Showcase ST12 Promo Tour Akustik Lentera Hati (Live in Malaysia 2013)



Bidadari Bumi
Ilu Inu (I Love You I Need You ayead)
Lentera Hati
Tidak Tahu
Penantian ayead Tak Berujung
St Setia
Sumpah Mati
Menikahlah Denganku
Cinta Terbagi









Percutian saya ke Seoul, Korea Selatan kali ini merupakan salah satu percutian idaman saya. Oleh itu, dalam mencari hotel yang terbaik dan sesuai dengan percutian ini saya telah pun lakukan beberapa survey Antara faktor saya memilih Hotel Sarangbang Yongsan adalah kerana ianya terletak di tengah-tengah bandar Seoul dan dekat untuk ke destinasi menarik disana.
Disini terdapat 2 jenis bilih iaitu Double Room (Katil Queen) dan Deluxe Twin Room (1 katil Queen size dan 1 single bed). Hotel ini juga merupakan hotel tumpuan orang dari luar korea yang bercuti ke sini. Hotel ini dekat dengan stesen kereta api seoul yang menghubungkan Bandar Seoul dan Incheon International Airport.
Yang paling best sekali, dekat dalam bilik terdapat sebuah PC berserta internet. Jadi boleh la berfacebook dan update gambar terkini disana. untuk maklumat lanjut pasal hotel ni boleh la anda layari (klik sini)

Hotel ini turut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggannya. Berikut merupakan beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel :-
Selain itu, di dalam bilik hotel pula terdapat banyak kelebihan jika anda menginap disini. Dan diantaranya adalah seperti :-
* Addtional inf0 :Hotel Sarangbang is a comfortable property conveniently located near the centre of Seoul. Local tourist attractions such as Jogyesa Temple, Tapgol Park and Jongmyo Temple are not far from the hotel. Also easily within reach are Insadong, Sejong Cultural Center and Changdeok Palace.
Attraction
Ssamji-gil – 0.1 km / 0.1 mi
Jogyesa Temple – 0.2 km / 0.1 mi
Tapgol Park – 0.5 km / 0.3 mi
Gwanghwamun – 0.6 km / 0.4 mi
Sejong Cultural Center – 0.7 km / 0.4 mi
Gyeongbok Palace – 0.7 km / 0.5 mi
Yi Sun-sin – 0.8 km / 0.5 mi
National Folk Museum – 0.8 km / 0.5 mi
Jongmyo Shrine – 0.8 km / 0.5 mi
Changdeok Palace – 0.8 km / 0.5 mi
Seoul Finance Center – 0.9 km / 0.5 mi
Lotte Department Store – 1 km / 0.6 mi
Changgyeonggung Palace – 1 km / 0.7 mi
Seoul International Finance Center – 1.1 km / 0.7 mi
Seoul Museum of History – 1.2 km / 0.8 mi
The nearest airports are:
Seoul (GMP-Gimpo Intl.) – 16 km / 10 mi
Seoul (ICN-Incheon Intl.) – 49.1 km / 30.5 mi
The preferred airport for Hotel Sarangbang is Seoul (ICN-Incheon Intl.).
Annyeonghaseyo & Salam kepada semua pembaca blog UzairOthman.com . Ada berita baik nak dikongsikan bersama anda kali ini. Saya bertuah kerana dapat bawa keluarga bercuti bersama-sama ke Korea Selatan. Tempat tumpuannya adalah Seoul merupakan salah satu pusat pelancongan yang menjadi idaman dan impian seseorang. Walaupun saya bukanlah peminat K-pop, tapi keindahan korea dapat disaksikan menerusi drama dan filem. Oleh itu, ia telah menarik minat saya untuk bercuti kesini.
Kesemua perkara ini terjadi begitu pantas dimana pada minggu lalu saya sedang melepak dekat bilik sambil main game bola. Tiba-tiba abang saya iaitu blogger Mohdzaid.com mesej saya dimana beliau memberitahu Airasiago.com sedang buat promosi ke korea. Oleh itu, saya pun cepat-cepat bukak website Airasia dan tengok betul ke tak..hampir 1 jam saya godek-godek akhirnya berjaya jumpa hotel dan pilihan tiket murah untuk kesana.
Pakej yang saya dapat dekat Airasiago boleh dikatakan murah kerana saya telah compare dengan pakej-pakej yang lain. Dengan Airasia saya dapat tempah hotel dan tiket kapal terbang dengan jumlah harga Rm 1221.08 bagi seorang. Saya akan ke korea bersama abang dan mak saya. Tarikh saya pergi pada 1 April sehingga 5 April 2013 dan akan menginap di Hotel Sarangbang Yongsan. Lebih menarik lagi saya dapat katil twin dimana satu katil queen size dan satu single bed ..Bermakna cukuplah untuk kami bertiga.
Penerbangan selama 6 jam 20 minit dari LCCT ke Incheon Airport pasti membuatkan saya tidak sabar untuk mendarat disana. Anda pasti tercari-cari pakej yang murah bukan? salah satu cara untuk menjimatkan kos anda kesini ada dengan mencari pakej tiket flight dan hotel yang murah.
Mungkin anda pernah tengok di website lain dimana pakej korea selalunya mencapai harga 2 hingga 3 ribu ringgit bagi yang termasuk flight tiket dan seribu lebih bagi yang tidak termasuk flight tiket. Jika anda tempah dengan Airasiago anda mungkin hanya perlu membayar harga tour yang tidak terlalu mahal dan mungkin anda boleh Backpackers.
Cara nak cari dan tempah pakej yang murah ini adalah seperti berikut :-
1. Buka website www.AirAsiaGo.com (lihat pakej yang terkini)
2. Pilih tempat lawatan dan tarikh yang anda ingin pergi bercuti.
3. Tetapkan jumlah ahli dan jumlah bilik yang diperlukan.
4. Setelah itu klik GO.
5. Paparan pilihan hotel akan keluar dan pilih pilihan hotel yang berdekatan dengan Bandar dan murah.
6. Lakukan pembayaran (pastikan anda mempunyai BigCard bagi mendapat point diskaun)
7. Pembayaran boleh dilakukan dengan mengunakan kredit kad ataupun (Maybank2u atau Cimb cliks)
8. Isi maklumat ahli yang ingin travel bersama (Nama Penuh, IC, No passport, no telefon,email)
9. Pastikan anda menyemak maklumat dengan betul
10. Print dan buat salinan untuk semua ahli yang akan travel bersama.
11. Sebelum travel , pastikan anda menghubungi pihak hotel bagi memaklumkan kehadiran anda.
*untuk tour, anda boleh cari travel agent ataupun minta bantuan pihak hotel kerana perkhidamatan itu disediakan. kalau backpackers pasti lebih mahir dalam hal tour ni.
SELAMAT BERCUTI !!!!