Adat Istiadat Jamuan Makan Diraja ?

March 21, 2012 at 7:10 pm

Mungkin ramai yang selalu hadiri majlis makan ataupun jamuan makan yang formal. Namun tidak ramai orang yang pernah hadiri jamuan makan diraja. Diraja itu bermaksud Sultan atau Yang Dipertuan Agong  dan majlis jamuan makan bersama Diraja ini agak sedikit berlainan dengan jamuan makan formal yang lain. saya baru sahaja belajar dan mengetahui serba sedikit perkara yang boleh dan tidak boleh ketika jamuan makan Diraja ini.

Perkara yang perlu dipatuhi ketika Jamuan makan diraja ini adalah seperti :-

1. Anda dilarang memakai pakaian berwarna kuning dan tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke majlis Diraja..

2.Ketika hendak memulakan makan, anda tidak boleh memegang sudu dan garfu sebelum Sultan atau Agong memegangnya dahulu.

3.Begitu juga ketika hendak makan, anda juga tidak boleh makan sebelum Sultan atau Agong makan.

4.Tetamu di Jamuan makan diraja perlu berhenti makan sebaik sahaja sultan atau Agong berhenti makan.

5.Sebaik Agong atau pun Sultan meninggalkan majlis barulah anda boleh makan puas-puas tanpa mengikut protokol.

6. Tidak dibenarkan mengambil gambir ketika tetamu vip dan kerabat diraja sedang makan.

Jadi begitulah serba sedikit adat dan etika protokol jamuan makan Diraja yang perlu anda patuhi. Mudah dan senang sahaja protokol tersebut dan di nasihatkan bahawa anda makanlah puas-puas dahulu sebelum hadir ke Majlis jamuan makan Diraja ini kerana anda perlu menunggu waktu yang lama untuk makan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...