Syarat Dan Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (Bukit Jalil & Bandar Penawar)

March 28, 2013 at 11:51 am

Stadium Bukit Jalil 3

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:
1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 – 90587335 | Fax: 03-90587135
2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 – 8223027 | Fax: 07 – 8223028
Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM:-
(1) Akuatik – renang, terjun & renang berirama
(2) Bola keranjang
(3) Bola sepak
(4) Bola jaring
(5) Bola tampar
(6) Badminton
(7) Bola tenpin
(8) Berbasikal
(9) Ekuestrian
(10) Golf
(11) Gimnastik – artistik & gimrama
(11) Hoki
(12) Kriket
(13) Lawan pedang
(14) Memanah
(15) Menembak
(16) Seni Mempertahankan Diri – taekwando, wushu, karate
(17) Olahraga
(18) Squasy
(19) Sepak takraw
(20) Tenis
 
Sistem Pembelajaran
Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.
  • 6.30 – 8.30 pagi: Latihan sukan
  •   9.30 – 9.30 pagi: Sarapan pagi
  •  9.30 – 2.30 petang: Kelas akademik
  • 2.30 – 3.00 petang: Makan tengahari
  •  3.30 – 7.00 petang : Latihan petang
  •  8.00 – 8.30 malam: Makan malam
  •  8.30 – 10.00 malam : Kelas persediaan
  • 10.00 – 10.30 malam : minum malam
  • 11.00 malam : Tidur

*Segala maklumat lanjut, bolehlah anda bertanya pada pihak sekolah tersebut.

Link Streaming Real Madrid VS Manchester United (UEFA Champions League)

February 13, 2013 at 7:16 pm

6435_540920819262300_56075374_n

 

Awal pagi nanti akan berlangsung perlawanna yang paling dinantikan pada bulan ini. Pertemuan bagi pusingan pertama kalah mati UEFA Champions League 2012/2013. Pertembungan juara Sepanyol dan Juara England ini bakal dilangsungkan di Stadium Santiago Bernabeu pada jam 3.45 pagi ini. Real Madrid akan menerima kunjungan Manchester United dan perlawanan timbal balik bakal berlangsung di old Trafford pada bulan mac nanti.

Kedua-dua pasukan ini amat mencari kemenangan dan jaringan awal bagi mempermudahkan perlawanan timbal balik nanti. Pemain bertaraf bintang, Cristiano Ronaldo yang kini merupakan pemain Real Madrid bakal bertemu dengan bekas kelabnya iaitu Man Utd. Perlawanan sengit ini bakal anda dapat saksikan secara langsung di Astro dan Link Streaming. Nasihat saya ketika anda memilih link ni, pilih yang atas-atas sebab itu server paling laju dan pantas untuk digunakan. klik link dibawah untuk senarai server streaming :-

LINK STREAMING REAL MADRID VS MANCHESTER UNITED 

Nazmi Faiz Tinggalkan S.C Beira-Mar Atas Alasan Apa?

February 2, 2013 at 5:10 pm

nazmi-faiz-2

 

 

Nama pemain bola sepak Malaysia yang  Nazmi Faiz Mansor sekali lagi menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tanah air selepas pemain itu telah pun sain kontrak bersama pasukan PKNS FC dengan kontrak 3 tahun. Keputusannya meninggalkan kelab Portugal, S.C Beira-Mar adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak menurutnya, tindakannya pulang ke tanah air secara mengejut tempoh hari adalah langkah terbaik untuk kariernya.

Turut dimaklumkan bahawa selepas berbincang dengan ibu bapa serta ejennya, Marco Guimaraes, beliau merasakan PKNS adalah pasukan yang sesuai bagi masa depan karier bola sepaknya . Beliau yang baru saja diperkenalkan pada sidang akhbar bersama kelab barunya di Kelana Jaya turut menyakinkan pasukan barunya untuk bersaing pada saingan liga super 2013 ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...