Bubur Lambuk Kg.Baru Raja Segala Bubur !!!

July 22, 2012 at 12:02 am

Bubur Lambum kampung Baru merupakan salah satu fenomena di Masjik Jamek Kg.Baru dimana bubur tersebut menjadi kesukaan dan keghairahan pengunjung yang mencari juadah berbuka puasa. Lembah Klang memang terkenal dengan kesedapan bubur lambuk , namun tidak semua tempat mempunyai aroma yang terbaik dalam penghasilan bubur lambuk ini. Seperti diketahui, apabila orang berkata mengenai bubur lambuk, semestinya ramai orang akan berkata bubur lambuk kg.baru adalah yang terbaik di Malaysia.

Sebagai bukti, setiap kali menjelangnya ramadhan, ramai pengunjung hadir ke kg.baru bagi memperolehi bubur tersebut. Namun ada juga pengunjung dari negeri lain dan ada juga datang Indonesia , Brunei mahupun singapura. Walaupun datang dari jauh, mereka tetap terujua mendapatkan bubur tersebut kerana anda perlu beratur panjang untuk mendapatkan bubur lambuk tersebut.

Di sekitar kg.baru, terdapat puluhan gerai yang menjual bubur lambuk dan anda boleh pilih dengan mengikut citarasa anda. Ini kerana variasi bubur lambuk telah berubah mengikut zaman dan pelbagai resipi telah diubah bagi menyesuaikan menu masa kini. Harga bubur ini boleh didapati serendah Rm 2. Namun anda juga boleh mendapatkan bubur percuma disekitar masjid kg.baru dan anda perlu datang awal kerana perlu beratur panjang bagi mendapatkan bubur lambuk tersebut.

* gambar dari  mazlinaabdulmajid.blogspot.com dan  BH

 

Ramadhan : Ketahui Kelebihan & Punca Terbatal Puasa ?

July 19, 2012 at 12:15 pm

Fadhilat Puasa Ramadhan

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah ’aqil baligh dan ketiadaan uzur syar’i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: ”Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”(Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: ”Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. FirmanAllah s.w.t. (maksudnya) :” Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Puasa

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum-hukum Puasa

  1. Wajib
  2. Sunat
  3. Makruh
  4. Haram

Puasa Wajib

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat

a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Puasa Makruh

a) Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
b) Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram

a) Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
b) Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
c) Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
d) Puasa perempuan haid & Nifas
e) Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :
1) Syarat-syarat wajib
2) Syarat-syarat sah
Syarat wajib
a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim
Syarat Sah
a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat

Rukun Puasa

a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Ketahui mengapa terbatalnya puasa ? Klik more untuk sambung bacaan.

Panduan Solat Terawih Menurut JAKIM

July 18, 2012 at 12:15 pm

Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia, memeriahkan malam-malam pada bulan yang mulia ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Sama-samalah kita menghidup dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “LailatulQadr” seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti: “Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya
yang telah lalu”, Semoga risalah kecil ini membantu kita mengetahui atau mengulangi kembali cara solat sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.Pada zaman Rasulullah SAW, solat Tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga hadis yang meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengerjakan sebanyak dua puluh rakaat. Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA, beliau melaksanakannya sebanyak dua puluh rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu. Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang
kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-Lahab.

Bagi memudahkan segala pembelajaran dan urusan pengetahuan tentang ilmu solat terawih. saya mencadangkan anda mendownload file berformat PDF dari JAKIM yang menerangkan segala maklumat solat sunat terawih dengan lengkap dan ia sangat membantu anda.

(Klik sini untuk download softcopy PDF file panduan solat sunat terawih)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...