
KDU University College (KDU) baru sahaja melangsungkan Info Day pada 5 Januari yang lalu. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Ceramah dan pameran fakulti disana. Para pengunjung juga dapat mengetahui lebih dekat mengenai KDU dan disini juga terdapat pelbagai pilihan kursus yang terdiri daripada peringkat Pre-University, American Degree Program, Law ,Communication & Creative Arts dan pelbagai lagi.
Disini saya sempat juga untuk menghadiri ceramah bersama artis tempatan iaitu Lawrence Wong dan MayJune. Talk yang bertajuk “All about the entertainment industry” dipanelkan oleh pelajar KDU University College sendiri menerusi pelajar jurusan Communication & Creative Arts.

Antara perkongsian pengalaman dan perjalanan kedua-dua artis ini adalah melibatkan pengalaman berkerja serta cabaran yang mereka tempuhi sewaktu bekerja. Bagi Lawrence Wong, pengalaman sebagai Host TV dan model merupakan perkara yang paling beliau gemari dan ia merupakan satu cabaran di dalam hidup beliau. Lawrence Wong yang asalnya merupakan pelajar jurusan mascom telah terlibat secara tidak langsung di dalam industri hiburan ini. Beliau yang merupakan penulis skrip dan photographer pada suatu ketika dahulu turut memenati Aaron Kwok dan Tony Leong sebagai pendorong beliau di dalam kerjaya ini.
Lawrene Wong juga menyatakan peranan media di dalam industri hiburan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan jalan penyebaran infomasi terkini mengenai artis tanah air. Melalui media massa, industri hiburan tidak terhad kepada orang popular saja, malah setiap orang boleh menceburi bidang hiburan ini tanpa mengira usia mahupun perwatakan yang menarik.
Selain itu, beliau turut berkongsi kisah hidup dimana beliau juga menjadikan keluarga sebagai idolanya yang telah banyak memberikan dorongan untuk menceburi bidang ini sewaktu tamat persekolahan. Selain itu, rakan-rakan artis yang lebih senior juga banyak memberikan beliau tunjuk ajar di dalam bidang hiburan ini dan daripada situlah beliau dapat mengembangkan bakat yang beliau ada.
Dalam menjalani pekerjaan sebagai artis, beliau perlu sentiasa bersedia dalam menempuhi dugaan pekerjaan. Selain itu, beliau perlu banyak membaca dan mengkaji sesuatu perkara seperti menjadi Host TV yang perlu mengetahui perkara yang ingin dibincangkan di dalam siaran TV tersebut. Untuk berjaya , beliau sentiasa berfikiran positif dan perlu meminati sesuatu perkara bagi membolehkan beliau berjaya dalam kerjayanya.
Lawrence Wong juga sempat berkongsi pengalaman beliau menjadi pelakon, iaitu dimana di satu babak beliau terpaksa berlakon di sebuah taman dan disitu terdapat banyak nyamuk. Beliau juga menerangkan bahawa untuk berjaya di dalam bidang ini, anda perlu lebih banyak berusaha dan sentiasa bersedia menempuhi dugaan kerja selain perlu bersedia untuk kerja lebih masa.
Antara perkara positif yang diterima beliau adalah melakukan kerja dengan tahap terbaik dan perkara negatif yang diterima beliau adalah menerima kritikan. Namun begitu, kritikan adalah penting bagi meningkat mutu dan prestasi kerja beliau. Lawrence Wong menetapkan bahawa kerja merupakan sebahagian dari hidupnya dan perlu hidari tekanan dari dalam hidup. Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat terkini mengenai Lawrence Wong, anda boleh melayari laman facebook Lawrence Wong.

Tetamu kedua adalah MayJune yang merupakan Model serta Host Tv NT7 yang banyak berkongsi pengalaman dalam bidang hiburan ini. MayJune menyatakan bahawa media dapat membantu artis dalam perkongsian maklumat di alam maya dan serti di media cetak. Oleh itu, beliau berbangga kerana terlibat di dalam industri hiburan ini kerana ia amat menyeronokkan. Menjadi seorang public figure adalah impian beliau dan ia bertujuan menyampai mesej kepada peminat dan pengemar dunia hiburan.
Pada asalnya, ibu MayJune menyuruh beliau menjadi pembaca berita, namun minat mendalam sebagai TV Host telah mengubahkan kehidupan beliau kini. Beliau telah lama terlibat di dalam bidang hiburan malah sejak kecil lagi beliau sudah mula minat bernyanyi. MayJune turut berkongsi pengalaman dimana sebelum show, beliau akan membuat research dan berborak bersama tetamu secara tidak formal di siaran TV. Ia bagi memberikan penerimaan yang baik terhadap tetamu ketika beliau menghostkan rancangan TV. Antara pengalaman berharga beliau adalah menjadi Host bagi rancangan StarLive yang dihadiri lebih dari 10 ribu orang pada ketika itu.
Ketika rancangan StarLive tersebut, beliau terpaksa mengatasi masalah utama beliau iaitu nada suara yang rendah dan beliau perlu melontarkan suara yang tinggi bagi mengimbangi nada suara secara langsung di TV. Antara pengalaman lain adalah beliau perlu sentiasa bersedia ketika menghostkan rancangan secara langsung dan ia merupakan satu cabaran terbesar buat MayJune.Beliau juga turut membintangi drama di 8TV iaitu Good Night DJ dimana beliau terpaksa berlakon menjadi mayat yang diletakkan pada frozen box.
Selain berfikiran positif, beliau juga dapat menerima kritikan dan kritikan itu adalah membina semangat dan kualiti kerjayanya. Beliau juga gembira dengan kerjayanay sekarang dan untuk berjaya di dalam bidang industri hiburan ini, anda perlu masuk dan belajar jurusan Mascom kerana ia kunci kejayaan anda di dalam bidang ini. Beliau juga menyatakan semua orang boleh menyertai industri hiburan dengan tanpa mengikut peringkat umur selagi ia sesuai dengan kerjayanya. Bagi anda meminati MayJune, anda boleh melayari facebook beliau di MayJune.

Banyak perkara telah dikongsikan oleh MayJune dan Lawrence Wong mengenai industri hiburan serta pengalaman mereka di dalam bidang ini. Talk yang disediakan pada Info Day KDU University College ini banyak memberikan saya pengajaran dan ilmu berguna mengenai industri hiburan.

Selain talk, ramai juga tetamu yang datang kesini sambil membawa anak-anak mereka untuk memilih jurusan pembelajaran yang akan anak mereka lalui. Kejayaan di peringkat tertinggi adalah kunci kejayaan bagi seseorang dan anda perlu mencari ilmu yang lebih supaya dapat bekerja dan berjaya di dalam hidup anda.