Justin Bieber & Selena Gomez Betul ke Berpisah ? Yahuuu !!!
Kisan percintaan Selena Gomez dan Justin Bieber dikatakan sudah berakhir pada minggu lepas. Penyanyi cantik molek itu dikatakan telah memutuskan hubungan dengan penyanyi muda terkemuka dunia, Justin Bieber dengan alasan berlaku curang terhadapnya. Nama Barbara Palvin dikatakan muncul menganggu hubungan percintaan kedua-dua artis terkemuka Amerika ini. Beberapa sumber mengesahkan percintaan mereka sudah berakhir pada minggu lepas, namun kini timbul semula khabar angin terbaru yang mengatakan hubungan mereka kembali intim.
PUNCA :-
Kisah ini berpunca setelah Barbara Palvin upload gambar beliau bersama Justin Bieber ketika di salah sebuah pertunjukan fasyon di US. Gambar tersebut telah tersebar di twitter.
Apa kata Selena ?
Selena Gomez tidak menjawab sebarang pertanyaan dari pihak media US mengenai percintaan beliau dengan Bieber. Namun menerusi laman twitter Selena, salah seorang peminat telah bertanyakan ”Are you still with your boyfriend?”. Lalu selena membalas ”Yes I am!”.
Justin Bieber & Barbara Palvin
Apa kata Barbara Palvin ?
Twitter Palvin : “last time im saying it. Please calm down. There is nothing going on [with] him. I met him and did a pic [with] him. Wouldn’t you do the same?
#friendship”.Palvin menegaskan bahawa beliau tidak ada apa-apa hubungan dengan Justin Bieber .
Jadi hubungan percintaan mereka masih lagi menjadi tanda tanya ? Jika benar , pasti ia satu perkara mengejutkan dunia hiburan US dan jika tidak benar ,maka itu adalah perkara biasa dalam khabar angin hiburan.







