Percutian Uzair Othman ke Boracay Island, Philippines – Part 2

March 17, 2015 at 5:41 pm

1

Part 2 untuk percutian uzair othman ke Boracay Island dimulakan dengan aktivti pantai di pagi hari. tapi sebelum tu sarapan pagi dulu kat kedai coffee bloom yang terletak betul-betul dihadapan boat station 3.  Sarapan pagi melayang 350 peso dengan makan omelet vegetable + cafe mocha. jadi masa sarapan pagi korang boleh la lihat permandangan pantai dimana semua orang berpusu-pusu cari pakej menarik disini terutama untuk aktiviti laut.

bagi yang belum baca part 1, boleh baca disini  (klik sini) 

2

Pada malam sebelum nya, saya telah menempah pakej island hopping . korang boleh dapatkan pakej-pakej ni ditepi pantai..ramai orang jual pakej. semua nya agen (orang tengah). kalau nak murah terus je pergi boat station 1/2/3.  Penginapan saya dekat dengan boat station 3, jadi terus jela tunggu kat situ lebih kurang jam 9 pagi untuk island hopping.

Pakej island hopping di boracay island ni ada pelbagai jenis dan pilihan. saya memilih pakej island hopping selama 6 jam dimana pakej termasuk Crystal cove , 2 point snorkeling, cliff jump, lunch dengan mandi pantai di station 1. memang terbaik pantai di station 1…untuk snorkeling anda perlu bayar 20 peso jika nak snorkeling. ini kerana kawasan snorkeling adalah personal property. Dan untuk masuk ke crystal cove anda perlu bayar 200 peso. pakej island hopping tak termasuk bayaran ini..jadi anda kene bayar asing.

 

3

Dalam 1 bot boleh memuatkan 15-20 orang dan life jacket juga disediakan.  mesti korang pelik kan kenapa bot ni ada macam kayu-kayu kat tepi..sebenarnya laut disini tak menentu, ada kala ombak nya tinggi sebab filipina adalah pulau dan dekat dengan lautan lepas diantara laut china selatan dan lautan pasific.

4

Crystal cove island ni serius memang cantik sangat..sebab ada gua kat bawah pulau ni…leh tahan seram juga sebab ombak air laut masuk ke dalam tu…memang kuat giler ombak nya..so kalau nak  masuk dalam gua tu..make sure korang pegang la tali yang disediakan dan jaga kamera dan diri masing2. tapi akan ada orang guide..jangan risau sangat.

 

5

laut biru tanda air laut nya dalam sangat-sangat…kat  pulau ni korang boleh jalan-jalan untuk lihat permandangan dan ambil la gambar banyak-banyak sebab serius memang cantik.

6

ni la cove nya…sekali bila ombak datang terus semua basah..jangan tergelincir sudah la ye..kalau tak reti berenang memang cepat la sampai ajal nya..dalam oooo

7

memang menarik cove ni..kat sini ada 2 cove jadi korang boleh la set time supaya sempat melawat keseluruhan pulau dan kedua-dua cove disini.

8

peace yall

9

lepas puas ambil gambar, maka kelaparan pun datang la..selamat la pakej ni include lunch..jadi makan jela apa yang ada..

10

kat sini ada buffet, tapi boleh makan sayur , nasi , ikan dgn udang je..air pulak coke/sprite dan air mineral..yang lain-lain takleh makan seperti ayam, daging dan sate  bab1.

12

kemudian teruskan perjalanan ke pantai di station 1..disana private beach..jadi hanya yang guna island hopping tour ni saja leh mandi..

13

inilah rupa pantai nya

14

Paraw Sailing di Boracay
300 peso /pax ..wajib try kalau ke sini.
waktu sunset paling sesuai 5.40-6.00 petang.

15

ni la member-member travel aku…layan kan jela

16

sampai tertido..maklumlah memang best paraw sailing ni

18

Untuk makan malam, kami makan di Restoran milik masyarakat Mindanao..nama kedai nya Halal Food Restaurant..terletak di station 2…tanya je orang tempatan..semua tau tempat ni…tempat ni dekat dengan Old D’Talipapa market. sebut je nama tempat ni..semua orang tau..

17

 

makanan diatas ni hanya 55 peso..murah sangat-sangat makan kat sini berbanding makan di D’Talipapa market.  Untuk nak ke Halal Food Restaurant, korang cari landmark Boracay Sands Hotel. kemudian masuk je lorong tu sampai jumpa kedai souvenir…situ lah area Old D’talipapa market..kat situ juga lah restaurant nya.

19

lepas makan tiba la masa shopping souvenir .

20

oleh kerana masih lapar dan duit berlebih..jadi singgah jap kat chat time…sini leh makan…pilih kentang goreng dan fish n chips.

21

 

harga pun takde la semahal mana..standard macam kat malaysia juga…sampai sini saja dulu..nanti saya sambung lagi cerita saya di boracay di post yang akan datang.