Zalora : Beratus Jenama Beribu Gaya….Arrrggghhhhhh !!!!

March 28, 2013 at 11:27 am

2

 

Portal shopping online www.zalora.com.my pasti menjadi tumpuan para wanita kerana disini anda boleh shopping sepuasnya dan dapat menikmati harga terendah disamping penghantaran percuma (Jika perbelanjaan melebihi Rm 75).  Mungkin ada rakan-rakan yang teringin untuk shopping disini dan ada juga yang tidak tahu bagaimana untuk shopping kat sini. saya boleh tunjukkan kepada anda cara yang mudah dan senang untuk anda memulakan perbelanjaan anda disini.

Pertama : Anda perlu mendaftar account zalora dan anda akan mendapat coupon discount untuk berbelanja nanti ( bergantung kepada pemberian zalora)

Kedua : Anda perlu mengisi detail peribadi dan pastikan letak alamat yang betul supaya barang dapat dihantar ke tempat anda.

 

3

 

 

Langkah 3 : Anda sudah boleh mula shopping dan pilih mengikut pilihan anda.

Langkah 4 : Pastikan saiz baju sesuai dengan anda (semak pada size conversion chart)

Langkah 5 : Setelah selesai Klik pada BUY NOW

4

 

Langkah 6 : Halaman Shopping Cart akan keluar dan anda masih lagi boleh shopping sehingga anda puas.

Langkah 7 : Klik pada Order Now jika sudah selesai

 

1

 

Langkah 8 : Pembayaran boleh dilakukan melalui online bankin, credit kad dan jika anda ada coupon discount boleh letakkan nombor siri discount tersebut di kotak khas discount. Jika perbelanjaan kurang dari Rm 75 maka charge Rm 5 akan dikenakan untuk shipping (penghantaran)

* Bagi negeri semenanjung malaysia, barangan akan sampai dalam masa 3 hari

* Bagi sabah, sarawak, dan Brunei , barangan akan sampai dalam masa seminggu

* Setelah pembayaran dilakukan, pihak zalora akan menghantar email kepada anda sebagai pengesahan pembelian.

Selamat Berbelanja &  Happy Shopping :)

 

Tukar Kad ATM Kepada Debit Kad

March 28, 2013 at 9:00 am

1

 

 

Kad Debit ? Mungkin menakutkan bagi anda kerana takut di bebani hutang. Namun ini adalah Debit Kad dan bukanya kredit kad yang mendahulukan wang untuk kegunaan anda. Debit kad adalah  kad yang membolehkan anda untuk berbelanja sama seperti kredit kad. cuma bezanya adalah debit kad akan ditolak duit dari akaun bank anda sendiri mengikut berapa wang yang ada ada di bank. Oleh itu, anda dapat berjimat cermat tidak seperti kredit kad yang membenarkan anda mengunakan wang lebih dari limit yang anda inginkan.

Bagi anda yang sudah ada ATM kad, amat mudah saja untuk tukar ATM kad anda kepada Debit kad. Caranya anda hanya perlu bawa kad ATM dan kad pengenalan anda di cawagan Bank yang berdekatan. Sebagai contoh, saya sebagai pengguna CIMB perlu mengisi borang dan menunggu kad baru diberikan pada waktu itu juga.

Selepas anda menerima kad debit yang baru itu, anda perlu menukar semula nombor pin yang baru. Anda akan menerima nombor pin ATM sementara dan anda perlu menukarkan nombor pin yang baru dalam tempoh 24 jam. Anda juga diingatkan supaya menetapkan semula CIMBClicks anda kerana CIMBclicks anda memerlukan nombor e-pin baru yang didaftarkan di mesinATM. Mudah kan buat kat Debit ni.

Kad debit juga dapat membantu saya dalam pelbagai urusan dan saya juga seringkali ke luar negara dan saya boleh menggunakan kad ini tanpa perlu membawa banyak wang di dalam dompet. itu salah satu keselamatan walau dimana pun anda berada dan selepas ini anda tidak perlu lagi bawa duit banyak-banyak dalam dompet.

Kad debit juga mempunyai point apabila anda membelanjakan dengan mengunakan kad debit dan anda boleh claim point tersebut dengan mendapatkan pelbagai hadiah yang disediakan pihak bank. Kad debit juga secara automatik akan menukar matawang anda apabila anda berbelanja di luar negara. Untuk tukar kad debit ini adalah percuma tanpa sebarang bayaran.

Check-In AirAsia Flight Tickets – Seoul, Korea !!!

March 26, 2013 at 8:26 pm

1

 

 

Tak sabar rasanya nak terbang jauh ke Korea Selatan pada 1 April ini. Saya bersama keluarga bakal ke sana selama 5 hari 4 malam dan kali ini saya akan tunjuk cara bagaimana untuk Web Check-in Flight ticket AirAsia. Caranya amat mudah dan anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah ini.

Langkah 1 : Anda perlu layari laman web http://www.airasia.com/ dan seterusnya klik Login di penjuru atas kanan laman web tersebut.

 

2

 

Langkah 2 : Anda perlu masukan Username (email) dan password. Pastikan anda berdaftar dengan AirAsia.

 

3

 

 

 

Langkah 3 : Apabila keluar paparan diatas, lihat di bahagian BOOKINGS dan klik pada Manage my Booking

 

 

4

 

Langkah 4 : Setelah itu, lihat tempahan semasa dan klik Check in (warna ungu) untuk web check in atau ubah suai bagi ingin menambah item di penerbangan anda.

 

5

 

Langkah 5 : setelah itu akan keluar paparan diatas, pastikan anda menandakan ” / ” pada kedua-dua penerbangan pergi dan balik. Sila semak tarikh dan masa penerbangan anda sama betul atau salah. Seterusnya, tandakan “/”  pada setiap nama pada paparan tersebut. Isikan butir-butir diri seperti tarikh lahir, nombor passport, dan tarikh luput passport. (pastikan passport bersama anda ketika web check in ini bagi memudahkan urusan check in anda)

 

6

 

Langkah 6 : Paparan diatas akan keluar setelah anda mengisi butiran diri. Semak butiran diatas sama ada betul dengan apa yang anda tempah seperti luggage dan item lain.

 

7

 

Langkah 7 : Pilih sama ada anda ingin insurans penerbangan atau tidak. jika tidak mahu, sila klik  “cancel insurance” dan “No, Thank you”

 

 

8

 

 

Langkah 8 :  Baca syarat penerbangan dan tandakan “/” pada bahagian bawah syarat-syarat tersebut.

 

9

 

 

Langkah 9 :  Anda boleh hantar dokumen berbentuk PDF  melalui email atau terus print tiket penerbangan anda.

 

Mudah kan? baik check in awal kerana ia membolehkan anda cepat masuk ke gate penerbangan tanpa melalui kesesakkan di LCCT. Selamat Mencuba dan selamat bercuti ye..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...