Malam Yang Senang Hati..HEHE

January 28, 2012 at 11:20 pm

Malam ini merupakan malam yang paling seronok buat uzair dalam tahun ini dimana dua pasukan kegemaran uzair menang dalam pertemuan dengan lawan masing2. Pasukan kegemaran uzair adalah Selangor dan Liverpool. Uzair mulakan dengan selangor ye. Hari ini selangor bertemu pasukan T-Team di Kuala terengganu yang menyaksikan selangor menang 2-1 menerusi jaringan azidan sarudin dan Ramez Dayoub. Kemenangan pasukan selangor ini melonjakkan selangor di tangga ke-5 liga super. Ini merupakan satu perkara yang menarik dimana pasukan selangor berjaya mengakhiri badi terhadap pasukan T-Team dan lebih penting pasukan pantai timur.

Selangor yang sebelum ini memang sukar beraksi baik ketika pertemuan dengan pasukan pantai timur. ini merukapan satu perkara yang baik pada tahun 2012 ini dengan selangor berjaya menang dengan bergaya. walaupun persaingan liga super masih awal, uzair berharap sangat selangor dapat tampi dengan lebih hebat lagi pada tahun ini dan seterusnya memenangi piala. tidak kisah piala apa yang penting ada dimenangi pada tahun ini.

Lain pula cerita bagi pasukan liverpool dimana mereka bertemu dengan musuh tradisinya iaitu Manchester United bagi pusingan ke-4 piala FA England. Liverpool melangkah ke peringkat seterusnya dengan bergaya dengan menumpaskan Man utd dengan jaringan 2-1 menerusi jaringan dari Agger dan Kuyt. Beraksi dengan taktikal bertahan membuatkan Man utd menguasai permainan. Namun serangan pantas dan tidak kenal erti putus asa, liverpool berjaya menumpaskan Man utd di gelanggan mereka sendiri.

Inilah dua berita gembira buat uzair pada malam ini, dan kepada rakan-rakan uzair yang meminati T-team dan Manchester united diharap korang jangan bersedih dan cuba lagi di perlawanan yang lain. ingatlah ini hanya bola sepak,. bola sepak itu menyatukan kaum bukannya menghancurkan kaum..peace..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...