Salam 6-1 !!!
Apa makna salam 6-1 ni? mesti korang pelik kan kalau mana yang tak mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia. Semalam berlangsungnya perlawanan liga super diantara Selangor vs Terengganu yang dilangsungkan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang menyaksikan pasukan Red Giant menang besar dengan jaringan 6-1. Perlawanan yang meriah dengan disaksikan lebih ribuan penyokong setia kedua-dua pasukan menambahkan lagi sausana keghairahan liga malaysia ini. saya bersama saudara saya turut datang bagi memberikan sokongan kepada pasukan selangor iaitu pasukan yang saya minati sejak saya kecil lagi.
Perlawanan yang dimulakan pada jam 8.45 malam itu dimulakan dengan pasukan Terangganu lebih banyak menguasai bola pada awal permainan. Apa yang saya nampak pada awal permainan adalah pasukan selangor seolah-olah lambat panas dan masih mencari rentak permainan. Terangganu yang dikatakan keletihan akhirnya berjaya mendapatkan gol pertama pada minit ke-9 menerusi Ismail faruqi setelah menerima lorongan bola dari ashari shamsuddin. Pada minit ke-13 selangor hampir menyamakan kedudukan apabila amri yahyah berjaya menjaringkan gol. Namun ia dibatalkan kerana Amri Yahyah mengunakan tangan ketika menerima hantara sepakan sudut dari kiri gawang terengganu.
Penantian penyokong tuan rumah berakhir apabila Bosko Balaban berjaya menjaringkan gol setelah berjaya memperdaya 3 orang pertahanan Terangganu sebelum melepaskan satu sepakan ke kanan gawang terangganu yang hanya mampu dilihat oleh Sharbinie alawi. Selangor terus garang apabila Solehin berjaya menjaringkan gol kedua selangor hasil satu sepakkan bebas dari dalam kotak penalti yang gagal dihalang oleh Sharbinie. Seminit selepas itu, Amri Yahyah berjaya menjaringkan gol ke-3 selangor setelah Solihin menanduk bola untuk menghantarkan kepada Amri dan amri tenang menyudahkan hantaran tersebut lalu meletakkan selangor mendahului 3-1.
Ketika dipenghujung separuh masa pertama kelihatan kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menanti masa rehat separuh masa pertama, selangor terus memburu gol ke-4 dan kali ini menerusi safiq rahim yang menerima satu hantaran cantik dari Amri Yahya dan beliau berjaya menyudahkan gol itu dengan cemerlang untuk menewaskan Sharbinie buat kali ke-4. Rehat separuh masa pertama , pelbagai percaturan baru dibuat oleh Terangganu bagi mengelak dibolos lagi. Namun, kehandalan serangan selangor ternyata tidak mampu dihalang dan sekali lagi Amri Yahyah menyumbah gol kedua peribadainya untuk liga super 2012 dengan satu sepakan bebas dan gagal dihalang oleh sharbinie alawi.
ketika perlawanan hampir tamat, selangor sekali lagi mendapatkan gol kemenangan iaitu menerui famirul asyraf dengan sepakan bebas beliau setelah menerima bola yang terkena tiang menerusi satu sepakan oleh R.surendren. Kemenang pasukan selangor ini melonjakkan pasukan selangor ditangga ke-4 liga super dan ia memberikan satu nafas dan semangan pasukan selangor untuk lebih berjaya pada musim ini.





