Pelancaran Rasmi Nada Alam, Seri Pajam

October 27, 2013 at 9:40 am


20131020_112031

Nada Alam yang terletak di Pajam, Negeri Sembilan bakal menjadi sebuah lokasi perumahan tumpuan penduduk sekitar. 20 Oktober 2013, berlangsungnya majlis pelancaran rasmi Nada Alam yang dirasmikan oleh YB Dato’ Hasan Malek iaitu Menteri Perdagangan Koperasi dan Kepenggunan. Pelancaran ini turut dihadiri oleh para pemilik rumah fasa pertama iaitu Nada Alam 1 yang dijangka bakal mendiami rumah disini pada tahun 2019.

 

20131020_110415

Ini merupakan projek pembangunan eksklusif terbaru dari Seri Pajam dan  YB Dato’ Hasan Malek juga menyokong usaha pihak Seri Pajam dalam pembinaan rumah ini dalam mengejar misi Negara Maju 2020. Beliau juga menyifatkan pembinaan rumah ini mampu memberikan kemudahan terbaik kepada rakyat dalam memiliki rumah idaman dan menikmati kehidupan yang lebih selesa.

 

20131020_102609

Di maklum juga bahawa Nada Alam ini mengunakan konsep mengekalkan ecosystem. Ini dimana consultant Seri Pajam mengutamakan kehijuan alam bagi memberikan suasana semula jadi di kawasan kediaman Nada Alam ini. Di Nada Alam ini turut disediakan 13 kawasan hijau, 5 buah taman pelbagai concept, 1 mini wetland, laluan Jogging  sejauh 7 Km dan 3 peringkat keselamatan.

 

20131020_102242

Consultant Seri Pajam juga memberikan satu kemudahan terbaru kepada pemilik rumah di Nada Alam dimana air hujan akan ditakung dan di proses bagi digunakan semula oleh pemilik rumah. Ia juga boleh menjimatkan bil air pemilik rumah dan boleh gunakan air tersebut untuk membasuk kereta mahupun menyiram pokok bunga.

 

20131020_102259

Di Pejabat utama Seri Pajam terdapat pameran Nada Alam yang memberikan maklumat mengenai Nada Alam. Ia menjadi tumpuan pembeli rumah dimana dapat mengetahui maklumat rumah serta dapat terus menempah rumah yang ingin mereka beli. Peta lakaran rumah dan prototaip rekat bentuk rumah turut disediakan bagi memudahkan pembeli membayangkan rumah idaman mereka yang dijangka siap tahun 2019.

 

20131020_102052

Gambar diatas menunjukkan jumlah pembeli yang telah menempah rumah di Nada Alam ini. Kini hanya fasa pertama sahaja yang mula dijual iaitu Nada Alam 1. Ia mempunyai dua jenis iaitu Type A dan Type B yang membezakannya adalah saiz rumah tersebut. Oleh kerana lokasinya yang begitu hampir dengan beberapa lokasi tumpuan penduduk, maka penjualan rumah di Nada Alam 1 ini begitu laris dan mendapat sambutan.

 

20131020_121348

Nada Alam terdapat 5 fasa dan kini hanya baru 1 fasa sahaja yang mula dijual iaitu Nada Alam 1. Di Nada Alam 1 terdapat dua jenis rumah iaitu Type A dan Type B.Bagi Type A, rumah teres dua tingkat berkeluasan 22′x70′ yang mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air.  Type A di jual dengan harga RM 472,400. Manakala Type B  ia berkeluasan 20′x70 dan mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Rumah teres dua tingkat ini dijual dengan harga RM 440,500.

 

20131020_120442

Perbezaan Type A dan Type B adalah keluasan dan saiz rumah. Ia dijual mengikut kesesuai anda dan mementingkan keselesaan anda. Lokasi yang strategik membuatkan pembeli rumah beruntung dengan menikmati pelbagai jenis kemudahan disamping memiliki rumah idaman yang sempurna.

 

Nada_Alam_location_map

20131020_102159

lokasi Nada Alam juga berhampiran dengan :-

  • Batang Benar KTM Commuter Station (1 min / 0.5 km)
  • LEKAS Highway Pajam Interchange (1 min / 0.5 km)
  • Clinic (2 min / 1 km)
  • North SouthHighway Nilai Interchange (6 min / 6 km)
  • Kolej Tuanku Ja’afar (6 min / 6 km)
  • Staffield Golf Club (7  min / 7  km)
  • Tesco, Nilai (13 min / 8 km)
  • Nilai Medical Centre (13 min / 8 km)
  • University Sains & Islamic Malaysia (15 min / 13 km)
  • Nilai International School (18 min / 11 km)
  • INTI International University (20 min / 13 km)
  • Saujana Impian MRT Station (23 min / 28 km)
  • KLIA (34 min / 29 km)
  • Putrajaya (35 min / 34 km)
  • Kuala Lumpur (45 min / 50 km)

 

20131020_121203

Saya juga sempat melawati rumah contoh yang terdapat di Nada Alam 1 ini. Ternyata rumah yang selesa dan sesuai untuk keluarga yang mementingkan keselesaan dan mencintai alam sekitar. Ruang bilik tidur yang luas serta ruang tamu yang menarik berjaya menarik hati saya untuk melihat lebih terperinci rumah ini. Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air selain mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang baik.

 

20131020_121403

Gambar diatas pula adalah  bilik air dimana di tingkah bawah terdapat satu bilik air di bilik tidur ketiga. Manakala di tingkat kedua rumah terdapat 3 bilik air iaitu di Master Bedroom, bilik tidur 1 dan bilik tidur 2.

 

20131020_122413

Bagi ruangan di dalam rumah ini, di tingkat bawah terdapat Car porch, ruang makan, ruangan dapur, satu bilik tidur, satu bilik air dan ruang tamu. Manakala bagi tingkat kedua rumah ini terdapat Master Bedroom, dua bilik tidur,R.C. Flat Roof, dan 3 bilik air. Struktur rumah ini mengunakan Reinforced Concrete Framework dan dinding serta bumbung mengunakan concrete wall dan roof tiles/concrete roof slab.Tingkap pula adalah aluminium casement dan top hung window, fixed glass/ louvres window.  Bagi pintu pula mengunakan Decorative door bagi pintu utama dan bilik tidur serta bilik air. Manakala di bahagian balcony mengunakan aluminium frame sliding door.

 

 

20131020_120757

Bagi rumah corner lot, ia mempunyai ruang yang luas dan boleh bina kolam renang bersaiz sederhana disini. Selain itu, ia juga amat sesuai bagi yang menyukai alam sekitar dimana anda boleh membina Gazebo di luar rumah anda. Jadi di petang hari selain dari pada berjogging, anda juga boleh berehat bersama keluarga di luar laman rumah anda. Untuk maklumat lanjut mengenai projek Seri Pajam, anda boleh melawati www.seripajam.com.my.

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...