Bagaimana “Stick Man Nuffnang” Sambut Ulang Tahun ke-5 ?

February 17, 2012 at 2:54 am

Sebelum untuk pergi lebih jauh bagai mana Stick Man Nuffnang ini menyambut ulang tahun ke-5 nya, pastikan anda mengetahui apa itu Stick Man Nuffnang.  Nuffnang yang merupakan syarikat pengiklanan terkemuka yang sering digunakan para blogger untuk menyebarkan info terkini blog masing-masing. Cara yang mudah dan cepat membuatkan ramai penggemar blogger mengunakan Nuffnang sebagai jalan utama untuk meraih pendapatan sampingan daripada menulis blog ini. Stick Man Nuffnang itu pula merupakan logo utama ataupun ikon  utama Nuffnang yang menunjukkan orang lidi tersebut sedang menjerit NUFFNANG !!!

Inilah logo Stick Man Nuffnang (Orang Lidi Nuffnang)

Mungkin bagi sesetengah blogger bahawa Stick Man ini adalah baru bagi mereka. Namun bagi saya, Stick Man ini sudah lama menjadi lambang utama Nuffnang. Setiap kali event Nuffnang, ketika sesi photografi pastinya para ahli nuffnang akan membuat gaya orang lidi ini iaitu meletakkan tangan ke mulut dan kelihatan seperti sedang menjerit. sudah menjadi lumrah dan kebiasaaan mereka membuat aksi tersebut dan itu merupakan salah satu memori indah saya bersama Nuffnang.

Nuffnang yang bakal menyambut ulang tahun ke-5 pada 26.2.2012 ini bakal mengajurkan satu event “Happy Birthday Nuffnang” yang turut dikenali sebagai Nuffnang Is Turning 5. Stick Man bakal dirai buat tahun ke-5 dan antara yang persediaan Stick Man sebelum pada  ulang tahun Nuffnang ialah Stick Man perlu menyediakan kek berbentu Stick Man. Selain itu, Nuffnang juga perlu menyediakan hadiah atau cenderahati berbentuk Stick Man untuk kenangan para ahli Nuffnang.

 

 

Mungkin Stick Man atau orang Lidi nuffnang ini tidak berbaju jika dilihat pada gambar tersebut, apa kata kalau kita pakaikan baju khas untuk Stick Man dan lukiskan mata , hidung dan mulut supaya stick man bertambah comel…hehe.. Stick Man juga perlu mempunya mata kerena ia boleh melihat betapa ramai ahli Nuffnang yang sentiasa mengingatinya.

Stick Man juga perlu membuat kelainan untuk ulang tahun ke-5 ini apabila Stick Man perlu mencari teman sehidup semati. jadi munculah stick woman dalam  hidup stick man nuffnang ini. Ini merupakan hadiah paling menarik buat Stick Man pada ulang tahun ke-5 Nuffnang ini. Begitulah cara paling menarik dan sesuai untuk stick man sambut ulang tahun Nuffnang bersama Stick Woman Tersayangnya ..hehe

 

Stick Man setelah mempunyai mata :)

Stick Woman yang bakal temani Stick Man pada ulang tahun Ke-5 Nuffnang

Ulang Tahun ke-5 ini juga perlu diraikan Stick Man dimana dia telah banyak membantu Nuffnang dalam promosi iklan dan pelbagai lagi. Oleh itu, Stick Man juga ingin menyambut ulang tahun ke-5 Nuffnang dengan membuat contest kepada peniru gaya Stick Man ini. Dan tiru gaya  Stick Man yang paling sexy n Hot bakal memenangi Kamera DLSR terkini dari Canon ! hehe. Mungkin itulah cara terbaik untuk semua orang mengenali dan mengingati Stick Man ini..

Uzairothman.com ingin mengucapkan selamat ulang tahun ke-5 Nuffnang dan terima kasih kerana sudi menjemput uzair di event-event sebelum ini. Diharap NUFFNANG dapat menjemput uzairothman.com lagi di event akan datang terutama parti Birthday Bash ini. :)

NUFFNANG : Test Drive Volkswagen @ Desa ParkCity

January 16, 2012 at 12:50 am

14/1/2012 – Bertempat di Desa ParkCity, Uzair bersama beberapa blogger terkenal tanah air sempat menyertai satu program anjuran Nuffnang Malaysia iaitu “Test Drive A Volkswagen Today” . Merasai satu pengalaman baru apabila saya membawa melihat kereta-kereta keluaran Volkswagen ini. Dapatlah juga pandu kereta ni walaupun sekejap saja. Antara model Volkswagen yang sempat saya jenguk adalah Passat CC 2.0 dan Polo GTI . Dua kereta ini menjadi tumpuan para blogger bahkan orang ramai juga mengemari dua model Volkswagen ini.

Sewaktu Test Drive Volkswagen nih..ada la beberapa lagi jenis kereta Volkswagen yang disediakan oleh Nuffnang. Diantaranya adalah Polo 1.2 TSI,Golf 1.4 TSI, Jetta 1.4 dan Passat 1.8.  Ikutkan hati memang nak bawa semua kereta ni, tapi disebabkan masa tak banyak dan memandangkan diwaktu petang uzair ada hal lain, jadi sempat usha dua kereta ni jela iaitu Passat CC 2.0 dan Polo GTI. Passat CC 2.0 dilihat lebih ramai yang tertarik dengan kereta model ini kerana keselesaannya dan bentuk kereta yang elegance membuatkan sesiapa saja pasti akan tertarik dengan kereta ini. Soal harga, pastinya model ini yang tertinggi harganya dan ia mampu mencecah sehingga RM 260 000 ++ . Oleh itu, ia pasti memberikan anda kepuasan pemanduan serta keselesaan penggunaan kereta ini.

 

Lihatlah gambar diatas dimana kereta berwarna putih ini dikenali sebagai model Passat CC 2.0. Ia amat selesa dan pemanduan yang lancar menjadikan ramai orang gemar membawa kereta ini. Kereta ini yang juga bersaiz agak besar dari model Volkswagen yang lain dan ada juga para rakan-rakan saya mengatakan kereta ini sesuai untuk orang yang berumur 40 tahun keatas atau golongan elite. Bagi saya ia memang wajar untuk orang seperti itu kerana reka bentuk kereta ini pun sudah jelas lebih elegance dan agak korprat.

Bukan itu sahaja, sewaktu uzair pandu kereta ni, uzair dapat rasakan seperti ianya sangat stabil dan kereta ini mempunyai kelarasan suspension yang membolehkan anda membawa kereta ini mengikut kelajuan yang tertentu dan pick up kereta ini sangat baik serta kawalan steringnya yang lancar membuatkan anda terpegun dengan kelembutan kereta model ini.

 

Bahagian dalamnya pula pastinya tampil dengan ruangan yang luas serta tempat duduk yang selesa. Jika anda bandingkan kereta ini dengan kereta jenama luar negara yang lain. Gear Box yang sport serta pemain muzik touch screen membuatkan anda merasakan kereta ini mempunyai sistem elektronik yang baik serta menarik. penyaman udara yang baik serta mempunya tingkap diatas bumbung kereta membuatkan anda tertarik dengan kereta ini. Ia sama seperti kereta berjenama yang lain , namun bezanya adalah dibahagian cermin kerena kereta ini tidak mempunyai bingkai cermain atau cover cermin.

Jika bercakap soal kelajuan, itulah soalan yang pasti akan bermain di minda permikiran orang muda. Bagi kereta ini ia mempunya tank 2.0 liter dan ia mula berada di pasaran apda tahun 2008. Ia mengunakan enjin turbo inline 4 cylinder petrol (2.0 TFSI EA888) . Kelajuan maksimum bagi kereta ini adalah jika manual ianya 242 km/h (150.4 mph) dan automatik ianya 240 km/h (149.1 mph).

Kini beralih pula pada kereta  Polo GTI dan ini kereta kedua yang sempat uzair mencuba. Kereta ini pastinya menjadi idaman remaja mahupun yang baru habis sekolah atau pun yang sudah bekerja. Bentuk kereta yang sporty membuatkan ramai orang gemar memilih kereta model ini berbanding model yang lain. Harga bagi kereta Polo GTI ini dianggarkan dalam RM138,888 ++. Ianya juga kereta idaman uzair dan uzair sangat suka akan kereta ini.

 

Kereta ini mampu mencapai kelajuan  sehingga 134 mph (216 km/h) yang pastinya akan memberikan anda kepuasan pemanduan yang tak terhingga. Namun kelajuan bukanlah sesuatu perkara yang baik dalam memilih kereta. Keselesaan adalah faktor utama dimana kereta model ini adalah sangat lembut dan direka sporty dan sangat cantik dibawa diatas jalan raya. Dari spotrim sehingga stering, kesemuanya menampakan sporty dan sesuai untuk darah muda macam uzair ni..hehe

uzair sangat tertarik dengan lampu hadapan kereta polo GTI ini dimana ia kelihatan garang dan berani serta membuatkan uzair terpegun dengan kecantikannya. Sewaktu uzair nak test drive kereta ni, ramai blogger tertarik dengan kereta ini dimana ia kereta yang paling menjadi tumpuan oleh para blogger. Oleh kerana terlalu ramai yang ingin mencubanya..uzair terpaksa mengunggu lama dan barulah dapat mencubanya.

 

 

Inilah beberapa aksi para blogger ketika menunggu giliran untuk test drive kereta Polo GTI ini. kereta ini sangat baik pada kelajuannya dimana ia mempunya pick up yang baik dan boleh memecut dengan baik berbandin kereta model Volkswagen yang lain. Kereta yang agak rendah membolehkan ia memberi pecutan yang baik.

 

Salah satu pemandangan kereta yang saya lihat dan terima kasih tunjuk ajar oleh instructor yang memberi tunjuk ajar serba sedikit tentang kereta model Volkswagen ini.

Terima kasih kepada Nuffnang dan Volkswagen Malaysia kerana memberi peluang kepada blogger dan kepada UzairOthman.Com untuk mencuba memandu Kereta Volkswagen dan saya sangat teruja dan ingin mencuba memandu sekali jika diberi peluang. ia merupakan satu pengalaman bermakna dan banyak saya belajar tentang kereta volkswagen ini. mungkin suatu hari nanti saya mampu memiliki salah satu kereta dari Volkswagen. Dan ternyata saya amat meminati POLO GTI. ia sangat sempurna dan terbaik buat saya .

lepas test drive sempat la juga bergambar dengan abg2 blogger ni tapi cuma dapat mention 1 nama je abg baju belang2 ni tak sempat nak berkenalan ..hehe..takpe nanti ada masa mesti jumpa lagi abg2 sume ni…yang berbaju kelabu tu abg jai  ..kami memang dah slalu jumpa kat event2 nuffnang. so itu lah hari test drive bersama Volkswagen saya di Desa ParkCity.

 


UzairOthman.Com Di Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS)

December 18, 2011 at 2:38 am

 

16/12/2011 yang lalu berlangsungnya Anugerah Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS) yang berlangsung di Marriott Putrajaya yang menyaksikan juara bertahan iaitu XiaXue.Blogspot.com bagi kategori Region’s Best Blog sekali lagi mempertahankan kemenangan yang dimenanginya pada 2 tahun yang lalu ketika NAPBAS di Singapore. Seramai 500 orang yang hadir pada majlis gilang gemilang ini yang diraikan oleh beberapa negara seperti Malaysia, Singapore, Thailand, Filipina, Australia, Hong Kong dan China. Nuffnang yang mempunyai ahli seramai 1 juta orang di sekitar asia pacific memberikan peluang yang baik kepada blogger untuk menyebarkan post blog masing-masing.

UzairOthman.com berterima kasih kepada NUFFNANG kerana sudi mengundang uzair ke Event yang menampilkan blogger-blogger terkenal dari serata asia. Ini merupakan satu penghormatan juga kepada saya kerana dijemput menghadiri majlis ini kerana disini juga saya dapat memperkenalkan blog saya kepada blogger-blogger dari negara lain serta dapat berkongsi idea dengan mereka. saya juga sangat gembira kerana dapat mengambil gambar di board khas NAPBAS yang sangat glamour dan meriah ini. berebut-rebut para blogger nak ambil gambar sampai satu masa photographer dia pun lari.hehe

Disini juga UzairOthman.Com sempat menurunkan tandatangan sebagai kenangan menghadiri NAPBAS ini dan saya rasa sangat teruja ketika melakukannya dimana ketika itu saya dikelilingi oleh para blogger terkenal dari serata asia dan mereka semua pandang pelik saja melihat siapa diri saya..walaupun tak terkenal seperti mereka semua, namun saya dapatlah juga tumpat glamour mereka.hehe

Pemenang keseluruhan NAPBAS kali ini adalah XiaXue iaitu merupakan seorang Blogger dari Singapore, saya sangat menyukainya blog dan beliau mula menulis blog sejak tahun 2003 serta beliau juga sangat mahir di dalam penulisan blog. oleh itu, memang layaklah beliau memenangi anugerah tersebut. Blogger dari Malaysia juga ada memenangi beberapa anugerah seperti Beautifulnara.com bagi kategori Entertainment Blog. Saya sangat teruja menyaksikan anugerah ini kerana ia mampu memberikan saya inspirasi untuk lebih rajin menulis blog serta belajar bahasa inggeris dengan lebih mendalam lagi.

Berikut gambar calon-calon yang bertanding pada NAPBAS kali ini

berikut merupakan senarai pemenang yang memenangi anugerah NAPBAS 2011 :-

1) Region Best Blog & Most Influential Blog – Xiaxue.blogspot.com
2) Micro Blog – Kennysia
3) Hidden Gem – Googlygooeys
4) Lifestyle Blog – Jenniepperson
5) Entertainment Blog – Beautifulnara
6) Travel Blog – Justwandering
7) Parenting Blog – Childhood101
8) Most Original Design Blog – Eatshowandtell
9) Fashion Blog – Cheeserland
10) Food Blog – Ladyironchef
11) Geek Blog – Geekout
12) Photography Blog – Photoblog

 

yang berambut pink adalah XiaXue

inilah salah satu gambar menarik dimana Xiaxue bergambar bersama pemenang yang lain dan sempat juga bergambar dengan dua orang penting Nuffnang iaitu Cheo Ming Seng dan Timothy Tiah. Hasil usaha yang kuat oleh XiaXue telah membawa namanya dikenali diserata Asia malahan sehingga ke amerika syarikat.

Ini pula rakan semeja saya yang saya baru kenal dan ada juga yang saya dah kenal. maaflah tak dapat nak mention nama sebab tak ingat la nama blog korang.tapi next time InsyaAllah saya akan cuba ingat nama blog korang and bolehlah uzair nak mention nanti. walaupun berborak sekejap tetapi rasa best sebab dapat berkongsi pelbagai idea dan minat yang sama dalam blogging.

Tidak dilupakan juga penaja rasmi venue dan makanan iaitu dari Marriott Putrajaya Hotel yang memberikan layanan kelas pertama kepada semua blogger dan saya sangat berbesar hati untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas layanan yang diberikan kepada saya di table 38. sekali lagi terima kasih kerana menghidangkan makanan yang lazat dan sedap.

Saya juga ingin sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana menjemput saya dan diharap Nuffnang terus menjemput saya di event-event yang lain dan saya sentiasa gembira bersama nuffnang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...