AIM ke-18 : Banyak Kejutan Tercipta?

Anugerah Industri muzik Malaysia (AIM) ke-18 baru sahaja menutup tirainya dengan penuh gilang gemilang di stadium putra bukit jalil..Anugerah yang tertinggi disampaikan kepada artis yang berkarya sangat menjadi tumpuan orang ramai kerana kesemua peminat muzik tanah air menunggu-nunggu siapkah bakal menjulang Lagu terbaik dan album terbaik..untuk mengetahui pemenang anugerah anda boleh la ke post (klik disini)…

awal dan diana sebagai hos gerbang AIM ke-18
Uzairothman.com sempat juga melihat blue carpet iaitu tempat laluan artis masuk ke stadium putra bagi acara AIM tersebut dan uzair sempat mengambil beberapa gambar kenangan para artis di majlis tersebut..kemeriahan blu carpet ini turut dihiasi oleh pengacara Awal Ashaari dan Diana danielle sebagai hos gerbang AIM ke-18 ini..selain tu, one nation emcees juga tampil sebagai pembuka persebahan di ruangan blue carpet bagi menghiburkan peminat di luar stadium..

Di AIM kali ini , Penyanyi dan komposer wanita popular, Yunalis Zarai atau Yuna memenangi tiga anugerah utama dalam Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) yang berlangsung di Stadium Putra..Yuna menepati ramalan apabila memenangi Persembahan Vokal Wanita di Dalam Lagu dan Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut.Lebih membanggakan apabila Yuna juga diberikan Anugerah Kembara hasil sumbangannya dalam memartabatkan dunia seni tempatan di peringkat antarabangsa. Yuna juga tampil bersama Qi AIM kali ini dan sudah pasti anda tahu apa maknanya kan? mereka sangat secucuk dan kelihatan bahagia bersama..

Artis baru, Najwa sangat menjadi tumpuan di AIM kali ini dimana beliau menjadi artis yang membuat persembahan pembukaan dan turut menyampaikan lagunya yang berjudul ‘got to go’..sorakan gemuruh terhadap beliau akhirnya berbalai apabila beliau dinobatkan sebagai artis baru terbaik AIM ke-18..gaya nyanyian beliau hampir sama seakan-akan Adele Malaysia..tahniah buat artis baru ini dan semoga berjaya memenangi banyak anugerah di masa akan datang..


najwa latif bersama Greyson chance
Greyson Michael Chance dan Najwa Lafif juga menjadi tumpuan penonton yang hadir dan di kaca tv dimana mereka menyampaikan beberapa lagu duet hitz mereka seperti ‘paparazi’ dan ‘cinta muka buku’ yang sedang hangat di radio kini..kedua-dua artis muda ini mendapat sambutan hangat oleh media massa dan peminat di youtube dan itulah antara faktor mereka terkenal bakatnya sehingga kini..
antara artis-artis yang turut serta di Blue Carpet ini adalah seperti :-
hafiz menyampaikan sebuah lagu di persembahan AIM kali ini yang berjudul ‘Awan Nano’ yang berjaya menarik ramai pemiant hafiz untuk bernyanyi bersama.
BAND Azlan & the typewriters ini tampil pada persembahan penutup dan menyampaikan lagu berjudul ‘jeritan batin’ yang dipopularkan oleh P.Ramlee pada suatu ketika dahulu..vokal yang mantap menjadi faktor utama band ini terus bertahan sehingga kini..
Neelofa menjadi tumpuan ramai artis untuk mereka mengurat dan menjadi tumpuan peminat yang ingin melihat kecantikan artis yang berasal dari pantai timur ini..
Shila tampil bersama 3 suara iaitu bersama jaclyn victor dan ning baizura dalam lagu ‘Beribu sesalan’ yang bejaya memukau ramai pihak yang teruja dengan kehebatan vokal 3 artis ini..
mengintai dari tirai kamar ,gerimis mengundang, akulah kekasihmu menjadikan suasana di AIM berubah seperti tempat karaoke dengah 3 judul lagu ini dinyanyikan oleh zamani slam, ezad lazim,AXL Dan rahmat..kenangan lama terukir kembali dengan kehangatan lagu-lagu rock kapak ini masih lagi menjadi nyanyian penoton AIM ke-18 ini..
kumpulan padi dari Indonesia ini juga turut menyampaikan sebuah lagu dari filem upin & ipin iaitu berjudul ‘sahabat’..lagu yang membawa makna persahabatan dua negara iaitu malaysia dan indonesia ini dinyanyikan bersama Asyiela Putri iaitu suara latar upin & ipin..
itulah serba sedikit gambar dan ulasan tentang anugerah industri muzik tanah air malaysia ini yand dilangsungkan dengan sambutan hangat dan meriah..majlis yang bertemakan glamour ini pasti akan diingati oleh seluruh artis yang hadir termasuk penonton di stadium..uzairothman.com mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada artis yang telah menjayakan AIM ke-18 dan tahniah juga kepada pemenang anugerah..harap maaf jika kualiti gambar tidak memuaskan kerana saya hanya menggunakan kamera yang murah dan tidak mahal seperti kamera anda..hehe




















