TRIP BACKPACKER UZAIR OTHMAN KE PARIS, FRANCE

September 2, 2015 at 7:31 pm

2

Assalamualaikum, kali ni saya nak share pengalaman saya travel di benua eropah yang melibatkan 4 negara  iaitu UK, Perancis, Spain dan Netherlands . selama 2 minggu saya travel di benua eropah ini …waktu saya travel ini adalah permulaan musim panas di eropah..saya ni memang jenis tak suka travel pada musim sejuk sebab susah nak berjalan dan leceh…lagi pun memang dah biasa musim sejuk masa kat korea sebab tiap2 tahun ada bawa trip ke sana..

1

pendekkan cite, kita terus bermula dari charles de gaulle airport (CDG), paris…saya tiba di airport ni pada jam 7 pagi waktu paris selepas mengharungi 15 jam penerbangan yang melibatkan 1 transit di Hanoi..ini kerana saya menaiki pesawat Vietnam Airlines.  tiba di airport ni anda perlu melalui pemeriksaan imegresen dan bagi passport Malaysia..anda boleh melawat negara-negara di eropah selama 90 hari..lebih dari tu kene visa la ye..Imegresen disini taklah banyak tanya seperti di London…yang penting anda perlu membawa salinan tempahan tempat tinggal, wang secukupnya dan kalau boleh bawa sekali salinan travel insurance anda..Dari airport ke bandar Paris mengambil masa lebih kurang 40-60 minit perjalanan dengan menaiki train ..kadar bayaran adalah 10 Euro dan anda boleh berhenti di mana-mana station di zon 1 dan zon 2 Paris..korang boleh rujuk zon-zon ni di website train paris atau mana-mana map paris.

 

3

Saya memilih untuk berhenti di Station Gare Du Nord kerana disini mempunyai luggage storage..simpang beg dulu supaya senang nak travel untuk hari ini..cost luggage storage ini adalah dari 7-10 Euro mengikut saiz storage..kalau korang ramai, ambil je storage yang besar tu lagi jimat…sebelum nak simpan storage..beg korang akan di periksa dulu..ada mesin scanner..jangan bawa benda pelik2 pulak..sini ketat sikit keselamatannya…nak bayar luggage storage ni korang kene pakai siling..kat Paris jarang dia orang pakai note…lebih bagus bawa kad kredit sebab semua vender mesim terima kad kredit termasuklah nak beli apa2 tiket seperti train dan bus…Dengan menaiki metro atau train di dalam Paris ni, korang memerlukan tiket train yang mencukupi…jadi saya suggest korang ambil metro paris carnet 10 tickets  dengan cost 15 Euro (ni aku genapkan aje..harga asal 14 euro lebih..) .. 

Klik Read More untuk baca lebih lanjut..