Real Madrid Perkenalkan Real Madrid Resort Island !!

March 24, 2012 at 9:23 am

Pastinya pasukan bola sepak ternama di dunia akan terus mencemburui pasukan Real Madrid apabila pasukan yang memenangi gelaran Liga juara-juara eropah sebanyak 9 kali ini bakal membina Real Madrid Resort Island di UAE. Resort yang bakal dibuka pada Januari 2015 in dijangkakan bakal menarik 1 juta pelancong dari serata dunia. Tarikan terbaru di UAE ini pastinya akan kekal di dalam sejarah apabila pulau buatan ini bakal menampilkan lagi kehebatan Real Madrid sebagai penjenamaan dan pemasaran terbaik di dalam sukan bola sepak.

Di resort ini, ia akan dibina Hotel bertaraf 5 bintang yang menyediakan 450 bilik serta lebih berpuluh banglo akan dibina untuk disewakan kepada  jutawan-jutawan yang hadir ke pulau ini. Tidak cukup dengan itu, satu taman tema juga akan dibina khas dan kesemua kedai di pulau ini akan menjual jenama Real Madrid. Seperti biasa, satu muzium akan dibina bagi memperingati pasukan ini dan ianya khas untuk kepada pelancong yang hadir ke pulau ini.

mungkin kini anda telah berfikir bagaimanakah pasukan bola sepak mampu membina sebuah pulau ? yaa..pasukan Real madrid merupakan pasukan terkaya di dunia dan ia disebabkan faktor pengurusan wang dan pelaburan saham yang terbaik keatas pemilik pasukan ini. disebabkan itu Real Madrid mampu untuk membeli pemain ternama dunia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...