Terkini : Lagi Perpindahan Pemain Ternama Dunia

July 13, 2012 at 8:08 pm

Pintu perpindahan telah dibuka dan bakal ditutup tidak lama lagi. Oleh itu kesemua liga terbaik di dunia sedang didalam proses revolusi pasukan masing-masing. Ini bertujuan bagi mendapatkan tempat terbaik mahupun menjulang piala pada edisi liga 2012-2013. Perbelanjaan yang hebat bakal dilakukan oleh pasukan besar seperti Manchester United, Man city, Real Madrid dan Barcelona.

Berikut merupakan senarai pemain yang telah mengesahkan perpindahan ke kelab yang baru :-

 

Liga Perdana England

 

 

 

Liga Sepanyol

 

Liga Jerman

 

 

Pemain yang lain 

Manchester United Juara Piala Perisai Komuniti 2011

August 7, 2011 at 11:35 pm

Perlawanan yang pasti ditunggu-tunggu oleh peminat EPL iaitu perlawanan piala perisai yang menemukan juara piala fa dan juara piala liga iaitu manchester united dan manchester city..dua musuh setempat ini bagaikan enggan mengaku kalah lebih apabila kedua-dua pengurus pasukan sering kali menggunakan serangan psikologi untuk memberikan semangat kepada pasukan bimbingan masing-masing..

Manchester United menumpaskan juara piala faengland iaitu Man city malam tadi di stadium Wembley dengan jaringan 3-2 ..MC terlebih dahulu membuka gol perlawanan yang dijaringkan oleh Joleon Lescott hasil sepakan percuma dari kanan gawang man utd yang diambil oleh silva…Joleon Lescott berjaya menumpaskan penjaga gawang Man Utd iaitu De Gea untuk meletakkan city dihadapan pada minit ke 38..

ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat, Dzeko menambahkan derita Man Utd dengan meledak gol kedua Man City pada minit 45+1 dan berjaya menjarakkan kedudukan kepada 2-0..gol kedua diperolehi apabila Dzeko merembat kira-kira 20 ela dari gawang gol untuk menumpaskan De Gea yang gagal menghalang bola itu dari dimasuki gawang man utd..

pada separuh masa kedua..permain pertahanan MU iaitu Smalling berjaya merapatkan kedudukan buat MU dengan meledakkan jaringan pada minit ke-52 dan meletakkan kedudukan 2-1…kelapaan pertahanan city menjadi punca gol-gol mudah ini diperolehi..nasib MC bertambah malang apabila MU menambah gol kedua melalui Nani pada minit ke-58 bagi meletakkan kedudukan 2-2..

pada minit akhir perlawanan, kesilapan Kompany telah menyebabkan Nani berjaya menjaringkan gol kemenangan United malam tadi apabila berjaya menumpaskan penjaga gawang Mc dan meletakkan nama Manchester United menjulan piala perisai 2011 dengan bergaya..Man Utd berjaya bangkit dari ketinggalan dan ini merupakan perlawanan permulaan terbaik buat pasukan Man Utd untuk terus mempertahankan piala liga 2011/2012..

Community Shield 2011 : Man Utd vs Man City

August 3, 2011 at 12:37 pm

Juara piala liga EPL 19 kali Manchester United bakal bertemu pasukan jirannya Manchester City bagi merebut Piala Community Shield yang bakal berlangsung pada 7 Ogos ini di stadium Wembly..kedua-dua pasukan ini yang sedang sibuk untuk mendapatkan pemain terbaik mereka untuk liga musim hadapan dijangka bakal membuatkan ramai pihak ingin mengetahui pemain-pemain terbaru yang bakal diturunkan pada perlawanan ahad ini..

Man utd yang baru sahaja membeli ashley young dan De Gea dan Man city pula membeli clichy dan aguero sudah pasti akan menurukan pemain-pemain ini bagi menguji kehebatan mereka di padang wembly nanti.. Man Utd yang masih segar dengan menumpaskan Barcelona pada perlawanan persahabatan minggu lalu sudah pasti ingin menjuarai piala ini..

kepada peminat EPL pastikan anda tidak terlepas peluan untuk menonton perlawnan terhangat di England pada ahad ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...