Setelah Setahun Tinggalkan New Zealand

June 16, 2012 at 12:44 pm

 

Sudah hampir setahun saya meninggalkan bumi New Zealand yang saya jejaki pada bulan jun tahun lepas. Pengalaman seumur hidup yang menarik serta tidak boleh dilupakan ini adalah hasil pemberian dari AirAsiaX iaitu penaja rasmi bagi salah satu contest yang saya sertai di Facebook AirAsia. Saya yang sangat bertuah telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan saya juga dibenarkan membawa 2 orang bersama saya untuk ke New Zealand. Oleh itu, saya telah membawa abang dan mak saya ke sana dan bercuti bersama rakan pemenang yang lain dan para blogger jemputan iaitu Budiey dari Malaysia dan James dari China.

Pengalaman bercuti selama 7 hari di New Zealand  adalah salah satu hadiah terbaik di dalam hidup saya..Antara tempat yang saya lawati di sana adalah di Christchruch, Hanmer Springs, Lake Tekapo, Queenstown, Terrace Down dan banyak lagi. Kesemua tempat yang saya lawati adalah sangat menarik dan cantik ditambah pula dengan cuaca yang sejuk ketika saya pergi kesana pada tahun lepas.

Ketika saya bercuti disana, waktu itu adalah musim sejuk dan suhu maximum pada siang hari adalah 17 darjah celcius. Namun diwaktu malam suhu menurun sehingga -2 darjah celcius dan ia membuatkan saya sejuk membeku disana. Maklumlah kita kan dah biasa tinggl di negara panas macam malaysia ni. bila kali pertama menjejakkan kaki ke sana, udaranya sangat bersih dan suhu yang sejuk itu membuatkan kita tidak berpeluh dan sangat selesa di sana.

Saya sangat bertuah kerana dapat menikmati kemudahan terbaik dan kesemua penaja memberikan perkhidmatan yang terbaik termasuklah hotel dan kapal terbang. Terima kasih kepada AirAsia kerana memberikan saya satu peluang menarik di dalam hidup ini. Jum lihat gambar tempat-tempat yang saya dah pergi disana :-

 

Saya di Antartic, Christchurch. waktu ini adalah beberapa jam selepas saya mendarat di Christchurch airport .

gambar ini adalah ketika saya di Hanmer Springs dan ketika itu saya hanya melawat sahaja tapak bungy jump dan shotover jet. Disini terdapat pelbagai permainan extreme yang pasti membuatkan anda teruja untuk mencuba.

ini baru menarik !! Saya telah berjaya membuat terjunan Bungy setinggi 43 meter. Kawarau Bridge  merupakan Bungy Jumping pertama di dunia.

ketika di Bandar Hanmer Springs..suasana di pagi hari..

ambil gambar dulu baru cuba.. (muka takut je)

Sempat bergamabr di lake tekapo iaitu tempat yang digunakan oleh orang ramai untuk ambil gambar perkahwinan dan tempat ini juga digunakan untuk rakaman filem antarabangsa.

yeahhh..terjun dulu ye…peace… klik more untuk lihat lebih banyak gambar kenangan saya di New Zealand.

Chelsea Juara UEFA Champions League 2011/2012 (Koleksi Gambar Perlawanan)

May 20, 2012 at 5:40 am

 

 

Jaringan :-

Gol Bayern oleh Muller (minit 83)

Gol Chelsea oleh Drogba (minit 88)

Chelsea menang penalti 4-3

Pre-Season 2012/2013 : Barcelona & Manchester United Bakal Ke Malaysia !

January 12, 2012 at 10:10 pm

 

Dua pasukan jagoan dari Eropah ini dijangka bakal ke Malaysia bagi menghadapi pasukan  Harimau Malaya di Kuala Lumpur. Persiapan Pra-musim kedua-dua pasukan ini disamping dalam rangka jelajah Airsia. Barcelona dan Manchester United bakal diundang oleh Malaysia disamping minat yang mendalam terhadap kedua-dua pasukan ini dalam pemasaran kelab di Malaysia.

Malaysia juga merupakan diantara negara yang mempunyai ramai peminat kedua-dua kelab ini dan disebab itu mereka begitu tertarik dengan Malaysia. Namun segalanya mungkin terjadi apabila pihak kedua-dua pasukan ini berbincang bersama Persatuan Bola Sepka Malaysia (FAM) untuk merealisasikan impian tersebut.

Setelah Arsenal, Chelsea dan Liverpool ke Malaysia tempoh hari, kini kembali semula Manchester United dan kemunculan sulung Barcelona di Malaysia. Sudah pasti ramai peminat bola sepak tanah air akan menyokong usaha ini dan diharap segala peracangan menjadi kenyataan. kedua-dua pihak dijangka akan berbincang hal ini tidak lama lagi namun kedatangan dua pasukan gergasi ini adalah hampir pasti kerana pasukan ini ingin mengadakan jelajah asia pada musim panas ini.

sumber berita : malay mail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...