Akhirnya Dapat Juga Tiket RM 0 AirAsia

February 19, 2013 at 11:19 am

Untitled

 

RM 0 untuk tiket penerbangan di beberapa lokasi yang disediakan AirAsia, membuatkan saya terfikir untuk bercuti lagi. Dengan hanya perlu membayar duit minyak kapal terbang dan airport tax, anda boleh menikmati penerbangan yang murah. Kali ini saya telah merancang untuk bercuti secara backpackers. Penerbangan yang saya dapat adalah penerbangan dari Kuala Lumpur (LCCT) ke Hay Yai. Percutian selama seminggu ini akan membawa saya bercuti di Hay Yai dan Bangkok.

Saya akan menaiki Kerata api dari Hat Yai ke Bangkok yang mengambil masa 12 jam. Selama 4 hari di Bangkok saya akan menikmati percutian menarik disana sebelum pulang ke Hat Yai semula dengan menaiki Kereta Api dan seterusnya pulang ke tanah air dengan AirAsia. Kos percutian ini tidak sampai Rm 500 dan ia lebih jimat jika anda dengan Backpackers.

Cheras-20130217-02575

 

Sambil menunggu giliran untuk membeli tiket, saya sempat makan megi dulu..sebab bukan main lama lagi nak tunggu nak beli tiket..yela hampir 20 ribu orang masuk kat website airasia dalam masa seminit..jadi kene la bersabar nak beli tiket ni..

Beli Kasut Baru..Dapat Diskaun CNY !!!

February 8, 2013 at 7:07 pm

IMG-20130208-02541

 

Hari ini ada rezeki baru dimana saya baru sahaja membeli kasut baru . Kasut yang berwarna kelabu ini merupakan pilihan warna terkini saya… yang saya dapat lihat ianya terbaik untuk di pakai. tak mahal mana kasut ni, tapi bagi saya kualiti adalah paling penting walaupun harganya tidak melebihi Rm 100..

Saya beli kasut ni dekat The Mines , dan waktu tu sedang jalan sorang-sorang..tetiba pulak tergerak hati nak shopping kat situ. oleh sebab cara saya shopping ni pantas sikit.. tak sampai 15 minit saya setel shopping kasut ni..hehe..cepat bukan..saya malas nak pikir lama-lama sebab nanti takut tak jadi beli pulak.

IMG-20130208-02543

 

Cerita saya nak beli kasut ni sebenarnya dah lama dah..asalnya kasut saya yang dulu hilang waktu saya pergi solat jumaat..oleh itu, saya nak cari kasut yang baru sebagai pengganti kasut yang lama.. jadi bila pergi event, kasut inilah yang bakal saya pakai dan ia membuatkan saya lebih yakin lagi untuk berhadapan dengan orang ramai.

Kalau dari mata anda semua, saya mesti kasut ni tak cantik untuk lelaki..tapi bagi lelaki ini dah cukup baik la ni..hehe..

IMG-20130208-02542

 

Melalui Cuti Semester Yang Panjang !!!

February 6, 2013 at 11:08 pm

IMG-20130206-02538

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog UzairOthman.com. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana masih lagi membaca blog saya walaupun jarang-jarang update. Tetapi sekarang saya sudah bercuti panjang selama 4 bulan dari pembelajaran. cuti semester sampai hujung bulan mei membuatkan saya menghitung hari dekat rumah dan tak tahu nak buat apa.

Kebiasaannya pada awal tahun memang kurang event untuk blogger, tetapi Alhamdulillah saya ada kerja sampingan yang lain dan dari situ juga saya sempat update blog saya. Bagi yang pertama kali membaca blog uzair, saya ucapkan selamat datang kepada anda semua, harap anda tinggalkan komen dan link blog anda. nanti boleh lah saya datang melawat ke blog anda.

untuk bulan febuari ni saya memang banyak habiskan masa di rumah saja, dan sekali sekala ada la juga keluar bersama rakan-rakan. saya ni memang susah nak melepak keluar sebab saya banyak habiskan masa saya dengan bermain game di rumah.  Selain tu, saya banyak habiskan masa dengan bermain gitar dan baca artikel di internet.

Rasanya dah lama saya tak bercerita pasal diri saya, sebab selama asyik sibuk cerita pasal travel, event dan reviews. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada anda semua kerana masih setia membaca blog saya. Bagi rakan-rakan pembaca blog beragama budha saya ingin ucapkan selamat tahun baru cina.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...