Cuti-Cuti: Seharian Uzair Othman Di Singapore

January 29, 2013 at 5:57 pm

 

DSC_0045

 

Pagi Ahad 27.1.2013 , saya bersama rakan saya memulakan perjalanan untuk masuk ke Kota Singa dengan menaiki bas dari , IMIGRESEN DAN KUARANTIN (CIQ), Johor Bharu ke stesen MRT Kranji (Singapore). Saya mengunakan pengangkutan bas untuk menyeberangi tambak johor dan menaiki MRT untuk pusing-pusing di bandar Singapore. Tetapi sebelum itu saya sempat bersarapan pagi di Restoran Hasyima iaitu kedai mamak yang berhampiran dengan CIQ ini. CIQ merupakan pintu utama untuk masuk ke Singapore dan anda perlu menyediakan dokumen seperti passport dan borang lawatan untuk memasuki singapore.

IMG-20130127-02494

 

Saya pilih untuk makan Nasi Lemak dan Teh O ais di pagi hari ini.. Seawal jam 6.30 pagi saya memulakan perjalanan iaitu selepas saya makan sarapan pagi. Saya nak maklumkan kepada yang naik kereta, anda boleh parking kereta di tempat awam pada hari Ahad secara percuma..itu yang untung pergi hari ahad.

Puchong-20130126-02491

 

Okeyh yang ini paling penting, bagi anda yang pertama kali memasuki Singapore ataupun pertama kali ke negara orang. Pastikan anda menyediakan passport yang masih lagi belum tamat tempoh iaitu 6 bulan sebelum tarikh tamat.  Pertama, anda perlu semak passport anda di Imegresen Malaysia dan kemudiannya anda boleh menaiki bas untuk ke MRT.

Antara bas yang ada untuk ke MRT adalah :-

1. Bas no. 170 ke Stesen MRT Kranji (Rm 1.20)

2. Bus no. 950 untuk ke MRT Woodlands.

3. Bas Causeway Link ke MRT Kranji (Rm 1)

*pastikan anda mengikut laluan yang betul untuk ke singapore bagi mengelakkan anda tersesat lebih jauh..

 

 

IMG-20130127-02496

 

Setelah menaiki bas, anda akan melintasi tambak johor dengan perjalan selama 5 minit untuk ke Imegresen Singapore. Setiba di imegresen singapore, anda perlu turut dan naik ke tingkat atas bangunan tersebut. Anda perlu semak passport anda dan menulis borang kemasukan ke Negara Singapore. Setelah menyemak dan menulis borang , anda akan diperiksa bagasi/beg.

setelah selesai semua, anda perlu turun dari bangunan tersebut dan pergi ke belakang escalator dimana disitu anda boleh menaiki semula bas yang anda naik mula-mula tadi dengan hanya menunjukkan tiket bas. Jika bas anda terlepas, anda boleh naik bas dengan nombor yang sama tanpa perlu membayar lagi tapi kene tunjuk tiket anda.

IMG-20130127-02500

 

Perjalanan dari imegresen singapore mengambil masa 5 minit saja ke MRT Kranji. Setelah tiba disana, anda perlu membeli tiket sehala ke Stesen Ang Mo Kio dengan kadar Harga $ 2.10 (Dollar Singapore). Hanya kaunter tiket di Ang Mo Kio Sahaja anda boleh dapatkan dan membeli tiket Tourist Pass yang bernilai $20.00 . Tiket tourist pass ini anda boleh pulangkan semula ketika anda ingin pulang nanti dan anda akan dapat $ 10.00 sebagai deposit.

Setalah ada tourist pass, barulah anda boleh menaiki MRT dan bas di Singapore. Mudah Bukan? Dsini semuanya pantas dan anda perlu cepat terutama ketika menaiki dan turun escalator.

DSC_0066

 

Bagi  mengelakkan anda sesat lebih jauh, pastikan anda mengambil peta MRT dan anda perlu membuat sedikit research tentang tempat menarik di Singapore. Disini terdapat pelbagai aliran MRT yang akan memeningkan kepala anda dan anda perlu lihat peta MRT dengan betul bagi mengelakkan kesilapan menaiki MRT.

DSC_0065

 

Lokasi pertama yang saya pergi adalah di Orchard Road iaitu saya menaiki MRT dari Station Ang Mo Kio dan turun di Stesen Orchard. Disini terkenal dengan shopping mall yang menjual barang-barang branded. Terdapat juga kedai yang menjual cenderamata dan barangan untuk dijadikan ole-ole.

DSC_0062

 

Pastikan anda mengikut signboard yang betul bagi mengelakkan anda tersalah terowong. Anda perlu ingat dari mana anda datang dan ingat jalan pulang.

DSC_0059

 

Saya sempat ke Lucky Plaza yang berdekatan dengan MRT Orchard ini. Disini saya sempat menjenguk masyarakat Singapura yang membeli-belah di awal pagi. Seawal jam 9 pagi lagi sudah ramai orang berpusu-pusu kesini.

DSC_0061

 

Kalau pandai tawar, pasti akan dapat murah, jadi gunakanlah kelebihan anda disini. Di Orchad road, tidak ramai orang yang boleh berbahasa melayu dan kebanyakkan pekedainya adalah orang cina singapura.

DSC_0046

 

Terdapat berpulu shopping mall untuk anda pergi, kalau mak datin yang datang sini pasti mereka akan tersenyum lebar melihat barangan branded yang dijual disini.

DSC_0053

 

Jangan risau pasal surau atau masjid, singapore masih lagi ada penganut beragama islam dan anda boleh menunaikan solat walaupun dimana anda berada.
DSC_0168

 

Inilah escalator yang saya maksudkan, ianya 2 kali lebih pantas dari Malaysia. Kalau kaki tak cukup kuat sudah pasti anda akan terpelanting ke belakang..haha . setelah puas shopping, saya ke tempat lain pula.

DSC_0166

 

Lokasi seterusnya adalah Raffles Place, iaitu sebuah lokasi bersejarah di singapore. Tarikan utama disini adalah Merlion Park dan Esplanade Theater.  Daripada stesen Orchad, saya menaiki MRT ke station Raffles Place. untuk ke lokasi singa yang pancut air tu (Merlion Park) anda perlu ikut tips saya ini. pastikan anda fahami betul-betul.

DSC_0069

 

Setelah keluar dari Stesen MRT Raffles Place, anda akan berjumpa dengan bagunan seperti ini dihadapan anda (gambar diatas).

 

DSC_0073

 

kemudian disekeliling anda ada bangunan yang tinggi seperti ini. jangan risau ye..dah dekat da tu..

DSC_0076

 

Pastikan anda mencari monumen diatas ini , jika anda jumpa benda ni, anda hanya perlu terus ke kanan.. cari jalan besar yang bernama   Fullerton Road.

DSC_0079

 

Dalam perjalanan anda ke Fullerton Road itu anda akan nampak bangunan yang ada 2 ekor singa disebelah kiri anda.. anda hanya perlu terus lagi.

DSC_0089

 

Setelah ke jalan Fullerton Road, anda akan jumpa Fullerton Hotel dan Maybank. Merlion park itu terletak betul-betul dihadapan hotel tersebut dan anda perlu melintas jalan. jangan lupa ye , melintas jalan mesti ikut undang-undang sana..kat sana tak ada undang-undang the power of hands.

 

 

DSC_0146

 

Setelah 10 minit berjalan, anda akan nampak Merlion park dan tiba masa untuk anda bercantik-cantik dan hensem-hensem untuk ambil gambar.


DSC_0109

 

Akhirnya saya sempat mengambil gambar di hadapan patung singa Merlion Park ini. Disini merupakan tempat tumpuan masyarakat luar  dan pelancong asing yang datang kesini. ini diantara bukti jika anda pernah datang ke singapore.

DSC_0141

Di belakan saya adalah Bayfront Ave, kalau tak silap saya ia adalah office. Rekaan menarik dimana ada kapal diatas bangunan dan amat sesuai untuk ambil gambar kenangan.

DSC_0115

 

 Di belakang saya adalah Esplanade Theater iaitu tempat yang selalu digunakan oleh artis luar negara yagn buat konsert disini.

DSC_0118

 

Dan yang terakhir disini adalah  Eye On singapore yang mengadap bertembungan sungai singapura dan sungai kallang.

DSC_0153

 

 

Dsini juga anda boleh menaiki bas double Decker bagi melihat lebih jelas keindahan bandar Singapura ini.

DSC_0173

 

Dari Reffles place, anda boleh berjalan kaki ataupun menaiki MRT Raffles Place ke MRT City Hall iaitu sebuah shopping complex terkemuka disini. Disini anda boleh berehat sambil membeli air setelah penat berpanas di Merlion park.

 

DSC_0175

 

Lokasi seterusnya adalah Bugis Street. Bugis Street ini adalah lokasi seperti petaling street dimana anda boleh membli barangan yang murah-murah disini seperti baju dan key chain. Untuk ke sini anda perlu menaiki MRT aliran yang berwarna Hijau dari City Hall ke Bugis. Anda akan jumpa monumen seperti gambar diatas dan anda perlu toleh ke kanan dan seberang jalan untuk ke Bugis Street.

 

DSC_0176

 

 

Di bugis street saya tak sempat amek gambar sebab ramai sangat orang. takut nanti kene rompak pulak kan.. disini anda perlu berjaga-jaga beg anda bagi mengelak pick pocket.

DSC_0181

Setelah tiba waktu tengah hari, tiba masa untuk makan tengah hari, saya terus ke Little india dengan menaiki MRT dari stesen MRT Bugis anda perlu ke City Hall dan tukar ke aliran berwarna merah. setelah itu anda perlu ke Dhoby Ghaut dan tukar ke aliran berwarna ungu untuk ke little India.

DSC_0183

 

Gerai makan di Little india ini adalah terletak di belakang pasar Little india dimana anda perlu mengelilingi bangunan yang berdekatan MRT little india tersebut bagi menjumpai kedai makanan muslim disini. Terdapat pelbagai restoran mamak dan masakan padang disini. Jangan risau kerana semuanya halal dan terdapat juga gerai yang menjual minuman keras . oleh itu anda perlu memilih kedai yang bersih dan tidak menjual minuman pelik itu. Harga air coke yang saya beli itu adalah $1.20 setiap satu. banyak lagi makanan yang murah disini termasuk nasi briyani dan nasi campur.

 

DSC_0188

 

Saya meneruskan perjalanan lagi dengan berpatah balik ke stesen MRT Dhoby Ghaut untuk ke Istana Park. Disini merupakan tempat melepak masyarakat disini dan anda boleh berjalan-jalan di taman yang terletak sebaris dengan Orchad Road ini. Disini juga terdapat ibu pejabat MAS airlines dan terdapat juga jalan bernama Penang Road.

DSC_0189

 

Cuaca yang panas dan terik memerlukan anda membawa air mineral dan payung bagi mengelakkan anda pitam setelah penat berjalan.

DSC_0192

 

Seterusnya saya ke HarbourFront dengan menaiki MRT aliran berwarna ungu. Disinilah tempat terletaknya Resort world dan USS. sempat juga saya berjalan-jalan di Harbour  Front yang majoritinya adalah shopping Mall.

DSC_0204

 

Anda juga dapat melihat kabel car yang menghubungkan Harbour Front dengan Pulau Sentosa.

DSC_0205

 

Lokasi terakhir saya adalah Holland Village dimana disini terdapat gerai makanan Western dan bagi pengemar western disini amat sesuai kerana tempat ini adalah seperti Bar. Antara tempat lain yang saya lawati adalah seperti Telok Blangah dan Labrador Park.

Setelah penat berjalan, tiba masa untuk pulang ke tanah air, anda perlu kembali semula ke MRT Kranji dan jangan lupa pulangkan tiket tourist pass dan anda akan dapat semula deposit $10.00. Setelah itu naik bas yang sama  tetapi kene beli tiket yang baru. Naik bas causeway link dengan kadar harga 80 Sen saja iaitu bas berwarna kuning.

setelah menaiki bas, anda perlu menyemak passport di imegresen singapore . dan kemudiannya naik semula bas yang anda naik di MRT Kranji tadi. jika bas terlepas, tunggu bas nombor yang sama dan perlu tunjukkan tiket yang sama tanpa perlu bayar lagi. anda akan menaiki bas dan anda perlu turun ke CIQ iaitu imegresen Malaysia. Disana anda perlu tunjukkan passport anda di kaunter. setelah itu tamatlah perjalanan anda ke singapore. Selamat bercuti kepada yang ingin mencuba cara saya ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...