Cek Dari ChurpChurp Sudah Sampai !! Yahuu !!!

September 10, 2012 at 4:04 pm

Ini merupakan kali kedua saya menerima cek dari ChurpChurp dimana kali pertama saya meraih pendapatan sebanyak Rm 300 ++. Kali ini saya meraih pendapatan sebanyak Rm 100 ++ pula.. Terima kasih kepada Churpchurp kerana beri saya banyak Assignment dan peluang untuk raih banyak duit.

Mungkin anda tidak pernah tau apakah itu churpchurp?

Churpchurp ini merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang memberikan peluang kepada anda meraih pendapatan sampingan dari setiap iklan yang anda share di laman sosial anda. Saya sendiri telah aktif dengan churpchurp ini setelah sekian lamanya.

Caranya mudah saja untuk dapat duit ini, pertama anda perlu daftar dan anda perlu connet account churpchurp dengan laman sosial anda seperti twitter. Setelah itu anda hanya perlu share setiap iklan yang diberi mahupun assignment yang menjanjikan banyak keuntungan kepada anda.

Jadi apa lagi, jom daftar sekarang, pasti anda akan gembira meraih pendapatan sampingan dan anda tidak perlukan keluarkan duit kerana percuma sahaja pendaftaran churpchurp ini/

 

Untuk mendaftar anda perlu melawati laman web ini www.churpchurp.com 

Berbuka Puasa #ChurpOut Di Restoran Songket

August 6, 2012 at 1:00 pm

5.8.2012 – Hari ini ChurpOut Buka puasa bersama rakan Churppers di Restoran Songket, Kuala Lumpur. Lokasinya yang terletak di No. 29, Jalan Yap Kwan Seng,  50450 Kuala Lumpur itu menjadi tempat berbuka puasa saya. Terima kasih kepada ChurpChurp.com  kerana sudi menjemput saya ke Majlis berbuka puasa #ChurpOut ini. Berbuka puasa kali ini adalah bersama para blogger dan Alphas Churpchurp iaitu para selebriti yang aktif di laman sosial ini.

Di Restoran ini menampilkan pilihan menu terbaik untuk anda dan harganya juga berpatutan dan sesuai dengan jumlah menu makanan yang disediakan. Harganya adalah RM68 ++ Dewasa dan RM34 ++ untuk Kanak-Kanak 3-11 tahun.

Anda boleh melihat menu makanan di restoran ini (di sini) 

Pelbagai menu juadah berbuka puasa disediakan di Restoran Songket ini dimana masakan melayu dan kampung disediakan kepada pengunjung yang berbuka di sini. Diantaranya adalah seperti Lauk-pauk kampung melayu, BBQ, sate, kuih muih dan pelbagai lagi.

Berbuka puasa bersama rakan-rakan sosial media yang lain merupakan salah satu pengalaman terbaik saya dimana saya dapat berkongsi cerita dengan mereka. Di event ini terdapat beberapa permainan disediakan churpchurp dan diantaranya ialah permainan Camwhore, Memorable photo pelbagai lagi. Saya juga sempat menyertai permainan meneka perwatakan iaitu saya hanya dibenarkan mengunakan anggota badan untuk menerangkan maksud sesuatu ayat yang diberikan oleh churpchurp.

Antara selebriti yang hadir di majlis berbuka puasa ini ialah Adi fashla, Yuyu Zulaikha, Budiey, dan saya juga menjemput blogger Mohdzaid.com bersama-sama saya untuk berbuka puasa disini. Ramai juga blogger yang hadir dan rata-ratanya yang dikenali di Malaysia.

Mungkin bagi anda yang tidak tahu mengenai Churpchurp, ia adalah sebuah syarikat pengiklanan yang menawarkan ganjaran kepada anda yang menyebarkan setiap iklan di laman sosial anda seperti twitter ataupun facebook. Menjana duit iklan dengan mudah telah menyakinkan saya untuk berusaha mendapatkan pendapatan sampingan dari churpchurp.

 

Review Film : The Hunger Games

March 22, 2012 at 2:26 am

sipnopsis :-

Filem yang diadaptasi daripada Novel tulisan Suzanne Collins ini akhirnya bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 22 march 2012 ini. Novelnya yang dijual pada 14 september 2008 ini memainkan watak utama iaitu Katniss Everdeen yang berumur 16 tahun. Beliau tinggal di kawasan lombong arang batu di utara amerika dan mempunyai sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada adiknya dan ibunya. Ayah Katniss telah meninggal dunia pada satu letupan di lombong arang batu di kawasan rumahnya.

Katniss seorang yang mahir dalam memburu bintanga dan beliau sangat menyangi keluarga dan kekasihnya iaitu Gale. Namun disuatu hari beliau terpaksa berhimpun bersama penduduk kampungnya bagi menyambut kedatangan The Capitol yang mencari bakat dan kehebatan penduduk kampung di District 12 tersebut.

Pada setiap tahun, The Capitol bakal memilih seorang lelaki dan perumpuan bagi menyertai “The Hunger Game” iaitu sebuah permainan yang memerlukan seseorang itu membunuh pencabar lain dan berusaha untuk terus hidup di dalam hutan disamping menghadapi pelbagai cabaran yang dihasilkan daripada komputer. Permainan yang sangat canggih ini dikawal oleh The Capitol yang menggunakan permainan ini sebagai salah satu rancangan TV.

Katniss dan Peeta akhirnya dipilih oleh The Capitol bagi mewakili District 12 dalam permainan “The Hunger Games” dan mereka terpaksa meninggalkan keluarga tersayang mereka bagi menghadapi permainan maut ini. Katniss dan Peeta dilamun cinta ketika pengembaraan mereka bagi mengharungi permainan tersebut. Namun permainan tersebut hanya mempunyai seorang pemenang. Jadi, Adakah Peeta akan membunuh katniss ataupun Katniss akan membunuh peeta ? kalau nak tahu sama-samalah anda kene tengok di pawagam..

 

Pelakon utama :-

Jennifer Lawrence sebagai Katniss

Josh Hutcherson sebagai Peeta

Liam Hemsworth sebagai Gale.

 

Review Film :-

Pada pendapat saya, filem ini sangat menarik untuk ditonton dan banyak babak menarik di dalam filem ini. Namun, klimaks filem ini adalah sangat lambat dan perjalanan ceritanya juga agak panjang. Selain itu, filem ini juga tidak mengunakan lelaki sebagai watak utama dan rakaman filem ini juga banyak mengamalkan teknik atau angle yang memaparkan mimik muka dengan lebih dekat lagi.

Anda tidak boleh membandingkan filem ini di masa kini kerana filem ini dibayangi dengan kecanggihan pada masa akan datang. Namun, logik filem ini masih ada apabila watak utama filem ini banyak memberikan lakonan yang menjadi walaupun beliau seorang perempuan. Bagi muzik dan dan kualiti filem, ianya sangat sempurna dan tidak terlalu banyak cacat cela jika dibandingkan filem fiksyen yang lain.

oleh itu, saya memberi 7 /10  bintang untuk filem ini dan ianya tidak membosankan dan ada juga diselitkan babak sedih,seram,kelakar dan juga cinta.

Lihat Trailer filem The Hunger Games (klik sini)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...