Jangan Bersedih Wahai Penunggang Motor

May 14, 2012 at 11:48 pm

Ini adalah Enrty jiwang karat dan sedih..harap anda tidak fikir bukan-bukan dan kisah ini tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun sudah mati. hanya sekadar luahan idea dan permikiran saya sahaja.

Mencari cinta mungkin sesuatu yang sukar bagi seseorang, namun cinta itu ada juga yang mudah didapati dengan kelebihan yang dimiliki sesorang. Jaminan muka hensem dan kacak pasti menjadi salah satu ciri-ciri yang perempuan inginkan selain dari kewangan yang kukuh. Janganlah menipu diri sendiri dengan mengatakan itu semuanya dunia kerana cinta yang tiada Duit pastinya akan sengsara. Penunggang motor atau lebih gemar orang panggil “Mat Rempit” pastinya menjadi satu igauan buruk buat perempuan yang cantik. Tetapi tidak dinafikan ada juga gadis yang cantik mencintai Mat rempit. Golongan Mat Rempit atau lelaki yang hanya ada motor ini selalunya memiliki ramai rakan perempuan, namun belum tentu mereka mempunyai awek. Pencarian cinta sangat sukar buat lelaki yang hanya ada motor ini kerana kini ramai perempuan telah memiliki kereta sendiri ataupun milik keluarga.

Adalah satu kisah dimana seorang lelaki yang hanya mempunyai motorsikal telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang berasal dari keluarga senang. Kisah ini bukanlah seperti cerita Adnan Sempit mahupun cerita cinta yang lain. Lelaki ini mula jatuh hati dengan seorang gadis yang sama tempat belajar dengannya. kehidupan yang sangat berbeza darjatnya telah membuatkan cinta seorang lelaki ini terbatas dengan pergaulan sehariannya. lelaki ini pada mulanya amat rapat dengan gadis ini, namun apabila lelaki itu meluahkan cinta segalanya berubah dimana perempuan itu ternyata memilih lelaki yang mempunyai kereta serta mempunyai perwatakan dan imej yang menarik. Lebih mudah dikatakan seperti lelaki yang kacak dan hensem..

hal itu membuatkan lelaki itu mendiamkan diri dan cuba untuk menjauhkan diri dari perempuan itu. Ini kerana lelaki itu malu dengan apa yang beliau ada. Dengar berbekalkan sebuah motor, lelaki itu telah gagal untuk menambat hati perempuan itu. Perempuan itu tidaklah jahat ataupun jual mahal, namun disebabkan tidak setaraf segalanya telah mengubah keadaan. Daripada rapat berkawan, akhirnya lelaki itu mengambil keputusan untuk menjauhi diri dari perempuan itu.

setelah lama memendam rasa dan tiap hari melihat kelibat perempuan itu, tuhan telah menguji kesabaran lelaki ini dimana perempuan itu telah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang lebih baik berbanding lelaki mat rempit itu. Kehidupan perempuan itu mula berubah dan terarah kepada lelaki kacak itu. Di dalam keseronokan perempuan itu, tuhan telah menguji perempuan itu dengan berlakunya satu kemalangan yang melibatkan gadis itu dengan sebuah lori. kemalangan itu berlaku betul-betul berhampiran dengan tempat belajar mereka. kebetulan pula lelaki mat rempit itu lalu di jalan tersebut untuk pulang ke rumahnya. lelaki itu sangat terkejut dimana beliau melihat orang yang dia pernah suka dan minat telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Dengan bergegas lelaki itu berhentikan motorsikalnya dan cuba ke kawasan kemalangan itu. Kelihatan perempuan itu masih lagi bernyawa dan tidaklah teruk kecederaan yang beliau hadapi. Hanya kepala berdarah dan tangannya mungkin patah sahaja.  selang beberapa minit kemudian, ambulans datang membawa gadis itu ke hospital tanpa ditemani oleh mana-mana rakan gadis itu. Ini kerana gadis tersebut hanya berseorangan di dalam kereta ketika kemalangan. Lelaki mat rempit itu pun tanpa berlengah dan terus mengikuti ambulans tersebut ke hospital.setibanya disana, lelaki itulah yang membantu gadis tersebut untuk di daftakan ke wad pesakit.

sejak dari kemalangan itu, lelaki mat rempit itu seringkali melawati gadis tersebut sehinggalah suatu hari mat rempit itu dapat bertemu dengan keluarga gadis itu.  Akhirnya lelaki tersebut membuat pengakuan bahawa beliau benar-benar suka dan cinta terhadap gadis itu. hal ini membuatkan gadis itu terkejut dan sangat terhutang budi dengan lelaki tersebut. Namun, amat sedih diungkapkan oleh gadis itu apabila beliau menyatakan bahawa beliau sudah berpunya dan lelaki itu telah terlambat untuk mencintainya. Memang gadis itu terhutang budi dengan mat rempit itu, namun cinta itu bukanlah mudah untuk dimiliki kerana pelbagai persaingan harus dihadapi.

hati seorang mat rempit itu kecewa dan terus pulang ke rumahnya..setelah beberapa bulan mereka berjumpa semula di tempat belajar dan secara tiba-tibanya gadis itu ingin menemui mat rempit itu. Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila gadis tersebut meminta maaf kepadanya. Rupa-rupanya, perempuan itu telah pun ditinggalkan oleh kekasihnya kerana tidak mahu meluangkan masa bersama gadis itu di hospital tempoh hari. gadis itu berasa kesal dan memohon maaf kepada mat rempit itu. lalu di ajaknya ke kedai makan dan berborak sehingga larut malam. peluang itulah digunakan oleh lelaki itu untuk meluahkan cintanya dan akhirnya segala impiannya itu tercapai dengan terjalinlah perhubungan kekasih diantara mereka berdua.

itulah kisah ringkas yang sempat saya fikirkan hari ini…jadi janganlah bersedih wahai mat rempit ..rezeki itu ada..kita saja yang perlu cari.. :)

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 !

April 9, 2012 at 12:01 am

Berikut merupakan senarai pemenang anugerah bintang popular berita harian 2012 :-
Artis Duo/Berkumpulan :- Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

Artis Baru Wanita Popular:- Tasha Shilla

Penyampai Radio Lelaki:- Faizal Bin Ismail

Artis Komedi Wanita:- Didie Alias

Anugerah pencapaian sepanjang hayat :- Dato’ Shila Majid

Pengacara TV Lelaki:- Zizan Razak

www.uzairothman.com

Artis Baru Lelaki Popular:- Johan Ariff As’ari

Pelakon TV Lelaki Popular:- Fizz Fairuzz

Penyampai Radio Wanita:-  Fara Fauzana

Pengacara TV Wanita:- Fara Fauzana

Artis Komedi Lelaki:- Johan

Anugerah Seri Perak : – Datuk Siti Nurhaliza

Penyanyi Lelaki Popular:-  Hafiz

www.uzairothman.com

Pelakon Filem Lelaki Popular: -Aaron Aziz

Pelakon TV Wanita Popular:- Fasha Sandha

Pelakon Filem Wanita Popular:- Maya Karin

Penyanyi Wanita Popular:- Yuna

Bintang Popular ABPBH 25 : – Aaron Aziz

Restoran Terbakar Di KLCC?

March 29, 2012 at 7:06 pm

29 March 2012 – salah sebuah restoran di KLCC terbakar dan dikabarkan ia berpunca dari kebakaran dapur di restoran tersebut. orang ramai yang berada di kawasan dalam KLCC terpaksa berpusu-pusu menyelamatkan diri dan bangunan tersebut dikosongkan dalam tempoh 15 minit.

tiada kemalangan jiwa atau orang yang tercedera akibat kebakaran tersebut.. ini merupakan kali kedua KLCC mengalami situasi panik selepas kali terakhir terjadi pada beberapa  tahun lepas akibat panggilan bom palsu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...