Pakej Ke Murah Ke Korea Serendah Rm 979 (Hotel + Flight)

April 8, 2013 at 8:37 pm

11

 

 

Mana yang nak sangat ke Korea tu, mungkin ini salah satu cara paling cepat untuk ke sana. Di samping dapat pakej yang murah dari AirAsiaGo, korang juga dapat menikmati kadar tiket penerbangan yang murah. Selain Seoul, banyak lagi tempat-tempat menarik yang ditawarkan AirAsia. Diantaranya adalah seperti Taiwan, Jepun, Australia dan China. Rugi kalau lepaskan peluang macam ni. Saya sendiri guna pakej ini dan dapat berjimat cermat untuk ke Korea.

Jika korang ambil pakej ni, korang hanya perlu  ambil tour ground ataupun secara Backpackers. Kalau korang berminat nak ambil tour ground. Korang boleh la email saya di uzairblog90@gmail.com ataupun di Facebook UzairOthman.com  . Sebarang pertanyaan, bolehlah korang tanya disana. Untuk tengok pengalaman saya di Korea, boleh la tengok dekat link bawah ni :-

Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 1

 

aa

 

 

Book from 9 Apr – 19 May 2013 | Travel from Now – 30 Nov 2013

 

Melalui Cuti Semester Yang Panjang !!!

February 6, 2013 at 11:08 pm

IMG-20130206-02538

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog UzairOthman.com. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi membaca blog saya walaupun jarang-jarang update. Tetapi sekarang saya sudah bercuti panjang selama 4 bulan dari pembelajaran. cuti semester sampai hujung bulan mei membuatkan saya menghitung hari dekat rumah dan tak tahu nak buat apa.

Kebiasaannya pada awal tahun memang kurang event untuk blogger, tetapi Alhamdulillah saya ada kerja sampingan yang lain dan dari situ juga saya sempat update blog saya. Bagi yang pertama kali membaca blog uzair, saya ucapkan selamat datang kepada anda semua, harap anda tinggalkan komen dan link blog anda. nanti boleh lah saya datang melawat ke blog anda.

untuk bulan febuari ni saya memang banyak habiskan masa di rumah saja, dan sekali sekala ada la juga keluar bersama rakan-rakan. saya ni memang susah nak melepak keluar sebab saya banyak habiskan masa saya dengan bermain game di rumah.  Selain tu, saya banyak habiskan masa dengan bermain gitar dan baca artikel di internet.

Rasanya dah lama saya tak bercerita pasal diri saya, sebab selama asyik sibuk cerita pasal travel, event dan reviews. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada anda semua kerana masih setia membaca blog saya. Bagi rakan-rakan pembaca blog beragama budha saya ingin ucapkan selamat tahun baru cina.

 

UzairOthman.Com : Trip Percutian Ke Medan, Indonesia – Day 1

October 11, 2012 at 3:09 pm

Assalamualaikum Horas !!! Menjuah-juah !!  ya itulah dia salam dari Medan yang diguna pakai oleh masyarakat Batak disana. Percutian 4 hari 3 malam di Medan,Brastagi dan Danau Toba adalah satu percutian yang menyeronokkan dimana saya dapat merehatkan diri dari kerja dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Percutian ke Medan kali ini disertai oleh 13 orang termasuk saya. Percutian selama 4 hari ini bermula pada 28 september hingga 1 oktober yang lalu dan ia merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Indonesia. Untuk ke Medan, saya menaiki pesawat Air Asia dari LCCT pada jam 1.40 petang dan tiba di Lapangan Terbang Polonia,Medan pada jam 1.40 petang (Waktu Indonesia).

*Untuk ke Indonesia anda tidak perlu mengunakan VISA dan perlu diingatkan bahawa sebelum anda meninggalkan Indonesia, anda perlu membayar Airport Tax dengan kadar harga Rm 28 atau Rp. 75.000 .Kadar airport tax ini berbeza bagi airport yang lain di Indonesia. Medan terletak di GMT 7 dan ia lewat satu jam dari waktu Malaysia.

Mata wang negara Indonesia adalah Rupiah dan kadar pertukaran mata wang dengan ringgi adalah seperti :-

Rm 0.30 = 1000 rupiah

Rm 1 = 3000 rupiah

Rm 3 = 10 000 rupiah

Rm 10 = 30 000 rupiah

Rm 100 =300 000 rupiah

Rm 321 = 1 000 000 rupiah

(perkiraan ini adalah anggaran sahaja)

anda dinasihatkan juga untuk menukarkan duit matawang rupiah lebih awal bagi mengelakkan harga mahal untuk menukar duit di Indonesia dan rancanglah perjalanan anda dengan tertib dan baik.

Gambar di atas ini adalah Wanda Adithia yang merupakan Tour Guide kami selama 4 hari 3 malam di Indonesia ini. Beliau lah yang banyak memberikan kami serba sedikit pengetahuan mengenai medan dan seluruh tempat yang kami lawati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...