12 Orang Terkorban ketikaTayangan Filem Batman “The Dark Knight Rises”

July 21, 2012 at 3:15 am

Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 50 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam.Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16.

Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rambang terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung cedera.Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk tempatan dan beliau juga tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

Pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut dan keadaan di kawasan tersebut telah berjaya di lindungi polis dari sebarang ancaman lain. 10 mayat ditemui oleh anggota penyelamat dan dijangka 2 mayat lagi masih belum dikeluarkan dari panggung wayang tersebut.


* sumber dari http://www.reuters.com/

Wow !! Jadi Jutawan Dengan Membeli Dinar Iraq?

July 12, 2012 at 6:55 pm

Berebut-rebut membeli dinar Iraq kerana ingin menjadi Jutawan segara ?  Seperti anda tahu Iraq merupakan diantara  negara yang mempunyai Minyak terbanyak di dunia. Oleh itu, semestinya telah banyak simpanan kewangan negara tersebut sehingga Amerika bersungguh-sungguh menjajah negara tersebut dengan mengulingkan kerajaan Sadam Hussien.  konsep pembelian mata wang Dinar Iraq ini merupakan lebih kepada pelaburan yang berisiko tinggi dan memerlukan masa yang lama.  Ini dimana setiap pembeli mata wang Dinar ini perlu menunggu semua kenaikan Matawang Dinar yang dijangka meningkat tidak lama lagi.

Ini disokong dengan pengunduran tentara Amerika dari Iraq dan Iraq kini di dalam proses memajukan semula negaranya setelah habis dibadai serangan Amerika. Oleh itu, Simpanan kewangan Iraq yang banyak bakal meningkatkan lagi ekonomi negara tersebut ke satu tahap tertinggi bahkan ia mampu menandingi matawang US Dollar dan Pound.Sebelum Perang Teluk, Dinar Iraq bernilai USD3.22 bagi setiap 1 Dinar (USD$3.22 = IQD1.00). ketika itu Saddam memerintah, dengan hutang yang banyak dan simpanan yang sedikit, itu pun jika ada.Sekarang anda boleh membeli IQD41,800 wang Dinar Iraq yang baru hanya sekitar RM760. Sebab terjadinya keadaan ini adalah nilai IQD masih belum ditentukan oleh bank dunia.

Tahukah anda bahawa Dinar Kuwait bernilai setinggi USD3.00 sebelum Perang Teluk. Sebaik sahaja selepas perang, Kuwait mencetak wang kertas baru dan Bank Duniameletakkan nilai USD0.10 bagi setiap Dinar Kuwait. Kini nilai itu kembali ke tahap USD3.49.Bayangkan jika anda telah membeli $1,000 Dinar Kuwait, anda akan memiliki USD34,900 @ RM129, 130 pada hari ini!Jika anda membuat kajian, anda akan dapati setiap kali konflik besar akan dituruti oleh kejatuhan matawang sesebuah negara. Matawang juga akan kembali melonjak apabila negara itu bangun dari kehancuran akibat peperangan.

Hari ini Iraq sedang aktif membina kembali simpanan rezab asingnya. Ini adalah kunci kepada kekuatan tukaran asing sesuatu matawang. Langkah pertama mereka ialah mendepositkan USD5 bilion dengan Perbendaharaan Amerika, membolehkan Iraq menikmati pulangan melebihi USD150 juta setahun.Jumlah hutang Iraq kepada dunia semakin mengecil. Amerika Syarikat sendiri telah melupuskan semua hutang Iraq sama ada hutang sebelum perang atau pun hutang selepas perang. Perjanjian Paris juga menyaksikan kebanyakan negara termasuk Rusia telah melupuskan 85% hutang Iraq kepada mereka.

Iraq bukan hanya kaya dengan sumber asli minyak dan gas. Kedudukannya yang strategik, mengalir antaranya dua sungai penting, Tigris dan Euphrates, membentuk tanah luas yang subur. Pelaburan dalam bidang pertanian semakin bercambah menyebabkan Iraq disebut-sebut sekali lagi sebagai “Periuk Nasi” Timur Tengah.

Berikut merupakan carta penjualan Dinar Iraq :-

Jika dikira pasti akan menjadi jutawan jika anda melabur  walaupun dengan hanya Rm 500.. Ia sudah pasti meningkat pelaburan anda jika kenaikan semula Matawang Iraq.  Saya tidaklah begitu mahir di dalam pelaburan ini, namun saya rasakan ia mampu mengubah kehidupan seseorang jika perkara ini terjadi.

 

 


Film : Filem Menarik Bulan Ini ” UnderWorld”

January 25, 2012 at 3:28 pm

 

Bagi korang yang tak tengok lagi cerita ni baiklah korang pergi tengok sebab cerita ni memang best la bagi uzair. Uzair sempat luangkan masa tengok wayang bersama saudara di MINES semalam. Kami memilih cerita UNDERWORLD ini sebab kami ni memang minat cite orang putih disamping filem ini ditayangkan secara 3D..hehe

cerita UNDERWORLD ini mengisahkan dunia mengalami masalah dimana wabak penyakit berjangkit telah menukarkan seseorang itu keapda pontianak.  Namun mereka juga mempunyai permusuhan antara Lycan (serigala jadian) dan manusia. Bagi meneruskan hidup mereka, mereka terpaksa memerangi antara satu sama lain.

gambar wanita di dalam poster ini adalah pontianak yang memperjuangkan masyarakatnya daripada terus dibunuh Lycan. Filem ini banyak menampilkan babak menarik dan aksi yang hebat sehingga anda terpegun menyaksikannya. Uzair bagi 7/10 la untuk cerita ni..kepada anda yang belum tengok pastikan korang survey dulu sipnopsis dia supaya korang faham jalan ceritanya.

dikesempatan ini juga uzair nak ucapkan selamat tahun baru cina iaitu tahun naga air kepada seluruh pembaca blog uzairothman.com yang berbangsa cina. :)


Kate Beckinsale, star of the first two films, returns in her lead role as the vampire warrioress Selene, who escapes imprisonment to find herself in a world where humans have discovered the existence of both Vampire and Lycan clans, and are conducting an all-out war to eradicate both immortal species.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...