Syarat Dan Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (Bukit Jalil & Bandar Penawar)

March 28, 2013 at 11:51 am

Stadium Bukit Jalil 3

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Cara Kemasukan ke SSM Bagi Lepasan UPSR dan PMR

Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tidak dijalankan melalui permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan ditawarkan memasuki ke SSM melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu iaitu:
  1. Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat kebangsaan.
  2. Melalui Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM.
  3. Calon yang dicadangkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau atlet pelapis negara.
Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:
1.  Sekolah Sukan Bukit Jalil
     Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
     57000 Kuala Lumpur.
     Tel: 03 – 90587335 | Fax: 03-90587135
2.  Sekolah Sukan Bandar Penawar
     81900 Kota Tinggi, Johor.
     Tel: 07 – 8223027 | Fax: 07 – 8223028
Acara Sukan Yang Dimajukan di SSM:-
(1) Akuatik – renang, terjun & renang berirama
(2) Bola keranjang
(3) Bola sepak
(4) Bola jaring
(5) Bola tampar
(6) Badminton
(7) Bola tenpin
(8) Berbasikal
(9) Ekuestrian
(10) Golf
(11) Gimnastik – artistik & gimrama
(11) Hoki
(12) Kriket
(13) Lawan pedang
(14) Memanah
(15) Menembak
(16) Seni Mempertahankan Diri – taekwando, wushu, karate
(17) Olahraga
(18) Squasy
(19) Sepak takraw
(20) Tenis
 
Sistem Pembelajaran
Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem persekolahannya berbeza sedikit kerana untuk meningkat ketahanan mental dan disiplin pelajar.
Berikut antara rutin kaedah kehidupan di sekolah sukan.
  • 6.30 – 8.30 pagi: Latihan sukan
  •   9.30 – 9.30 pagi: Sarapan pagi
  •  9.30 – 2.30 petang: Kelas akademik
  • 2.30 – 3.00 petang: Makan tengahari
  •  3.30 – 7.00 petang : Latihan petang
  •  8.00 – 8.30 malam: Makan malam
  •  8.30 – 10.00 malam : Kelas persediaan
  • 10.00 – 10.30 malam : minum malam
  • 11.00 malam : Tidur

*Segala maklumat lanjut, bolehlah anda bertanya pada pihak sekolah tersebut.

Link TV Streaming : Barcelona vs Real Madrid (Copa Del Rey)

February 26, 2013 at 1:27 am

real-madrid-vs-barcelona

 

Copa Del Rey (2nd leg)

Barcelona (1) vs Real Madrid (1)

26 febuary 2013

4 AM ( Malaysia Time)

Link Streaming

* we found 5 link for this streaming

Link TV Streaming : Manchester City vs Chelsea (EPL)

February 24, 2013 at 7:34 pm

images

English Premier League

Manchester City vs Chelsea

9.30 PM (Malaysia Time)

LINK STREAMING 

*We found 5 server for this game

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...