Nazmi Faiz Tinggalkan S.C Beira-Mar Atas Alasan Apa?

February 2, 2013 at 5:10 pm

nazmi-faiz-2

 

 

Nama pemain bola sepak Malaysia yang  Nazmi Faiz Mansor sekali lagi menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tanah air selepas pemain itu telah pun sain kontrak bersama pasukan PKNS FC dengan kontrak 3 tahun. Keputusannya meninggalkan kelab Portugal, S.C Beira-Mar adalah atas kehendak sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak menurutnya, tindakannya pulang ke tanah air secara mengejut tempoh hari adalah langkah terbaik untuk kariernya.

Turut dimaklumkan bahawa selepas berbincang dengan ibu bapa serta ejennya, Marco Guimaraes, beliau merasakan PKNS adalah pasukan yang sesuai bagi masa depan karier bola sepaknya . Beliau yang baru saja diperkenalkan pada sidang akhbar bersama kelab barunya di Kelana Jaya turut menyakinkan pasukan barunya untuk bersaing pada saingan liga super 2013 ini.

 

14 Kejayaan Negeri Di Dalam “Cerita Bola Sepak Malaysia”

December 9, 2012 at 12:00 pm

Bola Sepak merupakan sukan yang paling diminati di Malaysia dan disebabkan itu Bola sepak merupakan sukan nombor satu di negara ini. Sejarah Kejayaan negeri yang bertanding di Liga Malaysia sentiasa dikenang dan diingati oleh seluruh peminat bola sepak tanah air. Jika kita selalu mengingati kejayaan pasukan harimau malaya, mungkin tidak ramai tahu disebalik kejayaan pasukan negeri kelahiran anda.

Pelbagai ragam dan aksi bola sepak telah dipertontonkan di tv mahupun anda menyokong di stadium. Oleh itu “Cerita Bola Sepak Malaysia” yang ditulis oleh Jemaah Penggila Bola Sepak telah menghimpunkan 14 cerita bola sepak setiap negeri di Malaysia. Kejayaan pasukan negeri bertanding tidak ramai tahu dan dari buku ini ada dapat mengetahui pelbagai kisah menarik bola sepak kita.

Buku ini disediakan oleh 14 orang penggila bola sepak tanah air yang menghimpunkan sejarah serta detik-detik kegemilangan pasukan di negeri yang bertanding. Buku yang berharga Rm 30 ini boleh didapati di Kinokuniya, MPH Online dan Dubook. Buku ini juga telah mendapat tumpuan orang ramai dan telah berada di pasaran selama dua minggu. Buku ini turut mendapat sambutan hangat sehingga mencapai “weekly bestseller kategori Non-Fiction Malay” di Kinokuniya.

Ini merupakan buku ketiga dalam edisi buku bola terbitan Dubook Press. Buku edaran pertama adalah buku “Cerita Piala Dunia” dan buku edaran kedua ialah  ”Cerita Malaysia Tak Ke Piala Dunia” hasil tulisan Lucius Maximus. Manakala buku ketiga ini beliau hanya hanya menjadi penyelaras untuk memberikan impak menarik di dalam buku “Cerita Bola Sepak Malaysia”.

Jangan terlalu beremosi dan kenegerian dalam menyokong bola sepak Malaysia. Sokonglah bola sepak dengan peringat bersukan sahaja. Bola Sepak yang pada asalnya adalah  sukan perpaduan dan disebabkan itu kita perlu menjaga sukan ini daripada perpecahan kaum di Malaysia. Di dalam buku ini juga, terdapat nama pemain, sejarah tempat, masa serta lokasi kejadian menarik di dalam sejarah bola sepak negeri-negeri di Malaysia.

Pelbagai sejarah dicatatkan dan kisah semangat kesukanan pemain bola sepak negeri-negeri yang bertanding di liga Malaysia memang tidak dapat dilupakan. Oleh itu, buku ini amat sesuai menjadi pengajaran serta pemberi semangat kepada generasi baru yang amat mencintakan sukan kegilaan ramai ini. Penyampaian buku ini disampai dengan nada santai dan percayalah ia tidak bosan walaupun kali pertama anda membaca buku kerana ia adalah bola sepak.

Saya sempat juga membaca beberapa kisah menarik dan banyak juga ilmu yang saya dapat mengenai sejarah bola sepak negeri di Malaysia ini. Diantaranya adalah bagaimana pasukan kegemaran saya memenangi perlawanan penting dan cerita mengenai lagenda terdahulu. Mungkin anda patut membeli buku ini kerana sejarah negeri kegemaran anda juga ada disini.

Official website:http://www.ceritabolasepakmalaysia.com
Official fan page:http://www.facebook.com/ceritabolasepakmalaysia

 

Sesi Pemilihan Skuad Piala Emas Raja-Raja Selangor (16 September 2012)

September 12, 2012 at 11:14 am

Skuad Piala Emas Raja-Raja Selangor berhajat besar untuk muncul juara pada kejohanan edisi ke-72. Oleh itu Selangor telah memperkuatkan barisan pemain mereka dengan tiga pemain Liga Super. Tiga pemain Liga Super itu ialah Rudie Ramli dari PKNS, Ashadi Mohd Yusoff dari Johor dan Razman Roslan dari Selangor.

Skuad Selangor bakal memilih 25 orang pemain pada sesi pemilihan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Melayu Selangor (PBMS). Sesi pemililhan itu akan diadakan pada 16 September ini  di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini. Pemilihan ini turut dibuka kepada para pemain yang bukan berbangsa Melayu.

persatuan berkenaan juga sedang mencari penaja dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau melalui talian 016-6216827. Ayuh sertai peluang menjadi pemain Selangor dan peluang ini juga membuka peluang anda beraksi di Liga super.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...