Hotel Review: Mali Perdana Resort, Langkawi, Malaysia

November 15, 2013 at 11:44 pm

20131106_084311

Mali Perdana Resort terletak di belakang Underwater World Langkawi iaitu di Pantai Cenang. Lokasinya 20-30 minit dari Airport dan 30 minit dari pekan kuah. Resort bertaraf satu bintang ini menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia terletak bersebelahan dengan Pantai Cenang.

Saya menempah hotel ini untuk 2 hari dengan kadar bayaran RM 215.00 . Tambahan RM 50.00 untuk deposit dan wang itu akan dikembalikan setelah anda memulangkan kunci ketika check out. Disini juga sesuai untuk anda buat berbeku atau bersantai di tepi pantai kerana lokasi nya 5 minit berjalan kaki untuk ke pantai.

 ”  Mali Perdana Resort is located on the back of the Underwater World Langkawi in Pantai Cenang. The location is 20-30 minutes from the airport and 30 minutes from the town of Kuah. This resort is a tourist attraction within and outside the country because it is next to  Cenang Beach (pantai cenang).

I booked this hotel for 2 days with charges Rs 215.00. Additional RM 50.00 for deposits and the money will be refunded when you return the keys (checking out). Here is also suitable for you do BBQ or relax on the beach because this location 5 minute walk to the beach. “

 

20131105_185437

Beginilah rupa bilik untuk katil twin. Simple dan selesa untuk anda tinggal dengan pakej yang bajet. Yang penting adalah anda boleh tidur dan sesuai dengan keselesaan anda.

 

20131105_185446

Bilik ini juga mengunakan Air-Cond, jadi tak ada la panas. Ini penting kerana lokasi nya yang dekat dengan pantai membuatkan pantai cenang ini sedikit panas dari tempat lain.

 

20131105_185402

Terdapat juga TV dan meja serta cermin untuk kegunaan anda di dalam bilik ini.

20131105_185531

Pihak resort juga turut menyediakan almari bagi memudahkan anda menyusun barang anda supaya lebih kemas dan teratur.

 

20131105_185627

Bagi pelancong luar negara, plug 3 pin digunakan di Malaysia. Jadi anda perlulah ada adapter untuk mengunakan plug ini. Plug ini juga boleh digunakan dengan peralatan plug 2 pin.

 

20131105_185351

Sebelum meninggalkan bilik pastikan anda mencabut kunci anda. Kalau tak cabut dari plug tu, memang masalah la nanti kerana itu bermakna anda terlupa bawa kunci ketika keluar dari bilik.

 

20131105_185349

inilah tandas di bilik ini.

20131105_185041

Di lobby resort ini, disediakan kopi dan teh pada dua sesi iaitu pagi dan malam. pada waktu pagi bermula jam 7- 11 pagi dan malam bermula jam 6 – 10 malam.

 

20131105_185028

pemyambut tetamu juga boleh tahan comel nya. lihat la apa yang ada diatas meja tu..hehe

20131105_194910

 Deposit RM 50.00 dikenakan dan resit ini perlu ditunjukkan ketika check out.

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...