Rasai Pengalaman “Superstars Of Magic 2″ Di Genting Highland
24.8.2012 – Superstars Of Magic 2 baru sahaja saya saksikan dengan mata saya sendiri dan aksi silap mata itu ternyata membuatkan saya teruja dan teringat di sepanjang perjalanan pulang ke rumah ketika tamat persembahan tersebut. Bertempat di Genting International Showroom, persembahan yang dimulakan pada jam 9 malam pada setiap hari dari 18 ogos sehingga 9 september 2012.
Perjalanan saya kesana bermula di Wisma Genting dimana saya menunggu blogger-blogger Nuffnang untuk bersama-sama ke Genting Highland. Bas yang bertolak pada jam 8 petang itu disertia lebih kurang 30 orang blogger. Genting dan Nuffnang telah pun memilih saya untuk menyertai trip ke Genting Highland ini bagi menyaksikan persembahan Superstars Of Magic 2.
Sebelum memasuki ke dewan persembahan tersebut. Muka over Excited je..hehe
” Superstars of Magic 2″ mempersembahkan beberapa magician terkemuka dunia seperti “The World’s Greatest Escape Artist” – Dean Gunnarson, “The Great Illusionists” – JC Sum dan ‘Magic Babe’ Ning, the “World’s Best Variety Act” – Charlie Frye & Co., “Europe’s Best Pickpocket Artist” – Christian Lindemann, “Stage Comedy Magician of the Year” – Chipper Lowell, “France’s Card Manipulation Champion” – Nestor Hato, the “World’s Best Quick Change Act” – Sos and Victoria Petrosyan, and “The World’s Youngest Manipulation Artists” – Sos and Tigran Junior.
Persembahan yang dicampurkan aksi dramatik dan kelakar itu telah membuatkan saya gembira dan teruja dengan persembahan silap mata yang diarahkan oleh David Lai ini. Tiket saya juga turut ditaja oleh pihak Genting Highland dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Genting dan Nuffnang Malaysia kerana sudi memberikan saya peluang untuk menyasikan persembahan silap mata ini.
Seee!!! Dua tiket sudah pun berada di tangan saya, ketika menonton persembahan silap mata tersebut, pelbagai trick dan aksi menarik disajikan penganjur dan yang paling saya suka adalah magician “Europe’s Best Pickpocket Artist” iaitu Christian Lindemann. Beliau dengan tema “I Likkeeeee !!! ” merupakan magician yang sangat pantas tangannya dimana anda tidak akan sedar barang anda telah dicuri oleh beliau.
Aksi silap mata yang memukau darinya telah membuatkan penonton sentiasa ketawa dengan kepantasan tangannya mengambil barangan dari salah seorang penonton di Superstars of Magic 2. Beliau juga dapat membuka tali pinggang penonton tanpa disedari dan penonton tersebut.

ketika tamat persembahan, saya sempat bergamar di board ini dimana dibarisi oleh magician yang terlibat dengan Superstars of Magic 2. kesemua mereka memang hebat mengelirukan mata kita dengan kepantasan magic mereka. Anda perlu pergi sendiri ke sini bagi menguji kepantasa mata anda dengan magic yang disajikan.
Maklumat lanjut mengenai Superstars Of Magic 2 ini anda boleh lihat (DI SINI)
Saflan @ Alan merupakan rakan yang saya bawa bersama ke Superstars Of Magic 2 ini, terima kasih juga kepada beliau kerana sudi menjalankan tugas sebagai photographer saya…hihi (jangan mara ya)
Nur Atirah Azman pula merupakan staff staff national’s marketing (intern) dari Poilteknik Sultan Idris Shah, Sabak bernam. Beliau juga saya baru kenal dan bertemu di Superstars of Magic 2. Sangat peramah dan saya juga baru tahu yang beliau juga baru menyertai dunia blog ini.











