Percutian Uzair Othman Ke Seoul, Korea Selatan – Day 4

April 12, 2013 at 12:06 am

DSC_0015

Di hari keempat merupakan hari yang mula panas di korea. Ini dimana hari ini suhu mula menaik kepada 8 darjah celcium di pagi hari. Tapi ia tetap sejuk berbanding dengan Malaysia. Tempat pertama saya pergi pada pagi ini adalah  Chuncheon Stream iaitu sebuah sungai yang diubahsuai sebagai tempat lawatan pelancong. Pada asalnya sungai ini sangat kotor dan pihak kerajaan Korea Selatan telah mengubah tempat ini menjadi cantik seperti yang anda telah saksikan di gambar ini.

Sungai ini mengalir di tengah bandaraya Seoul dan menjadi tumpuan pelancong yang datang ke sini. Boleh kata ini destinasi wajib jika anda ke sini dan waktu paling sesuai untuk melawat tempat ini adalah di waktu malam kerana lampu-lampu akan menyinari kawasan ini.

 

DSC_0016

waktu saya ke sini, ramai student korea tengah buat shooting filem.. tak tahu la filem apa yang mereka buat kat sini. tempat ni memang romantik jika anda bawa pasangan anda. kawasan yang tenang walaupun berada di tengah kesibukan kota seoul ini.

 

DSC_0107

setelah lepak di sungai, kali ini saya ke tempat tumpuan pelancong yang lain iaitu Gyeongbokgung palace. Ini adalah istana utama korea dimana  telah dibina semula beberapa tahun yang lalu. Hampir keseluruhan bangunan istana musnah akibah keganasan tentera jepun yang menjajah korea. Jadi dekat sini adalah peninggalan peperangan terdahulu dan barangan istiadat diraja korea. Disini juga kalau anda perasan dijadikan tempat shooting drama korea yang berkaitan istana. memang popular tempat ini untuk buat shooting.

 

DSC_0130

Gambar diatas ini adalah kawasan atau bangunan tetamu pada zaman pemerintahan diraja dahulu. Kebiasaannya diplomat china akan tinggal disini dan beberapa tetamu disekitar korea akan tinggal disini. Tidak bagi jepun kerana itu adalah musuh utama rakyat korea sehingga kini.

 

DSC_0227

Gambar diatas ini pula adalah rumah yang ditinggal oleh permaisuri diraja. Dengar kabarnya dia mati dibunuh oleh tentera jepun dan rumahnya dibakar. Mayatnya dicapat di gunung belakang istana ini. Istana ini dikelilingi 3 buah gunung yang menjadi simbol feng shui yang dipercayai mereka. kononnya ada ong la..macam gitu..

 

DSC_0366

Istana pagoda ini banyak terdapat kat sini, anda boleh ambil gambar kenangan dan pasti akan diingati kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancong serata dunia !!!

 

DSC_0269

Yang anda nampak ada polis ini adalah Blue House iaitu kediaman rasmi presiden Korea selatan. Kawasan ni memang banyak polis. Blue house ni kira macam white house la yang kat US tu..Blue House ni terletak di belakang gyeongbokgung palace, jadi anda boleh keluar dari istana untuk ambil gambar disini. pastikan anda jangan hilang tiket kerana anda boleh memasuki semula gyeongbokgung palace.

 

DSC_0308

Seterusnya adalah The National Folk Museum of Korea. Lokasi ini terletak di dalam gyeongbokgung palace dan bayaran percuma untuk masuk ke sini. Disini anda dapat melihat sejarah terdahulu korea. Banyak perkara sejarah dan asal usul korea terdapat disini.

 

DSC_0325

Ini anda pakaian masyarakat korea yang dulu. Antara pakaian terkenal disini adalah Hanbok iaitu pakaian rasmi diraja. kat sini boleh juga pakai pakaian ni dan anda boleh sewa pakaian tersebut untuk ambil gambar kenangan.

 

DSC_0332

Inilah beberapa tinggalan sejarak korea yang masih ada sehingga kini. Disini juga terdapat sejarah perang korea yang menemukan jepun sebagai saingan utama mereka.

 

DSC_0012

Setelah puas berjalan di pagi hari..tiba masa untuk makan tengah hari di Good Restaurant yang terletak di tengah2 bandaraya seoul. Apa lagi..makan kimchi lagi laa…naik muak saya makan benda ni..sampai nak termuntah…hahaa

 

DSC_0009

Nasib baik la ada ikan grill ni. sedap la sikit menu tengah hari saya walaupun terpaksa makan kimchi..hehe

DSC_0074

Setelah makan, saya menaiki river cruise di Hangang River. Sungai ini merupakan pembahagi seoul selatan (kangnam) dan seoul utara (kangguk) . Kalau korang selalu dengan gangnam style tu..gangnam tu kat sini la tempatnya yang bermaksud tanah selatan. Naik cruise ini selama satu jam dan dapat melihat bandaraya seoul dari jalan air.

 

DSC_0614

Nampak muka kepenatan saya tu, yela sudah 4 hari di korea tanpa makan nasi yang banyak..hehee… anak buah saya ni kemain seronok lagi naik bot ni..dekat sini jika kene pada waktunya anda akan dapat melihat banyak burung berhijrah terutama dari musim sejuk ke musim panas. jadi waktu saya pergi ni memang banyak burung terbang berhampiran bot kami..

 

DSC_0105

sebelah petang pula, saya ke myeongdong fashion street iaitu sebuah tempat yang terbesar di seoul untuk shopping barangan kecantikan. kat sini memang ramai gila orang dan tempatnya sangat besar. kalau boleh anda ambil la map dari pihak tourism yang ada disini.

 

DSC_0685

Dekat sini anda nak cari produk kecantikan, baju, makanan, dan segala hal wanita semua ada. kalau bab lelaki ada tapi kurang sikit la kat sini. banyak perkara berkaitan fesyen dijual disini dan jika anda gemar kpop.  anda boleh la cari baju kpop kat sini..memang berlambat ada jual. kat sini tak banyak jual souvenir korea dan kalau ada pun sangat mahal.

 

DSC_0731

Dekat sini memang terkenal ais krim setinggi 32 cm. kalau datang ke sini pastikan anda beli. memang murah ..harganya 2000 won atau Rm 6 duit Malaysia. tapi memang berbaloi la makan dan rasanya pun sedap. yang peting jangan was-was ye.

 

DSC_0749

Untuk makan malam , kami singgah di Iteawon dan makan di restaurant tempat hari pertama kami makan. setelah makan kat situ, saya sempat shopping sikit dengan membeli roti. Kat kedai salam bakery ni ada jual banyak roti dan harganya pun murah. makanan kat Iteawon kebanyakkannya halal dan dimasak oleh orang beragama islam.

 

DSC_0746

 

banyak pilihan kat sini , saya suka beli roti kat kedai ni dan tuan kedainya peramah walaupun dia tak pandai berbahasa inggeris. kalau kita cakap annyeonghaseyo atau pun kamsahamida..itu sudah pasti membuatkan mereka tersenyum :)

saya akan sambut perjalanan saya di korea di post yang akan datang. Hari ke lima adalah hari terakhir saya di korea  dan berat hati nak tinggalkan negara ni…

GiveAway Contest : Saya Nak T-Shirt “I LOVE KOREA” Dari UzairOthman.com

April 10, 2013 at 11:26 pm

DSC_0466

 

Salam dan Annyeonghaseyo kepada semua pembaca blog UzairOthman.com. Seperti korang semua tahu yang saya baru sahaja pulang dari Seoul, Korea selatan pada minggu lepas. Alhamdulillah segala perjalanan percutian saya berjalan lancar. Oleh itu, saya ada la sedikit ole-oleh nak diberikan kepada semua pembaca blog saya. Kepada yang baru pertama kali baca blog saya, saya ucapkan selamat datang dan salam kenal kepada semua.

Ada la sikit hadiah nak diberikan kepada anda. Ramai sangat mintak ole-ole pada saya. Jadi nak lebih adil ,saya buatlah contest supaya semua orang berpeluang untuk mendapatkannya. Mana la tahu nasib anda baik dan mendapat hadiah yang saya nak bagi ni. sebelum tu kita tengok dulu T-shirt yang merupakan hadiah utama yang saya nak bagi ni.

Hadiah T-Shirt I Love Korea ini ada satu helai saja..tapi untuk anda.. saya tambah lagi hadiah-hadiah yang lain supaya lebih ramai orang lagi boleh dapatkan ole-ole dari saya :)

 

Cheras-20130410-02692

Senarai Hadiah Give Away Contest kali ini :-

  • Pertama : 1 Helai Tshirt I Love Korea dan Korea Key Chain
  • Kedua : 1 helai T-Shirt (Korea with Palace & Flaq) dan Korea Key Chain
  • Ketiga : 1 Korea Fridge Magnet dan Korea Key Chain
  • Keempat : 1 Korea Fridge Magnet dan Korea Key Chain

 

Cheras-20130410-02694

 

Cara anda nak sertai contest ini senang saja. tak susah mana pun sebab saya memang nak bagi je ole-ole ni kat anda semua. Jadi bagaimana cara nak menang ?

Langkah-langkah yang anda perlu ikuti adalah :-

1. Like FanPage FB UzairOthman.com   

2. Buat satu blog post yang bertajuk “Saya Nak T-Shirt  I Love Korea Dari UzairOthman.com” .

3. Letakkan gambar di bawah ini di dalam blog post anda.

 

DSC_0434

 

4. Ceritakan dengan menarik kenapa anda inginkan T-Shirt I Love Korea dan pastikan anda meletakkan link www.uzairothman.com di entry anda.

5. Setelah selesai membuat  entry anda, hantarkan link entry anda di Komen post ini atau ke email uzairblog90@gmail.com. Jika hantar pada email, sila sertakan nama dan link entry.

 

Pemilihan Pemenang :-

Pemilihan pemenang adalah keputusan muktamad dari saya sendiri dan entry yang paling menarik dan kreatif adalah layak untuk memenangi hadiah yang disediakan. Kontest ini dibuka dari 11 April 2013 hingga 10 Mei 2013. Keputusan akan diumumkan pada 3 hari selepas tarikh tamat kontest. Entry yang paling banyak menerima komen juga turut membantu anda memenangi kontest ini.

Keputusan pemenang GA ini akan diumumkan di satu entry khas..jadi tengok2 la selalu blog ini ye :)

Jadi apa tunggu lagi ? jom la buat entry masing-masing dan hantarkan pada saya. Selamat Berjaya :)

 

Beli Sweater Baru – Seoul Aku Datang !!!

March 28, 2013 at 9:22 pm

IMG-20130328-02656

 

Walaupun saya ni bukanlah reti mana pasal K-Pop..Atas desakan abang saya yang nak sangat ke Korea Selatan telah saya tunaikan dimana saya bersama abang saya (Mohdzaid.com) dan ibu saya Zara Aluwi ( ZaraAluwi.com) akan ke Korea pada 1 April ini. Lebih menarik apabila anak buah saya yang berusia setahun juga turut akan mengikuti kami kesana. Mak Ayah dia tak dapat ikut sebab kerja.

Nampak sweater yang saya beli ni macam mahal je harganya..sebenarnya saya beli dekat downtown Mines saja.. selepas tawar menawar, saya dapat membeli sweater ini dengan harga Rm 30. Difahamkan bahawa Korea Selatan kini sedang memasuki musim panas, namun peralihan cuaca sejuk ke panas masih tidak mengubah suhunya. Suhu di siang hari sekitar 11 darjah celcius dan pada malam ia mampu jatuh sehingga 0 darjah celcius.

 

IMG-20130328-02653

 

Rasa tak sabar nak ke sana, walaupun pergi hanya 5 hari tapi ia sudah memadai bagi saya kerana dapat melangkah ke sebuah negara yang berlainan budaya dan ini merupakan kali pertama saya kesini. InsyaAllah saya akan update gambar terkini disana dan itupun bergantung pada line internet di hotel. doakan saya selamat pergi dan selamat balik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...