Bika Ambon : Makanan Wajib Beli Di Medan !!!

March 25, 2013 at 9:00 am

IMG-20130317-02617

 

Kali ini saya nak kongsi satu makanan istemewa masyarakat Medan mahupun seluruh Indonesia. Jika anda ke Medan, pastikan anda mencari kedai menjual Bika Ambon. Kuih yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti Telur, Gula dan santan ini amat popular di Medan dan ia dijual dengan pelbagai perisa seperti Pandan, Durian, Keju dan coklat.

Kuih ini juga mampu tahun selama seminggu jika disimpan pada suhu yang sejuk.  Sebelum cerita lebih detail lagi. Pastikan duit anda mencukupi nak borong banyak-banyak untuk bawa pulang ke Malaysia. Harga Bika Ambon ini boleh di dapati sekita 25000 – 50000 rupiah mengikut saiz yang anda inginkan.

 

IMG-20130321-02619

 

Di sekitar Medan, Indonesia anda boleh dapati Bika Ambon ini di mana sahaja kerana hampir setiap tempat menjual kuih ini dan anda perlu pandai tawar-menawar bagi mendapatkan Harga terbaik. Kuih ini juga dikenali sebagai Bingka di Malaysia. Anda juga boleh bagi tahu pada tourist guide anda jika ingin beli Bika Ambon ini. Mereka pasti tahu kedai yang murah dan anda boleh borong sebanyak-banyaknya.

Antara Lokasi menjual Bika Ambon ini adalah di Jl. Kruing, Jl. Mojopahit dan jika anda betul-betul tak sempat nak beli ada satu tempat terakhir untuk beli iaitu di Lapangan Terbang Polonia. Anda boleh beli Bika Ambon ini selepas anda periksa passport di lapangan terbang. Di ruangan kedai dalam lapangan terbang itulah terletaknya satu kedai kek yang menjual bika ambon ini.

 

IMG-20130321-02620

 

Jadi inilah gambaran Bika Ambon

IMG-20130321-02621

 

 ini pula adalah gambaran dalaman Bika Ambon dan rasanya sangat terbaik !!!

 

Percutian Ke Medan Bersama Keluarga (2013) – Part 3

March 24, 2013 at 9:00 am

DSC_0051

Hari ke-3, tiba masa untuk pulang ke Medan kerana keesokan harinya kami akan pulang ke Malaysia. Oleh itu kami tinggalkan Danau Toba dengan seribu satu kenangan disini. kami menaiki feri dari Tomok untuk menyeberangi danau toba dan ke Parapat semula.

 

DSC_0100

Kemudiannya kami menaik kereta untuk ke Medan dan perjalana nemngambil masa selama 5 jam dan akan kami singgah di beberapa tempat menarik.

DSC_0129

 

Tempat pertama yang kami singgah ialah PATEN iaitu kilang pembuatan biskut dan makanan terkenal disini. Pelbagai produk anda boleh beli disini dan harganya sekitar RP 20 000 ( Rm 6) . Anda juga boleh mencuba mana-mana produk makanan yang anda suka sebelum membeli.

DSC_0136

 

Sempat juga saya shopping dengan membeli satu set yang berharga RP 200 000 ataupun Rm 60 duit Malaysia. Biskutnya memang sedap dan banyak produk yang dijual lagi disini.

DSC_0141

Kami meneruskan perjalanan lagi dan kali ini singgah pula di Restoran  Simpang Tiga untuk menikmati makan tengah hari. Dari sini kira-kira satu jam untuk sampai ke Medan.

DSC_0143

Lihatlah banyak betul lauk-pauk yang dihidangkan..kenyang betul makan kat sini..puas hati ..

DSC_0153

Setelah makan, kami pun meneruskan perjalanan dan singgah di Masjid Raya , Medan. Disini merupakan masijid pertama dan yang utama di Medan. Masjid ini dibina oleh pemerintah terdahulu yang menjadi simbol agama Islam disini.

DSC_0196

 

Tidak jauh dari masjid raya , terletak satu lagi tarikan utama disini iaitu Istana Maimoon. Istana utama di medan ini masih lagi mempunyai sultan dan sultan tesebut baru berusia 13 tahun yang ditabalkan pada tahun 2005 dahulu. Sultan ini masih lagi mempunyai kerabat di Malaysia dan beberpa dearah di Indonesia.
DSC_0280

oleh kerana terlalu penat, kami pun check in awal dan berehat di hotel setelah kepenatan  melalui perjalanan yang agak jauh.

DSC_0300

 

Pada waktu malam pula, kami makan malam di ACC iaitu terkenal dengan Ayam Pop atau ayam penyet di Malaysia. Makanan disini halal dan dijamin bersih.

DSC_0305

 

Setelah kenyang makan, kami pun pulang ke hotel dan berehat. esok pagi tiba masa untuk tinggalkan kota medan dan pulang ke tanah air.

Percutian Ke Medan Bersama Keluarga (2013) – Part 2

March 23, 2013 at 9:00 am


DSC_0131

 

Hari kedua  merupakan hari yang panjang buat kami. ini kerana kami perlu menaiki kereta selama 5 jam untuk ke Danau Toba dari Brastagi. Disepanjang perjalanan, kami dapat melihat pelbagai ragam masyarakat Batak Toba, pelbagai upacara dijalankan disekitar kampung di laluan  perjalanan kami. Ada upacara adat dan dari situ kami dapat lihat masyarakat batak dengan lebih dekat lagi.Hasil seni binaan juga melambangkan masyarakat disini dan budaya serta adat memang tidak dapat dipisahkan oleh mereka.

 

1

 

Hampir 1 jam perjalanan, kami berehat sebentar di Air Terjun Sipiso-piso. Air terjun yang mempunyai permandangan cantik ini membuatkan kami berehat lama bagi menikmati keindahan air terjun dan kebetulan pula ia dekat dengan Lake Toba. Jadi bolehlah ambil gambar kenangan disini.

 

DSC_0156

 

Cuba anda tengok air terjun tu, cantik kan…ketinggian air terjun setinggi 120 meter dan itu menjadi punca utama orang ramai datang melawat disini..

DSC_0168

 

Disini juga anda boleh menikmati udara segar sambil menikmati permandangan gunung-ganang yang indah

DSC_0218

 

Disini juga anda boleh membeli-belah kerana barang disini tidaklah terlalu mahal dan tidak terlalu murah. Harganya sederhana namun masih murah lagi berbanding di Malaysia.

DSC_0287

 

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan dan singgah pula di Simarjarunjung iaitu salah satu perhentian wajib bagi pelancong disini. Tempat tumpuan ini menjadi pilihan orang ramai kerana disini anda boleh menikmati hidangan Teh Halia dan pisang goreng disamping menikmati udara segar dan dingin.

 

DSC_0252

 

disini saya juga boleh menikmati juadah dengan melihat permandangan cantik Danau Toba dari atas gunung.

DSC_0266

 

Inilah juadah yang menjadi tumpuan disini, memang terbaik teh ini kerana rasa halianya betul-betul asli.

DSC_0198

 

Inilah permandangan Danau Toba dari atas gunung..sangat cantik dan teruja saya disini. Danau Toba merupakan Tasik semulajadi terbesar di Asia dan No.3 terbesar di dunia.  Di tengah tasik ini ada sebuah pulau bernama Samosir Island yang keluasannya lebih luas dari singapura.

 

DSC_0336

 

Selepas 5 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Parapat iaitu sebuah bandar utama untuk orang ramai menyeberangi Danau Toba untuk ke Tomok iaitu terletak di Samosir Island. Singgah dulu makan di Restoran Istana II.

 

DSC_0342

 

Disini hidanagn masakan ala padang dan menu utama masyarakat disini dihidangkan kepada kami.

DSC_0363

 

Setelah makan dan solat, kami pun meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Danau Toba dengan menaik Feri. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit membolehkan anda menikmati suasana indah danau toba dari atas feri.

DSC_0411

 

Di Tomok, anda boleh membeli belah dan melawat tempat menarik seperti makam raja-raja Batak Toba dan rumah masyarakat Batak toba. Shopping disini juga murah dan anda boleh tawar menawar disini.

DSC_0417

 

Inilah rumah masyarakat batak toba yang mempunyai 3 tingkat di dalamnya. Tingakat bawah adalah kegunaan untuk menyimpan haiwan ternakan. Di tingkat kedua , ahli rumah akan tinggal dan tidur dan ditengahnya di letakkan sebuah dapur tradisional. Dan di tingkat 3 diletakkan tempat menyimpan hasil tanaman.

DSC_0420

 

Patung ini dinamakan Si Gale-gale iaitu seorang seorang anak raja di kampung ini yang mati ketika berperang. Oleh kerana keluarganya sangat menyangi beliau, patung ini dibuat oleh ahli keluarganya. Dikabarkan pada zaman dahulu patung ini boleh bergerak sendiri kerana dimasukkan ilmu hitam bagi mengubati sedih ahli keluarganya yang mati.

 

DSC_0452

 

Setelah puas berjalan di sini, tiba masa untuk checking sebelum hari senja..kali ini  kami tidur di Hotel Toledo Inn.

DSC_0471

 

Hotel ini terletak betul-betul berhadapan dengan tasik toba. Namun disini tak boleh mandi kerana airnya terlalu dalam sehingga mencapai kedalaman 500 meter.

DSC_0442

 

inilah katil kami, dan sebelum tidur kami makan malam dulu di salah sebuah restoran di sekitar hotel ini. Disini penduduknya 99% beragama kristian. Jadi susah sikit nak cari makanan halal. tapi dengan bantuan tourist guide kami dapat juga makan malam di restoran muslim.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...