January 9, 2012 at 8:14 am

gambar dari BH online
Kes liwat Anwar Ibrahim yang akan diketahu keputusannya pagi ini telah menerima banyak bantahan dan sokongan luar biasa rakyat malaysia..ada yang menyokong dan ada juga yang membantah keputusan ini. Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya iaitu saiful merupakan satu isu yang besar oleh ahli politik ini. keputusan yang akan diumumkan pada jam 9 pagi ini bakal memberikan satu impak yang positif dan negatif bagi rakyat malaysia.
Namun, keputusan pada hari ini masih boleh dibawa rayauan ke Mahkamah Rayuan bagi mana-mana pihak yang kalah. namun pesalah tetap akan dijalankan hukuman iaitu boleh membawa hukuman 20 tahun penjara dan 20 sebatan jika di dapati bersalah. ini akan menyebabkan kes ini bakal berlarutan dan boleh menjangkau beberapa bulan lagi.
Hari ini sebilangan rakyat malaysia yang berhimpun bagi menegakkan keadilan anwar amatlah merugikan negara dimana ini menunjukkan mereka tidak menghormati perlembagaan Malaysia dan mencabar perundangan negara. kita sebagai rakyat malaysia perlulah menghormati undang-undang dan perlembagaan tertinggi negara. negara malaysia yang aman damai sejak merdeka ini perlulah dijaga supaya keamanan itu kekal sampai bila-bila.
January 8, 2012 at 12:19 pm

Hollywood- Kini Amerika Syarikat sekali lagi menimbulkan provokasi terhadap umat islam seluruh dunia apabila ingin menterjemahkan kisah pembunuhan osama bin laden dalam bentuk penceritaan. Amat mengecewakan sikap penerbit dari Amerika ini iaitu Kathryn Bigelow. Sebelum pada itu ,Pelakon lelaki Hollywood iaitu Joel Edgerton semalam mengesahkan laporan mengenai perbincangannya dengan pengarah filem untuk memegang watak utama dalam sebuah filem yang mengisahkan pembunuhan Osama Laden.
Pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia telah dihubungi oleh Bigelow untuk berbincang mengenai watak utama, namun masih belum ada lagi pengesahan dari pelakon itu . Bagaimanapun Edgerton tidak mendedahkan peranannya dalam filem itu walaupun dia dijangka memegang watak sebagai komando SEAL tentera laut Amerika Syarikat.
Beliau juga sebelum ini turut dikaitkan sebelum ini untuk memegang watak Osama yang menyerupai seorang individu islam dan alim ulama. Hal ini sangat tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam seluruh dunia yang menyifatkan islam sebagai pengganas. Filem ini sudah dimulakan pengambaran pada 11 May 2011 dan dijangka ditayangkan di panggung wayang seluruh dunia pada 19 Dec 2012.
Selepas satu penghinaan umat islam yang dilakukan oleh Amerika, mereka akan terus berusaha menghancurkan umat islam yang dipimpin oleh presiden Barrack Obama. Ego Amerika kini kian memuncak dan menggunakan wayang untuk menunjukkan penghinaan umat islam. Diharap rakyat Malaysia bersama-sama memboikot filem ini dari ditayangkan di Malaysia.