Komputer Riba Bakal Ganti Buku Teks Sekolah?

January 18, 2013 at 6:26 pm

7021143163_24360a5d9f_b

Sudah tiba masanya untuk memberikan peningkatan yang baik terhadap pembelajaran di sekolah. Komputer riba bakal menggantikan penggunaan buku teks di sekolah-sekolah dalam usaha kerajaan meningkatkan standard pembelajaran di negara ini bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran. Komputer riba/ laptop akan diberikan kepada pelajar pada awal musim persekolahan dan perlu dipulangkan ketika tamat persekolahan pada tahun tersebut.

Idea ini diambil oleh  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang melawat sekolah di Amerika Syarikat baru-baru ini. kaedah pembelajaran ini selari dengan perkembagan teknologi terkini dan ia sangat membantu para pelajar untuk lebih fokus terhadap pelajaran. Namun perlaksanaan program ini masih lagi perlu diteliti dan perlu dinilai pro kontranya.

Bagi saya, ia satu sistem yang bagus dan perlaksanaan ini amat sesuai bagi melahirkan generasi berkemahiran dan ia mampu meningkatkan peringkat permikiran kanak-kanak. Guru-guru sekolah juga perlu memantau penggunaan komputer riba dalam kalangan pelajar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi. Panduan pengunaan komputer juga perlu dilatih kepada pelajar supaya mereka tidak ketinggalan di dalam kelas.

Usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup serta membantu golongan berpendapatan rendah ini sangatlah dipuji dimana kos pembelian buku teks dapat dikurangkan dengan ibu bapa dapat membeli buku-buku yang lain dan lebih murah untuk anak-anak.

 

Gambar : http://www.johndiew.com

 

Smartphone : Samsung Galaxy S3 Kini Dengan Pelbagai Variasi Warna

September 14, 2012 at 5:17 pm

Kini Samsung telah mengeluarkan beberapa variasi warna Smartphone Galaxy S3. Ini membuatkan anda banyak pilihan untuk memilih warna kesukaan anda.

Setelah dengan warna Pebble Blue dan Marble White, kini Samsung mengeluarkan satu lagi jenis warna untuk Smartphone Samsung Galaxy S3 iaitu dengan warna Garnet Red. Selain itu terdapat pelbagai pilihan warna yang lain seperti Amber Brown, Titanium Grey dan Sapphire Black. Namun pengeluaran mengikut warna ini adalah terhad dan penjualannya sangat pantas di pasaran dunia.

 

 Garnet Red

Titanium Grey

 Sapphire Black

Amber Brown

 4 jenis warna terbaru ini baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas dan akan menemui pasaran tidak lama lagi. Harga smartphone ini tetap sama dan specification juga tidak berubah.

Sekitar Pelancaran Samsung Galaxy S3

Ramai Tidak Suka Apple iPhone 5 ?

September 14, 2012 at 12:36 pm

Kepada penggemar Apple, pasti anda menantikan iPhone5 kan ? Baru beberapa hari lepas Apple memperkenalkan iPhone 5 kepada umum dan bakal menemui pasaran tidak lama lagi.

Sejak kes Apple menyaman syarikat Samsung kerana meniru beberapa speksifikasi di dalam Samsung Galaxy S3, kini dunia sudah mula tidak menyukai smartphone keluaran Apple ini. Perkara itu semakin jelas apabila kebanyakkan video di youtube dan review Smartphone Apple ini sudah mula dipertikaikan oleh orang ramai.

Ada juga menjangkakan Samsung bakal menyaingi syarikat Apple ini dengan mengeluarkan lebih banyak lagi Smartphone yang canggih. Beberapa hari yang lalu iPhone 5 sudah mula keluar di pasaran dan ianya tidaklah sehangat Samsung Galaxy S3 mula-mula release di Malaysia dahulu.

Namun begitu, jika dibandingkan iPhone 5 dengan beberapa smartphone yang lain. Ianya tetap terbaik jika dibandingkan dengan keluaran semasa. Dan semestinya ada beberapa kekurangan yang menyebabkan ramai orang mengkritik iPhone 5 ini. Lihat perbezaan beberapa pesaing yang lain terhadap iPhone 5.

setelah anda bandingkan beberapa speksifikasi, pasti anda akan berfikir banyak kali untuk membeli iPhone 5 ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan berbanding dengan pesaing smartphone yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...