Youtube.com Kini Versi Malaysia !

March 23, 2012 at 1:22 am

Ini merupakan satu lagi syarikat yang melakukan satu usaha yang baik bagi memajukan syarikat mereka. Jika sebelum ini Google dan Yahoo telah membuat laman web mereka dengan versi Malaysia, kini tiba pula giliran Youtube.com yang juga telah mengubah beberapa aplikasinya di dalam Bahasa Melayu dan bercirikan Malaysia.

Youtube versi Malaysia ini secara rasminya dilancarkan pada 22 march 2012 di kuala lumpur dan ia sangat membantu dan memudahkan pengguna youtube di Malaysia melayari laman web ini. Bercirikan simbol menari KLCC , youtube Malaysia sememangnya telah melakukan satu perubahan yang bagus kepada penggunanya di Malaysia .

Memainkan video dari serata dunia merupakan satu kegunaan yang penting dan ia juga turut membantu proses pembelajaran dengan lebih jelas. Oleh itu, kita janganlah salah guna Youtube ini ke jalan yang salah seperti melakukan fitnah dan video berunsur lucah. Kita perlulah sama-sama menjadi contoh kepada negara lain supaya mengekalkan keamanan negara.

DiGi Fandroid Day Workshop @Studio D’House Shah Alam

March 3, 2012 at 6:27 pm

3.3.2012 – Bertempat di Studio D’House Shah Alam berlangsung salah satu event Digi hasil kerjasama bersama Nuffnang iaitu “Digi Fandroid Day Workshop”. Event yang bermula pada jam 10 pagi itu dimulakan dengan senaman pagi !!! Namun bukanlah senaman fizikal yang dimaksudkan, hanyalah senaman jari je..hehe.. mula-mula para peserta yang hadir ke workshop ini dibahagikan kepada  5 kumpulan dan saya diletakkan di dalam kumpulan satu.

Isac sedang mencuba game Ninja Fruits

yeahhh..kumpulan kami menang Kit Kat setelah mendapat markah tertinggi dalam game Ninja Fruits

Di kumpulan 1 itu saya sempatlah berkenalan dengan beberapa orang iaitu seperti Isac dan Ain. Permainan yang perlu kami main adalah game Ninja Fruits. Setiap seorang dari kami perlu bergilir-gilir untuk slice buah tersebut dan  peserta paling banyak meraih mata bakal dikira sebagai pemenang.Hendak dijadikan cerita, kumpulan 1 iaitu kumpulan saya memenangi pertandingan itu dan kami membawa pulang KITKAT setelah kami meraih mata tertinggi dalam game tersebut.

selepas senaman baru, Workshop dimulakan dengan segmen pertama  yang dibentangkan oleh Shulin iaitu mengenai Pengenalan tentang DiGi. Di segmen ini, DiGi  bakal merancang beberapa Network Project. Ini dimana DiGi sedang menaik taraf perkhidmatan mereka bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna DiGi. Antara sasaran DiGi pada penghujung tahun ini adalah mereka mengharapkan 95.8% rakyat Malaysia memperolehi High Speed Internet terutama bagi pengguna DiGi.Selain itu, mereka juga bakal memperkenalkan LTE iaitu Long Term Evolution sebagai langkah telekomunikasi 4G terbaik di Malaysia.

DiGi juga turut mengamalkan kaedah Clean and Greener iaitu satu sistem hijau yang membantu mengurangkan kos penghasilan barangan baru. Maksud saya ialah seperti kertas.. Dengan mengunakan smartphone kita bakal menjimatkan kos dan membebaskan kepupusan dan kerosakan alam sekitar. DiGi juga menawarkan perkhidmatan terbaik di setiap Base Station mereka dengan memberikan kapasiti penggunaan yang luas dan terbaik.

Di segmen kedua pula, pihak google Malaysia pula memberikan penerangan tentang kelebihan mengunakan google di dalam Android. . FriedBeef  iaitu wakil dari Google Malaysia mempersembahkan tentang kelebihan google terhadap Android dan beliau juga turut mencuba beberapa aplikasi di dalam Nexus. Diantaranya adalah aplikasi Google Goggles yang banyak membantu memberikan jawapan dan carian dengan pantas.

Selain itu, beliau juga turut mencuba google translate dan google map dan ternyata dua aplikasi inisangat membantu para pengguna smartphone masa kini. Google dengan langkah baru mereka dimana kita sendiri boleh berjalan dimana sahaja kita mahu dengan mengunakan aplikasi google map. Gambar diatas pula menunjukkan google goggles dapat menyelesaikan masalah Sudoku dengan mudahnya.

Di segmen ketiga , Leonard Kee dari pihak samsung menerangkan beberapa Android Device yang digunakan oleh samsung. Beliau juga turut menyifatkan penggunaan tablet oleh rakyat Malaysia amat membantu dan memudahkan urusan kerja seharian. selain itu, tablet atau smartphone ini boleh digunakan di serata dunia dan membolehkan kita bercakap dengan mana-mana manusia di dunia ini.  Apa yang dimaksudkan adalah, penggunaan aplikasi daripada Android sangat membantu pengguna Samsung dan ia lebih memudahkan dan menjimatkan kos perbelanjaan kita.

 

Nisa Kay dengan Samsung Galaxy S2 yang dimenanginya

sempat pose lagi dengan hadiah tuuuuu…

setelah ketiga-tiga segmen selesai, tibalah masa untuk pihak DiGi mengadakan contest. Contest yang mudah dibuat oleh DiGi iaitu hanya perlu menjawab dua soalan iaitu apakah smartphone terbaru yang dijual oleh Samsung dan DiGi serta soalan kedua iaitu apakah trademark atau slogan bagi Digi Smart Plan. Contest tersebut telah dimenangi oleh blogger Nisa Kay setelah belia berjaya menjawab dua soalan tersebut dengan menghantarkan twitt terpantas.

Setelah pemenang diumumkan , kami sempat menonton beberapa video yang dibuat oleh para blogger bagi contest Samsung Android yang turut saya sertai tempoh hari. kami juga dibawa ke sekitar ruang kerja dan pejabaat DiGi bagi melihat lebih dekat bagaimana staff DiGi bekerja . Sangat cantik ruang kerja mereka dan kawasan sekitar pejabat DiGi ini dan saya amat tertarik dengan courtyard HQ DiGi ini kerana mempunyai kolam air dan permandangan air terjun yang cantik.

Oleh kerana tak menang, uzair sempat pinjam hadiah Nisa Kay ni and credit to Nisa Kay sebab tolong ambil picture ni. Thanks to Nuffnang and DiGi cuz invite uzair ke event ini dan harap Nuffnang akan jemput lagi uzair di event yang lain pula.

DG Smart Plan And My Android Phone

February 17, 2012 at 3:52 pm

Antara Android Phone yang menjadi pilihan saya untuk digunakan bersama DG Smart Plan ialah “Samsung GALAXY Note”. Ia merupakan smartphone kegemaran saya dan menjadi pilihan utama saya untuk saya miliki. Saya amat menyukai GALAXY Note kerana ia sangat menarik Walaupun  sedikit besar namun ia tetap portable dan mudah dibawa kemana sahaja. Galaxy Note mempunyai ketebalan setebal 9.64 mm , selebar 82.95 mm dan sepanjang 146.85 mm yang akan membuatkan anda berasa teruja apabila mengunakan Smartphone terbaik dari Samsung ini. Apa yang menarik bagi smartphone ini adalah anda boleh melukis apa sahaja mengikut citarasa anda dan ia sangat mudah dan tidak perlu kepakaran yang tinggi untuk melukis.

Mengapa saya mengatakan GALAXY Note ini sesuai untuk saya? Ini kerana saya pernah hadir ke salah satu Roadshow Samsung dan saya telah menikmati sendiri keseronokan mengunakan GALAXY Note ini ! Seperti apa yang anda tahu, Android mempunyai  ribuan Aplikasi yang pastinya membuatkan anda tidak bosan mengunakan Android Device ini. Aplikasi daripada Android ini banyak membantu saya mengurus jadual harian. Dan diantara aplikasi kegemaran saya adalah Facebook,Twitter, Blog dan Memo.

Selain itu, saya juga boleh mengunakan pelbagai kamus dan mempelajari pelbagai bahasa dengan mengunakan aplikasi yang disediakan oleh Android. Jika soal permainan, saya memang mengemari Angry Bird dan “Real Madrid Fantasy Manager” . Jika saya susah untuk tidur diwaktu malam, saya akan mendengarkan radio dari luar negara dan tempatan melalui aplikasi Tune In Radio.Dan aplikasi paling saya gemari adalah Android Karaoke dimana saya dapat berkaraoke ketika bosan dan dimana saya berada. Ia merupaka salah satu aplikasi yang paling menarik bagi saya.

Jika impian saya tercapai ,saya juga ingin memiliki satu Samsung Galaxy Note . Namun adalah lebih baik jika saya hadiahkan Galaxy Note itu kepada Ibu saya kerana beliaulah yang banyak membantu saya untuk celik IT sejak dari kecil lagi. Oleh itu, saya menetapkan GALAXY Note ini merupakan salah satu Android kegemaran saya yang saya ingin miliki.


Android Device yang saya pilih ini amat sesuai dengan DG Smart Plan kerana ianya sangat Murah dengan harga Rm 68*/Sebulan (With auto billing). Selain itu, anda juga dapat membeli Samsung Galaxy Note ini dengan kadar harga dari Rm 1549 melalui Digi.  Apa yang istimewanya DG Smart Plan ini adalah Digi menawarkan panggilan serendah 15 Sen/seminit, SMS serendah 10 sen/1 sms dan 20 sen/MMS bagi setiap penghantaran MMS. Yang paling baik adalah ianya boleh dihantar dan berhubung ke semua rangkaian telekomunikasi di Malaysia.

Pengguna Gadget di Malaysia pastinya inginkan Diskaun bagi apa jua pembelian. yaa..Digi telah menawarkan kepada anda dengan setiap Bil yang melebih Rm 200 keatas bakal menikmati “Mobile Internet Mothly 3GB” secara percuma ! Menarik bukan ? Selain itu, anda bakal mendapat diskaun sehingga 25% bagi bil yang mencecah penggunaan sehingga Rm 100 sehingga Rm 199.99. DG Smart Plan juga sesuai digunakan ketika anda melancong ke luar negara. Ini dimana kadar Roaming yang anda dikenakan adalah amat murah iaitu serendah Rm 36/sehari. Ia melibatkan lebih dari 10 buah negara yang menerima DG Smart Plan dan diantaranya adalah seperti negara Thailand, Australia, Singapore dan China. Jika anda pengguna Blackberry, anda hanya perlu menambah RM 10 untuk menikmati pakej Blackberry Internet Service (BIS) menerusi pkaej DG Smart Plan ini.

Jika dihitung dengan jumlah keseluruhan , anda bakal mendapat penjimatan sehingga 50 % dengan penggunaan SmartPhone serta DG Smart Plan. Menarik ! Ini yang membuatkan saya sentiasa mengemari Android dan Digi kerana menawarkan pakej terbaik untuk rakyat Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...