Cuba Rasa Burger Bakar Di Rasta (T.T.D.I)

June 3, 2012 at 3:28 am

Hari ini saya sempat meluangkan cuti hujung minggu saya dengan melepak bersama sepupu saya di medan selera Rasta yang terletak di Taman tun Dr. Ismail @TTDI, Damansara. Menu yang saya makan ini adalah Drilled Chicken Tenderloin Burger yang berharga RM 8. Bagi menambahkan rasa kesedapan burger ini, saya menambah cheese dengan harga Rm 1 setiap satu.

Rasta ini terletak di bersebelahan lebuh raya LDP dan berhampiran dengan kg. pengchala. Perjalanan dari kuala lumpur mengambil masa 30 minit untuk sampai kesini. Terdapat pelbagai makanan menarik Rasta dan diantaranya adalah Ayam Penyet, Western,Satay,goreng-goreng dan pelbagai lagi.

Oleh kerana begitu tertarik dengan burger bakar ini, saya pun mencuba burger ini dan ternyata rasanya sangat sedap kerana daging ayamnya adalah Homemade dan rasa begitu asli. Mungkin anda begitu familiar dengan burger bakar di Wangsa Maju, apa kata anda cuba disini pula..dan anda bandingkan yang mana terbaik..

Apa Yang Kecoh Sangat Pasal Paradigm Mall ?

June 2, 2012 at 5:50 pm

Wahhh apa yang menarik sangat pasal Paradigm Mall ni? habis kecoh kat twitter dan FB.. Rupanya Paradigm Mall ini baru dibuka pada 23 May 2012 yang lalu dimana ini merupakan shopping complex terbaru di Petaling Jaya. Lokasinya yang terletak berhampiran dengan Stesen LRT Kelana Jaya akan memudahkan anda untuk kesana. Kemudahan shuttle bus secara percuma dari stesen LRT kelana jaya akan memudahkan anda untuk ke Paradigm Mall ini.

Selain daripada menjadi tempat tumpuan shopping, terdapat juga ruangan hiburan buat keluarga seperti Kkids Playground di tingkat 1 dan terdapat juga Golden Screen Cinema (GSC) di tingakat 3. Paradigm Mall juga mempunyai hypermarket dan kedai elektronik serta gadget. Jadi jika anda ke sini pasti anda akan mempunyai pelbagai pilihan untuk melakukan pelbagai aktiviti.

 

Paradigm Mall yang terletak di bersebelahan Lebuhraya LDP  ini pastinya akan menjadi tumpuan baru warga kota kerana ia terletak betul-betul di tengah bandaraya petaling jaya. Paradigm Mall turut mengalu-alukan kedatangan anda disini. Lihat facebook Paradigm Mall bagi mengetahui maklumat lanjut. (Facebook Paradigm Mall)

untuk maklumat lanjut mengenai Paradigm Mall anda boleh lawati laman web http://www.paradigmmall.com.my/index.html

Review Film – Fright Night

September 20, 2011 at 12:23 am


The Bottom Line
This decent remake of the ’80s vampire favorite should satiate horror fans.

Director
Craig Gillespie

Screenwriter
Marti Noxon, from a story by Tom Holland, based on the film written by Holland

Cast
Anton Yelchin, Colin Farrell, Christopher Mintz-Plasse, David Tennant

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang berjiran dengan pontianak..keluarga yang hanya mempunyai seorang ibu dan anak lelaki ini diganggu oleh pontianak yang ingin mengisap darah manusia..ramai mangsa dan jiran-jirannya telah menjadi mangsa pontianak tersebut..oleh itu,pelbagai cara dilakukan untuk membunuh pontianak tersebut..

cerita ini mempunyai 2 keistimewaan iaitu ianya mempunya babak seram dan lawak..pada mulanya ia akan seram namun di pengakhirannya ia akan menjadi kelakar serta membuatkan anda hilang rasa seram tersebut..filem ini juga banyak memainkan unsur kepercayaan terhadap dracula dan ia akan bertambah lawak apabila pontianak sendiri membuat lawak di filem ini..

bagi uzair, filem ini mendapat 4 bintang daripada 5 dan ia sangat sesuai ditonton oleh penonton 18 tahun keatas kerana mengandungi unsur lucah dan perkara yang melibatkan hal agama..namun cerita ini kelakar dan seram membuatkan uzair suka tengok cerita ni..baik la korang tengok..ok cite dia.. :)



Sinopsis filem ‘fright night’

Charley Brewster lakonan Anton Yelchin merupakan seorang remaja normal yang menjalani kehidupan biasa. Tinggal di sebuah kawasan suburban bersama ibunya, Jane, kehidupan Charley bahagia disamping kekasihnya, Amy Peterson.

Kehidupan normal Charley berubah apabila satu hari ketika dia pulang dari sekolah, ibunya telah memperkenalkannya kepada jiran baru mereka, Jerry. Pada masa yang sama, rakan Charley, Ed telah memberitahu terdapat satu misteri kehilangan seorang demi seorang rakan mereka di sekolah.

Keadaan makin rumit apabila Ed memberitahu Charley yang jiran barunya, Jerry adalah pontianak namun Charley tidak sehingga dia sendiri melihatnya. Apakah yang akan dilakukan Charley untuk melindungi ibunya, kekasih dan rakan-rakan lain dari cengkaman Jerry?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...