Showcase ST12 Promo Tour Akustik Lentera Hati (Live in Malaysia 2013)



Bidadari Bumi
Ilu Inu (I Love You I Need You ayead)
Lentera Hati
Tidak Tahu
Penantian ayead Tak Berujung
St Setia
Sumpah Mati
Menikahlah Denganku
Cinta Terbagi









Tak sabar rasanya nak terbang jauh ke Korea Selatan pada 1 April ini. Saya bersama keluarga bakal ke sana selama 5 hari 4 malam dan kali ini saya akan tunjuk cara bagaimana untuk Web Check-in Flight ticket AirAsia. Caranya amat mudah dan anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah ini.
Langkah 1 : Anda perlu layari laman web http://www.airasia.com/ dan seterusnya klik Login di penjuru atas kanan laman web tersebut.
Langkah 2 : Anda perlu masukan Username (email) dan password. Pastikan anda berdaftar dengan AirAsia.
Langkah 3 : Apabila keluar paparan diatas, lihat di bahagian BOOKINGS dan klik pada Manage my Booking
Langkah 4 : Setelah itu, lihat tempahan semasa dan klik Check in (warna ungu) untuk web check in atau ubah suai bagi ingin menambah item di penerbangan anda.
Langkah 5 : setelah itu akan keluar paparan diatas, pastikan anda menandakan ” / ” pada kedua-dua penerbangan pergi dan balik. Sila semak tarikh dan masa penerbangan anda sama betul atau salah. Seterusnya, tandakan “/” pada setiap nama pada paparan tersebut. Isikan butir-butir diri seperti tarikh lahir, nombor passport, dan tarikh luput passport. (pastikan passport bersama anda ketika web check in ini bagi memudahkan urusan check in anda)
Langkah 6 : Paparan diatas akan keluar setelah anda mengisi butiran diri. Semak butiran diatas sama ada betul dengan apa yang anda tempah seperti luggage dan item lain.
Langkah 7 : Pilih sama ada anda ingin insurans penerbangan atau tidak. jika tidak mahu, sila klik “cancel insurance” dan “No, Thank you”
Langkah 8 : Baca syarat penerbangan dan tandakan “/” pada bahagian bawah syarat-syarat tersebut.
Langkah 9 : Anda boleh hantar dokumen berbentuk PDF melalui email atau terus print tiket penerbangan anda.
Mudah kan? baik check in awal kerana ia membolehkan anda cepat masuk ke gate penerbangan tanpa melalui kesesakkan di LCCT. Selamat Mencuba dan selamat bercuti ye..
27.2.2013 – Bertempat di Berjaya Times Square, KL berlansung Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain) yang menampilkan beberapa panel khas yang turut terlibat sama di dalam sosial media. Pengemar Sosial media dari serata dunia tampil di persidangan ini yang turut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan pengguna setia sosial media seperti Twitter dan Facebook.
Minggu sosial media yang berlangsung dari 26 Febuari sehingga 3 Mac 2013 ini diadakan bertujuan untuk membina perhubungan diantara rakan media dari serta dunia selain dapat menilai sejauh mana keberkesanan sosial media terhadap orang ramai. Selain itu, ia juga dapat memberi kejayaan kepada penggemar sosial media untuk mencari tujuan dan kejayaan dari program ini disamping dapat menghasilkan satu kepercayaan dan keputusan yang terbaik dari segala aspek.
Dalam masa yang sama, ia juga menjemput para Gen-Y iaitu golongan belia untuk turut serta di dalam sosial media dan mengunakan ia untuk pendidikan serta arah yang betul. Perdana Menteri Najib juga turut menyatakan bawah golongan yang mengunakan sosial media ini perlulah lebih matang dan professional dalam menyebarkan berita dan fakta yang tebaik dan betul. Beliau juga sempat mengumumkan laman sosial yang terbaru di sertai beliau iaitu Instagram. Anda boleh follow instagram beliau di @Najib_Razak .
Shahul Hameed, Founder & President Malaysia Social Media Chambers yang juga diantara orang penting dalam persidangan Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain). Beliau turut menyatakan bahawa sosial media amat penting dalam Bisnes dan memperluaskan produk sesuatu syarikat. Sosial media juga dapat mewujudkan satu rangkaian tanpa batasana di serata dunia dan sesuatu bisnes itu dapat berkembang pesat melalui sosial media.
Minggu sosial media ini turut menjadi platform bagi blogger dan media mengunakan sosial media dengan lebih mendalam dan mengetahui segala kebaikan dan kekurangan sosial media. Oleh itu, persidangan ini amat sesuai diadakan di Kuala Lumpur bagi memberikan pengetahuan kepada rakyat Malaysia bahawa pentingnya Sosial Media yang mampu menjana pendapatan mahupun menaikkan sesuatu syarikat.
Dsini juga para media dapat berkongsi pengalaman dan mengkaji lebih mendalam terhadap sosial media di masa akan datang. Beliau turut mengharapkan dengan adanya persidangan ini dapat digunakan oleh pihak kerajaan, NGO, Usahawan bagi meningkatkan usaha sama serta menaikkan rangkaian perhubungan antara satu sama lain.
Pada hari pertama persidangan, terdapat 14 orang panel yang tampil memberikan pendapat serta pandangan terhadap pelbagai soalan dan tajuk perbincangan. Antara yang sempat saya dengar adalah Panel dari Australia iaitu Laurel Papworth (Social Media Strategist & CEO Community Crew, Australia). Antara tajuk perbincangan pada sesi ini adalah “Facebook, Twitter, Social Media – Where is the Money? ”
Pelbagai pertanyaan dan persoalan bermain di fikiran anda dan pasti anda ingin tahu bagaimana perancangan strategi terbaik mampu menjana pendapatan dari sosial media. Beliau juga turut berkongsi cara untuk meningkatkan pendapatan dengan sosial media. Antara cara terbaik adalah mengunakan twitter ataupun facebook dalam menyebarkan aktiviti harian kepada rangkaian penggemar sosial media anda. Selain itu, dengan penggunaan beberapa aplikasi tambahan juga mampu meningkat bilangan pembaca blog mahupun penggemar laman sosial anda dan salah satu caranya adalah melalui Facebook Page dan Group.
Panel kedua pula iaitu Murtuza Adenwala (General Manager E-commerce Go Air ,India. Beliau menyokong penggunaan sosial media dalam meningkatkan pasaran perniagaan dan keuntungan syarikat. Beliau juga telah memberi contoh terbaik yang digunakan di India. Antara contohnya adalah mempromosikan percutian ke Ireland kepada rakyat India.
Pelbagai cara digunakan seperti facebook, twitter dan pelbagai laman sosial yang lain dalam mempromosi Ireland sebagai percutian idaman rakyat India. Setelah mengunakan sosial media, beliau mendapati percutian ke Ireland ini telah meningkat dari angka 10 ke angka 5 dalam carta penerbangan yang paling kerap di India. Oleh itu ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan promosi serta keuntungan kepada majikannya.
Beliau juga turut menyifatkan bahawa anda juga perlu turut serta di dalam sosial media kerana ia akan meningkatkan penjenamaan syarikat mahupun produk yang anda ingin pasarkan dan meningkatkan respons yang baik terhadapat produk tersebut. Selain itu, ia juga boleh mendekatkan syarikat dengan pelanggan dan seterusnya dapat pulangan yang tebaik kepada syarikat.
Panel berikutnya adalah Rafiq Razali (Country GM of Groupon Malaysia). Salah sebuah syarikat yang dikenali di Malaysia dimana perancangan perniagaan Groupon terarah dengan sosial media. Dengan mengunakan sosial media, ia lebih mudah dan dapat mendekati pengguna laman sosial disamping dapat meningkatkan lagi keuntungan serta peluang yang lebih luas.
Antara tajuk lain yang diperbincangkan adalah “Strategy to involve employees and outsourcing social media marketing” . Panel Jojo Struys (Executive Director Kyanite TV & Celebrity Personality Malaysia) menerangkan dengan mengunakan orang yang berpengaruh seperti pelakon mahupun penyanyi mampu meraih keuntungan yang lebih .Ini dimana celebrity yang mempunyai bilangan peminat yang banyak yang dinilai dari facebok like ataupun follower twitter menjadi buruan syarikat besar bagi mempromosikan sesuatu produk kerana ia merupakan ikon kepada masyarakat.
Sebagai contoh, beliau telah mengunakan Yuna dan Zizan Raja Lawak dalam mempromosikan sesuatu produk pada tahun lepas. Hasilnya pulangan yang diraih adalah mendapat sambutan kerana pengaruh follower twitter dan fb like kedua-dua celebrity itu sangat banyak dan turut dikenali di seluruh Malaysia. Oleh itu, salah satu cara untuk meraih keuntungan, pastikan anda mempunyai sesuatu yang menarik yang boleh dikongsikan di sosial media.
Panel Seterusnya adalah Kang Hyun Bin (Director of LINE Business, Korea) yang membawa tajuk ” Innovative Strategies to engage customer loyalty and enhance brand engagement”. Disini saya menerima pelbagai idea menarik oleh beliau dimana kejayan beliau membuat LINE menjadi aplikasi yang HIT di 11 negara dalam tempoh yang singkat telah memberikan saya motivasi untuk berjaya dalam dunia blog ini.
Namun ia sedikit berlainan kerana ia melibatkan dalam bidang perhubungan. Anda yang juga sebagai pengguna Aplikasi LINE pastinya tahu pelbagai kemudahan boleh diraih pada aplikasi ini dan ia sangat menghiburkan. Oleh itu LINE telah menukarkan aplikasi ini ke dalam bentuk perniagaan seperti menjual sticker dan beberpa watak di dalam aplikasi LINE. oleh kerana mendapat sambutan yang meluas ,ia juga turut digunakan oleh syarikat yang besar dalam mempromosi iklan di dalam aplikasi LINE ini.
Penyebaran maklumat dari aplikasi LINE ini mendapat liputan yang luas kerana penguna aplikasi ini telah mececah jutaan pengguna dan ia satu pelaburan yang berhasil jika anda mengunakan aplikasi ini sebagai promosi syarikat ataupun produk anda.
Panel berikutnya adalah Jason Lo (CEO TuneTalk Malaysia) dan Jeremy Wallenberg ( Social Media Strategist Internal Affairs USA) yang membawa tajuk “Gen Y driving social media ahead, making micro blogs as a powerful tool of communication”. Ia juga turut disertai oleh YB Khairy Jamaluddin (MP Rembau, Malaysia) yang turut berkongsi dan memberikan pendapat terhadap penyertaan golongan belia dalam sosial media ini.
Jason berpendapat sasaran golongan belia dalam sosial media ini boleh di terangkan melalui perkongsian cerita melalui twitter dan facebook. Ini dimana belia boleh mengunakan sosial media sebagai tempat meningkatkan rangkaian perhubungan dan perkongsian pengalaman dalam rangkaian yang sama. Dalam masa yang sama ia juga boleh menjadikan anda terkenal dan anda boleh mengunakan social media dalam mengetahui reaksi orang ramai terhadap blog ataupun micro blogs anda.
Bagi Jeremy Wallenberg, beliau merupakan diantara orang penting dalam penyebaran maklumat ketika pilihanraya di US dimana Barrack Obama memenangi pilihanraya tersebut. Penggunaan sosial media amat penting dan ia banyak membantu presiden US itu memenangi pilihan raya US. Tambah beliau lagi, maklumat yang disampaikan akan lebih tepat dan cepat dan ia dapat mempengaruhi masyarakat dalam memilih presiden US pada ketika itu.
Berikut adalah YB Khairy Jamaluddin, beliau turut berkongsi pendapat dimana pengunaan micro blogs dan blog dapat meningkatkan tarikan anda terhadap dunia sekeliling. Ini dimana beliau juga turut mengunakan twitter dan facebook dalam penyebaran politik beliau. Beliau juga turut memberi nasihat yang berguna kepada orang ramai pada persidangan ini dimana berberapa tips turut diberikan bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini terjadi. Beliau juga menasihatkan kepada semua orang dimana tidak perlu block user seseorang kerana itu menunjukkan anda mempertahankan ideologi anda dan pasti orang lain dapat menerimanya.
Antara tips yang diberi adalah jika anda ingin post atau tweet sesuatu pastikan anda tahu fakta dan jangan lah terlalu panjang sehingga continue. Pastikan ia cukup dan muat pada tweet dan status FB kerana rangkaian sosial anda inginkan maklumat yang lebih tepat dan cepat. Ia juga memudahkan orang lain untuk membaca dan memberi respon kepada idea anda itu.
Malaysia Social Media Week 2013 (Engage, Educate & Entertain)
Malaysia Social Media Week (MSMW) is a national event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. Delivered through a network of creative conferences and streamed online through social media, SMW reaches an extensive network of people (including C-level executives, entrepreneurs, journalists, bloggers, brand managers, social media strategists, students, artists, activists and the technology/media specialist), connecting and communicating ideas and experiences to advance our understanding of social media’s role in society. Social Media Week brings hundreds of thousands of people together through learning experiences that aim to advance our understanding of social media’s role in society.