Setelah Setahun Tinggalkan New Zealand

June 16, 2012 at 12:44 pm

 

Sudah hampir setahun saya meninggalkan bumi New Zealand yang saya jejaki pada bulan jun tahun lepas. Pengalaman seumur hidup yang menarik serta tidak boleh dilupakan ini adalah hasil pemberian dari AirAsiaX iaitu penaja rasmi bagi salah satu contest yang saya sertai di Facebook AirAsia. Saya yang sangat bertuah telah berjaya memenangi pertandingan tersebut dan saya juga dibenarkan membawa 2 orang bersama saya untuk ke New Zealand. Oleh itu, saya telah membawa abang dan mak saya ke sana dan bercuti bersama rakan pemenang yang lain dan para blogger jemputan iaitu Budiey dari Malaysia dan James dari China.

Pengalaman bercuti selama 7 hari di New Zealand  adalah salah satu hadiah terbaik di dalam hidup saya..Antara tempat yang saya lawati di sana adalah di Christchruch, Hanmer Springs, Lake Tekapo, Queenstown, Terrace Down dan banyak lagi. Kesemua tempat yang saya lawati adalah sangat menarik dan cantik ditambah pula dengan cuaca yang sejuk ketika saya pergi kesana pada tahun lepas.

Ketika saya bercuti disana, waktu itu adalah musim sejuk dan suhu maximum pada siang hari adalah 17 darjah celcius. Namun diwaktu malam suhu menurun sehingga -2 darjah celcius dan ia membuatkan saya sejuk membeku disana. Maklumlah kita kan dah biasa tinggl di negara panas macam malaysia ni. bila kali pertama menjejakkan kaki ke sana, udaranya sangat bersih dan suhu yang sejuk itu membuatkan kita tidak berpeluh dan sangat selesa di sana.

Saya sangat bertuah kerana dapat menikmati kemudahan terbaik dan kesemua penaja memberikan perkhidmatan yang terbaik termasuklah hotel dan kapal terbang. Terima kasih kepada AirAsia kerana memberikan saya satu peluang menarik di dalam hidup ini. Jum lihat gambar tempat-tempat yang saya dah pergi disana :-

 

Saya di Antartic, Christchurch. waktu ini adalah beberapa jam selepas saya mendarat di Christchurch airport .

gambar ini adalah ketika saya di Hanmer Springs dan ketika itu saya hanya melawat sahaja tapak bungy jump dan shotover jet. Disini terdapat pelbagai permainan extreme yang pasti membuatkan anda teruja untuk mencuba.

ini baru menarik !! Saya telah berjaya membuat terjunan Bungy setinggi 43 meter. Kawarau Bridge  merupakan Bungy Jumping pertama di dunia.

ketika di Bandar Hanmer Springs..suasana di pagi hari..

ambil gambar dulu baru cuba.. (muka takut je)

Sempat bergamabr di lake tekapo iaitu tempat yang digunakan oleh orang ramai untuk ambil gambar perkahwinan dan tempat ini juga digunakan untuk rakaman filem antarabangsa.

yeahhh..terjun dulu ye…peace… klik more untuk lihat lebih banyak gambar kenangan saya di New Zealand.

Video : Memori Bercuti Di New Zealand

November 12, 2011 at 4:53 pm

berikut beberapa video time uzair pergi bercuti ke new zealand bersama airasia x dan pure new zealand..sangat best bila di negara orang dan harap dapat kesana lagi :)


new zealand waktu sunset – uzair othman


Hangglund experience at Antarctic – uzair othman


Hagglund at (The Antarctic) Christchurch – uzair othman


Uzair Othman – Bungy Jump at Kawarau Bridge (43 M)


My First Canyon Swing @ Queenstown NZ – Uzair Othman


UzairOthman.com : Naik Jet Boat Shotover


UzairOthman.com : 3 beranak di Lake Tekapo, New Zealand


UzairOthman.com : Kata-kata akhir sebelum pulang ke Malaysia

Day 5 : Saya suka New Zealand

July 1, 2011 at 3:41 pm

hari ke lima aq hanya bersarapan pagi di bandar queenstown iaitu hampir dengan hotel novotel yang aku menginap ..aq hanya makan sandwich dan air mineral saja…pagi ini kami dibawa ke jambatan kawarau..aq pun xtau la nak buat apa kat sana..seawal jam 8.30 pagi kami pun bergerak ke tempat yang hendak dituju..perjalanan kesana hanya mengambil masa 20 minit dan kami tiba disana dengan penuh kejutan..mau tak nya..rupanya ada bungy jump kat sana..hahaha..excited gler aq tgk jambatan tu dengan air sungau yang kaler biru..memang cantik la..


disana aq diberi penerangan dan aq perlu timbang berat badan untuk mengetahui kesesuaian tali yang akan digunakan nanti…kawarau bridge mempunyai ketinggian 43 meter dan merupakan bungy jump pertama di dunia..ini merupakan satu pengalaman berharga disini mau taknye..aq buat bungy jumping pertama dalam hidup aq..hahaa…

tepat jam 10 pagi waktu new zealand..aq bersiap sedia di platform untuk membuat terjunan pertama dalam hidup aq..korang leh tengok video terjunan aq..disini..hehehe…




memang menarik la disini..aq dapat pengalamam berguna dan sangat2 teruja dengan bungy jump ini..thank you to AirAsia and Pure New Zealand kerana sponsor saya ke sini..



selepas selesai membuat bungy jump..aq pun makan tengah hari di tepi tasek wakatipu sambil menikmati udara segar bandar queenstown..selepas makan tengah hari..kami pun menaiki bot untuk ke Walter Peak iaitu rumah lama yang dijadikan muzium untuk lawatan orang ramai..perjalanan menaiki bot mengambil masa 30 minit..disana terdapat banyak kambing biri-biri dan mempunyai rumah agam yang mewah yang pernah diduduki oleh seorang jutawan new zealand disitu..

selepas melawat walter peak..kami dibawa pulang ke bandar queenstown dan balik ke hotel..pada waktu malam kami mempunyai masa lapang dan ketika itulah saya pergi bershopping dan makan malam ..hehhe..banyak juga la duit habis bershopping kat sana..hehee..

jam 11 malam aq pun tdo…zzzzzzz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...