Tahniah : Dr Sheikh Muszaphar & Dr. Halina Sambut kelahiran anak ke-2

January 19, 2013 at 10:57 pm

sheikh-muszaphar-dr-harlina

 

Tahniah diucapkan kepada Angkasawan negara iaitu Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri Datin Dr Halina yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada jam7.53 malam tadi. Kelahiran di Hospital HUKM itu dimaklumkan kepada saya oleh PA Angkasawan negara yang turut menyatakan bahawa anak kedua pasangan ini adalah bayi perempuan.

Kelahiran bayi yang awal 3 minggu dari tarikh jangkaan , sangat mengembirakan kedua pasangan ini. Semoga kelahiran puteri baru ini dapat menceriakan keluarga ini dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) – “Jejak Prihatin”

October 7, 2012 at 11:23 pm

7 oktober 2012, Raub – “Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) – Jejak Prihatin” merupakan program yang di anjurkan oleh Jabtan Kebudayaan dan kesenian Negara, Pahang. Program yang dianjurkan di Kampung Sempam Baru, Raub ini merupakan program dibawah anjuran kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Malaysia (KPKK)yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan kesenian negara.

Sejak 2005,  program yang mengabungkan aspek seni, budaya serta nilai-nilai murni ini tutut menjadi strartegi jangka masa panjang kementerian bagi membangunkan industri kreatif negara dala mpelbagai prospektif seni budaya meelalui rangsangan dan penglibatan masyarakat setempat samada di bandar mahupun luar bandar.

Antara aktiviti yang dijalankan melalui program merakyatkan seni budaya ini adalah seperti Jejak Prihatin, Pertandingan Memancing dan sembang santai bersama Ahli Parlimen Raub. Pengisian pertama yang dimulakan dengan penyerahan sumbangan kepada 5 buah rumah penduduk Kg. Sempam Baru. Antara sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk wang ringgit dan keperluan asas.

Sumbangan disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Azizan Noordin iaitu Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia. Selain itu, wakil kepada YB Dato’ Seri Dr. Ng Yen Yen (Menteri Pelancongan Malaysia) iaitu Y. Bhg. Dato’ Wong Ban Seng. Kebanyakkan rumah yang menerima sumbangan adalah penghuni warga emas dan mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu, dengan adanya bantuan kerajaan seperti ini mampu mengurangkan beban yang dialami oleh penerima bantuan kerajaan ini.

Y. Bhg. Dato’ Wong Ban Seng dan  Y. Bhg. Dato’ Azizan Noordin sempat meluangkan masa untuk memancing ikan di kolam ikan Kg. Sempam Baru ini. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh masyarakat sekitar dimana mereka berpeluang memancing ikan bersama-sama VIP dan ia membuatkan rakyat lebih dekat dengan VIP yang hadir.

Meluangkan masa bersama rakyat ini adalah salah satu perkara yang mulai dan perlu sentiasa diteruskan oleh pihak kerajaan dalam menjaminkan “Janji Ditepati” diteruskan dengan cemerlang dan baik.

Terdapat pelbagai ikan yang boleh dipancing disini dan ikan Lampam menjadi buruan para pemancing disini. Ini merupakan aktiviti pendudu setempat selain daripada futsal dan berbasikal. Aktiviti seperti ini perlulah sentiasa diteruskan bagi menghasilkan masyarakat yang harmoni aman dan damai.

Berat ikan yang boleh didapati disini adalah dari anggara 1.5 Kg Sehingga 3 kg. Ini menjanjikan satu kepuasan kepada kaki pancing dimana ruang yang selesa disini membolehkan anda bersantai bersama keluarga untuk memancing ikan disini.

Selain itu, pihak kerajaan juga turut menyampaikan bantuan kepada 15 orang penduduk kg. Sempam Baru dan kepada anak-anak yatim disana. Selain itu, oleh Y. Bhg. Dato’ Azizan Noordi dan Y. Bhg. Dato’ Wong Ban Seng turut menyampaikan hadiah pertandingan memancing yang dijalankan di kolam pancing Restoran Sempam Best.

Berikutnya adalah sesi sembang santai bersama wakil Menteri Pelancongan iaitu  Y. Bhg. Dato’ Wong Ban Seng dan beliau turut membacakan teks ucapan YB Dato’ Dr. Ng Yen Yen dimana hasrat kerajaan ingin menyatukan rakyat Malaysia melalui aktiviti yang dianjurkan kementerian ini. Selain itu, dengan adanya program Merakyatkan Seni Budaya telah memberikan satu sinar kepada belia dan para penduduk kampung mahupun luar bandar dimana betapa pentingnya membudayakan sifat tolong menolong dan saling membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Hasrat kerajaan dalam menunaikan segala Janji amatlah disambut baik oleh penduduk kg.Sempam baru dimana mereka sangat mempercaya kerajaan ditadbir sekarang dan sentiasa setia bersama kerajaan kempimpinan Datuk Seri Najib ini. Program ini diakhiri dengan persembahan Live band oleh penduduk kampung dan cabutan bertuah.

Video : Pengumuman Tarikh Puasa Oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad

July 20, 2012 at 1:34 am


PENGUMUMAN TARIKH PUASA BAGI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...