14 Kejayaan Negeri Di Dalam “Cerita Bola Sepak Malaysia”

December 9, 2012 at 12:00 pm

Bola Sepak merupakan sukan yang paling diminati di Malaysia dan disebabkan itu Bola sepak merupakan sukan nombor satu di negara ini. Sejarah Kejayaan negeri yang bertanding di Liga Malaysia sentiasa dikenang dan diingati oleh seluruh peminat bola sepak tanah air. Jika kita selalu mengingati kejayaan pasukan harimau malaya, mungkin tidak ramai tahu disebalik kejayaan pasukan negeri kelahiran anda.

Pelbagai ragam dan aksi bola sepak telah dipertontonkan di tv mahupun anda menyokong di stadium. Oleh itu “Cerita Bola Sepak Malaysia” yang ditulis oleh Jemaah Penggila Bola Sepak telah menghimpunkan 14 cerita bola sepak setiap negeri di Malaysia. Kejayaan pasukan negeri bertanding tidak ramai tahu dan dari buku ini ada dapat mengetahui pelbagai kisah menarik bola sepak kita.

Buku ini disediakan oleh 14 orang penggila bola sepak tanah air yang menghimpunkan sejarah serta detik-detik kegemilangan pasukan di negeri yang bertanding. Buku yang berharga Rm 30 ini boleh didapati di Kinokuniya, MPH Online dan Dubook. Buku ini juga telah mendapat tumpuan orang ramai dan telah berada di pasaran selama dua minggu. Buku ini turut mendapat sambutan hangat sehingga mencapai “weekly bestseller kategori Non-Fiction Malay” di Kinokuniya.

Ini merupakan buku ketiga dalam edisi buku bola terbitan Dubook Press. Buku edaran pertama adalah buku “Cerita Piala Dunia” dan buku edaran kedua ialah  ”Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia” hasil tulisan Lucius Maximus. Manakala buku ketiga ini beliau hanya hanya menjadi penyelaras untuk memberikan impak menarik di dalam buku “Cerita Bola Sepak Malaysia”.

Jangan terlalu beremosi dan kenegerian dalam menyokong bola sepak Malaysia. Sokonglah bola sepak dengan peringat bersukan sahaja. Bola Sepak yang pada asalnya adalah  sukan perpaduan dan disebabkan itu kita perlu menjaga sukan ini daripada perpecahan kaum di Malaysia. Di dalam buku ini juga, terdapat nama pemain, sejarah tempat, masa serta lokasi kejadian menarik di dalam sejarah bola sepak negeri-negeri di Malaysia.

Pelbagai sejarah dicatatkan dan kisah semangat kesukanan pemain bola sepak negeri-negeri yang bertanding di liga Malaysia memang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, buku ini amat sesuai menjadi pengajaran serta pemberi semangat kepada generasi baru yang amat mencintakan sukan kegilaan ramai ini. Penyampaian buku ini disampai dengan nada santai dan percayalah ia tidak bosan walaupun kali pertama anda membaca buku kerana ia adalah bola sepak.

Saya sempat juga membaca beberapa kisah menarik dan banyak juga ilmu yang saya dapat mengenai sejarah bola sepak negeri di Malaysia ini. Diantaranya adalah bagaimana pasukan kegemaran saya memenangi perlawanan penting dan cerita mengenai lagenda terdahulu. Mungkin anda patut membeli buku ini kerana sejarah negeri kegemaran anda juga ada disini.

Official website:http://www.ceritabolasepakmalaysia.com
Official fan page:http://www.facebook.com/ceritabolasepakmalaysia

 

Rozaimi Abdul Rahman Sertai Selangor Untuk Piala Malaysia 2012 !!!

July 12, 2012 at 10:27 pm

Pemain bola berasal dari Sabah ini memulakan langkah pertamanya di Liga Malaysia apabila akan menyertai pasukan selangor secara pinjaman bagi Piala Malaysia yang akan bermula selepas hari raya nanti. Rozaimi Abdul Rahman yang banyak membantu pasukan Kebangsaan di kejohanan Piala Asia bawah 22 tahun di Myanmar tempoh hari. Rozaimi bakal melapor diri bersama skuad selangor pada 1 ogos iaitu beberapa hari selepas perlawanan Malaysia menentang Manchester City.

Berita yang dipetik dan disahkan oleh Utusan Malaysia ini sememangnya mengembirakan penyokong pasukan selangor di mana pasukan tersebut sebelum ini hanya meraih tempat ke-3 bagi liga super yang akan tamat tidak lama lagi. Kehadiran pemain lincah dan berbakat ini bakal memberikan satu persaingan kuat bagi merebut posisi jentera serangan selangor yang diketuai oleh Bosko Balaban dan Amry Yahyah.

Selangor yang sedang memburu kejuaraan Ke-33 piala Malaysia pastinya lebih bersedia kali ini dimana mereka turut mempersiapkan pasukan lebih awal dengan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan pada bulan ramadhan ini. Namun Rozaimi hanya akan menyertai pasukan selangor setelah tamat segala tugasan bersama skuad Malaysia.

*gambar dari penyokong selangor

21 Tahun Perginya Jaguh Negara “SuperMokh”

July 11, 2012 at 11:37 pm

Allahyarham Dato’ Mokhtar Dahari yang dilahirkan pada tahun 1953 merupakan seorang pemain bola sepak pasukan kebangsaan dan Selangor yang telah banyak menabur bakti kepada dua pasukan ini.Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai SuperMokh telah pergi meninggalkan legasi kehandalan bola sepak Malaysia dan selangor sekitar 21 tahun yang lalu. Pemain yang lincah dan mempunyai skill serta rembatan yang deras ini sentiasa mengerunkan lawan. Oleh itu, tidak mustahillah ketika di zaman kegemilangannya dimana beliau bersama pasukan Malaysia telah berjaya menumbangkan pasukan Korea , Jepun dan banyak lagi pasukan handalan dunia.

Antara detik menarik beliau adalah pertemuan Supermokh bersama Diego Maradona pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Boca Juniors. Selain iut, lagenda bola sepak selangor ini telah memenangi beberapa anugerah dan telah berjaya meraih kejuaraan piala Malaysia bersama selangor ketika  zaman kegemilangannya. Tahun 1986 di stadium merdeka adalah merupakan perlawanan terakhir beliau bersama pasukan Selangor dan ketika itu selangor menumpaskan Johor 6-1 untuk menjulang piala Malaysia pada tahun tersebut.

Belia telah menjaringkan 175 goal untuk Selangor, 20 goal dalam 13 appearance bersama Kwong Yik Bank, 125 goal untuk  Malaysia, dan jumlah jaringan adalah 320 goal dalam kariernyakini nama Mokhtar Dahari itu hanya tinggal kenangan dan ia akan diingati seluruh rakyat Malaysia akan pemergiannya pada 11 July 1991.

- Al-Fatihah-

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...