Tahniah : Pandelela Raih Gangsa Acara Terjun 10M

August 10, 2012 at 9:21 am

Pandelela Rinong ternyata tidak menghampakan sandaran negara terhadapnya apabila dia menghasilkan pingat kedua Olimpik buat kontinjen Malaysia, selepas menduduki tempat ketiga saingan akhir 10m platform wanita individu, awal pagi tadi.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008. Tahniah kepada Pandelela kerana telah mengharumkan nama negara di pentas dunia dan ini satu penghormatan kepada Malaysia dimana berjaya meraih 1 perak dan 1 gangsa di kejohanan olimpik yang menemukan jaguh seluruh dunia.

Sekali Lagi Gagal Raih Emas Olimpik 2012

August 8, 2012 at 1:12 am

AzizulHasni Awang tidak asing lagi di pentas berbasikal dunia, dimana beliau bertanding pada perlawanan akhir acara kegemaran beliau iaitu Keirin. Bertanding bersama pelumba  handalan dunia Azizul kelihatan tidak berputusa asa dengan perjuangannya. Azizul di perlawanan akhir gagal memberikan saingan yang terbaik seperti di peringat separuh akhir dimana beliau hanya meraih tempat ke-6 .

Gelaran The Pocket Rocket Man itu hanya meraih tempat ke-6 dan percabar utamanya iaitu Chris Hoy dari Great Britain meraih pingat emas bagi acara tersebut. Tahniah kepada Azizul kerana telah berjaya melangkah ke pusinga akhir dan diharap beliau berusaha keras lagi di sukan olimpik di Brazil pada 2016 nanti.

 

 

Usain Bolt Manusia Terpantas Dunia !

August 6, 2012 at 5:34 am

Usain Bolt memenangi emas dalam acara 100m di Sukan Olimpik dengan mencatatkan rekod baru 9.63 saat.Atlet Jamaica itu mengatasi Yohan Blake dan Justin Gatin.Bolt, 25, muncul atlet kedua memenangi emas dalam acara dalam dua temasya berturut-turut.

Kepantasan Bolt langsung gagal dicabar oleh pencabar yang lain dan kemenangan itu menjadikan beliau seorang lagenda di balapan. Acara 100 Meter olahraga olimpik merupakan acara yang dinantikan oleh semua peminat sukan di dunia dan kejayaan Bolt itu telah meneruskan kegagalan pesaing dari USA untuk mencabarnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...