Tauke Baskin Robbins Senang Hati

August 5, 2012 at 9:33 pm

Apakan daya Malaysia di perlawanan akhir perseorangan lelaki yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dari China. Keputusan 21-15, 10-21 dan 19-21 itu ternyata telah mengubah suasana Malaysia daripada gembira kepada kedukaan. Namun tahniah diucapkan kepada Lee Chong wei kerana telah berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sekurangnya pingat perak kepada kontijen Malaysia di London.

Hanya dua perkara yang terlepas oleh rakyat Malaysia iaitu Aiskrim percuma dari Baskin Robbin dan cuti umum. Manakala chong wei terlepas mendapatkan jongkong emas yang bernilai jutaan ringgit itu. Sekali lagi ucapan tahniah kepada pasukan badminton negara yang lain yang telah memberikan satu persembahan menarik di olimpik ini.

Malaysia masih mampu meraih emas di acara Basikal menerusi Azizul Hasni awang yang turut diberikan tumpuan oleh rakyat Malaysia. Semoga Malaysia Boleh dan terus berjaya !!!

Aiskrim Percuma & Cuti Umum Jika Chong Wei Menang Emas?

August 4, 2012 at 12:49 am

Baskin Robbins Malaysia menyatakan akan memberikan aiskrim percuma pada esok hari jika Datuk Lee Chong Wei memangi pingat emas esok.Pemain nombor satu badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei mempamerkan permainan mantap melangkah ke perlawanan akhir perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain China, Chen Long 21-13, 21-14.Chong Wei dijangka bertemu Lin Dan dalam perlawanan akhir untuk merebut pingat emas.

Namun dalam mengejar impian meraih emas pertama olimpik, Malaysia tetap berhati-hati  dengan ancaman pasukan lain yang telah memberikan saingan sengit di sukan olimpik ini. Lee Chong Wei berada di dalam prestasi terbaik dan beliau bekerja keras untuk meraih kejayaan ini. Kerajaan telah menetapkan kepada sesiapa yang menangi pingat emas bakal membawa pulang jongkong emas yang bernilai Rm 2 juta.

kehadiran penyokong Malaysia di London telah menyuntik semangat Datuk Lee Chong Wei dalam memburu kejuaraan esok. Esok merupakan hari yang penting buat rakyat Malaysia dan Lee chong wei sendiri dan diharap Malaysia meraih kemenangan berharga esok.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...