_FilmScene 10

GC_FilmScene 6

GC_FilmScene 19

GC_FilmScene 17

GC_FilmScene 13

GC_FilmScene 7

GC_FilmScene 9

GC_FilmScene 22

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...