Sesi Enam lagu Enam Makna (6L6M) merupakan sebuah segmen khas kepada pembaca blog UzairOthman.com dimana menghimpunkan 6 video lagu yang saya main gitar di dalam video itu. Video yang memberi saya inspirasi dan bermakna buat saya ini ditujukan kepada mereka yang memahami erti kehidupan ini.
Tahniah diucapkan kepada Angkasawan negara iaitu Dato’ Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri Datin Dr Halina yang baru sahaja menyambut kelahiran anak kedua mereka pada jam7.53 malam tadi. Kelahiran di Hospital HUKM itu dimaklumkan kepada saya oleh PA Angkasawan negara yang turut menyatakan bahawa anak kedua pasangan ini adalah bayi perempuan.
Kelahiran bayi yang awal 3 minggu dari tarikh jangkaan , sangat mengembirakan kedua pasangan ini. Semoga kelahiran puteri baru ini dapat menceriakan keluarga ini dan semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Uzairothman.com. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ampun maaf kepada anda semua kerana sejak akhir-akhir ni saya jarang update blog dan menyebarkan maklumat terkini serta isu semasa. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi sudi membaca blog saya ini. Dan terima kasih juga kepada yang telah LIKE facebook UzairOthman.com .
Tanpa sokongan anda, mungkin rezeki saya tidak semurah sekarang dan saya bersyukur kepada ALLAH Swt kerana telah memberikan saya kekuatan dan ketenangan hati dalam memberikan yang terbaik kepada blog saya. Di tahun baru 2013 ini, saya ingin memberikan yang terbaik kepada blog saya dan semoga ia dapat ditingkatkan lagi serta disukai oleh orang ramai.
Semoga tahun 2013 lebih mencabar dari sekarang supaya saya dapat mempelajari erti hidup yang sebenar. Semoga saya dapat lalui segala ujian getir dengan tenang dan kekuatan minda serta jasmani saya diharapkan akan lebih baik pada tahun ini. Terima kasih kepada yang telah menyokong dan harap anda terus membaca blog saya.
UzairOthman.com merupakan blog rasmi Uzair di mana ia mula diwujudkan pada April 2009..Blog UzairOthman.com ini merupakan tempat uzair meluahkan segala isi hati dan hobi uzair. Menyampaikan isu terkini merupakan usaha utama Blog ini bagi menyampaikan berita-berita sensasi kepada peminat hiburan di Malaysia..contact saya di
email : [email protected] ,
FB : Mohamad Uzair Othman & ,
Fan Page : Uzairothman.com
................................................................................................................
uzairothman.com is my personal blog that was designed in April 2009. Here, like the house and poured all my interest here. I will present the latest issue and will always do the best for you. I hope you enjoy the blog and always support me.
...................................................................................................................
email : [email protected]
FB : Mohamad Uzair Othman &
Fan Page : Uzairothman.com