Saya Rindu Kampungku! Tempah Tiket Balik Kampung Serendah Rm 29 Sekarang !!!

April 8, 2013 at 5:32 pm

111

 

Hari ini AirAsia ada buat promotion untuk tiket balik kampung pada Hari Raya Aidilfitiri yang bakal menjelang beberapa bulan lagi. Tiket serendah Rm 29  ini mula dijual pada 8/4/2013 – 14/4/2013.  Penerbangan dari 2/5/2013 – 31 /8/2013.  Jangan lepaskan peluang ni..saya sekadar menyebarkan info ini untuk penjimatan anda pada balik kampung nanti.

Selamat Hari Raya AidilAdha 2012

October 25, 2012 at 12:44 am

Assalamualaikum, Salam sejahtera kepada rakan blog UzairOthman.com . Selamat Menyambut hari raya Aidiladha 2012 dan semoga ibadah korban ini menjadikan kekuatan perpaduan diantara kita. Dan Selamat menunaikan ibadah haji kepada umat islam di Mekkah, semoga ibadah haji anda di terima Allah.

Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban ini adalah hari memperingati peristiwa pengorbanan kisahNabi Ibrahim yang sanggup ‘mengorbankan’ anaknya, Nabi Ismail demi melaksanakan perintah Allah menjadi ingatan dan iktibar setiap kali musim haji dan sambutan Aidiladha.

Kepatuhan dan ketaatan Nabi Ibrahim dan Ismail untuk melaksanakan perintah Allah itu adalah simbolik kepada ibadat korban yang dilakukan oleh umat Islam. Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim diperintahkan Allah supaya menyembelih anaknyaNabi Ismail, baginda membuat ibadat dengan mengantikan  anaknya kepada korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah.

Oleh itu, sebagai umat islam perlulah anda ingat peristiwa penting ini dan ia dijadikan sebagai contoh pengorbanan seorang Insan terhadap TuhanNya. Ramai orang bukan islam tidak tahu mengenai maksud Hari Raya Korban ini. Disebabkan itu, masyarakat islam seringkali melakukan proses korban ketika menyambut hari raya aidiladha ini.

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat islam di Dunia dan selamat menunaikan ibadah haji. Harap ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan jika ada terkasar dan tersalah bahasa harap anda maafkan.

Sedih : Iklan Hari Raya 2012 : The Journey Dari BERNAS

August 9, 2012 at 9:35 pm

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial Director’s Cut (Bahasa Malaysia)

Kisah dua orang anak yatim yang bersahabat baik dan saling memahami antara satu sama lain, menjelang hari raya yang dinantikan, Ahmad dan Fizi berhajat untuk pulang ke kampung. Di sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelbagai cabaran ditempuhi dan disitulah sifat persahabatan terjalin antara mereka berdua.. Selamat Hari raya maaf zahir dan batin.

Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...