“Lawak Ke Der 2″ Bakal Di Pawagam 7 Mac 2013

February 23, 2013 at 12:00 pm

Lawak-Ke-Der-2-Poster-Filem-1

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

DSC_3106

Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.

Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.

DSC_0173

Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia.

Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair. Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.


DSC_0187
Bagi saya, Lawak Ke Der 2 ini menampilkan satu kelainan dan ia perkara baru di dalam industri perfileman negara. Ini dimana persembahan pentas dijadikan filem dan ia sememangnya tidak pernah lagi dibuat di Malaysia.  Dengan menampilkan barisan pelawak yang terbaik, filem ini bakal memberi satu keistimewaan kepada penonton yang menyaksikan filem ini. Ini dimana anda akan sentiasa tergelak di dalam pawagam kerana hampir 99% babak pementasan ini adalah berasaskan lawak.
Jom kita lihat gambar sekitar Majlis Tayangan Media “Lawak Ke Der 2″ :-
DSC_0190
Sewaktu di temuramah bersama media, Hans Isaac selaku pengarah Lawak ke Der 2 menyifatkan filem ini tidak mempunyai genre khas. Ini dimana ia merupakan salah satu perkara baru di dalam industri filem dimana pementasan lawak dijadikan filem. Beliau juga tidak meletakkan sasaran untuk filem ini keran ia masih lagi dalam pengujian kerana perkara ini masih baru lagi bagi peminat wayang di Malaysia. Kesemua barisan pelawak juga turut bersepakan dan mengharapkan sambutan yang baik terhadap peminat akan filem yang  bakal ditayangkan pada 7 Mac 2013 nanti. Oleh itu, mari bersama-sama kita ke pawagam dan bergelak ketawa sehingga puas..
Terima kasih kepada kak ruby yang telah invite saya ke sini, dan terima kasih juga kepada Tall Order Productions kerana telah memberikan yang terbaik pada majlis tayangan media filem “Lawak Ke Der 2″ yang berlangsung di The Curve (23.2.2013) . Di majlis ini, Zizan dan Harith Iskandar tidak dapat hadir kerana diatas urusan tertentu.
DSC_0194
JOHAN
DSC_0197
Nabil
DSC_0192
Hans Isaac (Pengarah)
DSC_0191
BOBOI yang terdiri daripada harun salim bachik dan afdlin shauki
DSC_0164
 harun salim bachik
DSC_0166
saya dan nabil
DSC_0162
saya bersama Hans Isaac

Movie Day Out #GangsterCelop Bersama UzairOthman.com

February 21, 2013 at 2:15 pm

GC_Poster

 

Filem : Gangster Celop

Pawagam : MBO KL Festival City,Setapak.

Tarikh : 2 Mac 2013

Waktu : Petang (akan dimaklumkan kemudian)…if tiada tayangan petang..terpaksalah ditukar kepada waktu malam..

anda boleh collect tiket pada saya iaitu pada 2 Mac 2013 di MBO KL Festival City,Setapak. . (masa akan dimaklumkan kemudian)

Hadiah : 5x pemenang tiket wayang filem Gangster Celop. Setiap pemenang akan mendapat sepasang tiket.

* tiket wayang ini telah ditetapkan waktu dan hari tontonannya..harap anda free pada waktu yang telah saya tetapkan itu.

Contest mudah saja,

1. LIKE FB UzairOthman.com  

2. Hantarkan slogan di bawah post ini, “Saya ingin menonton filem Gangster Celop kerana……………. ”  - tulislah berapa patah perkataan pun yang penting menarik..

3. Anda juga boleh hantar slogan dengan tweet saya di twitter handle @Uzair_Othman dengan menulis slogan “Saya ingin menonton filem Gangster Celop kerana……………. “

4. Kalau susah juga? hantarkan slogan anda di Inbox fanpage saya di Sini UzairOthman.com

*sila tinggalkan nama dan email anda ..pemenang akan diumumkan melalui email dan FANPAGE FB Uzairothman.com

Tapi serius saya katakan bahawa filem ini memang terbaik, korang kalau tak sempat tengok pada Movie Day Out ni, baiklah korang tonton filem tu mulai 21 febuari 2013..rugi tak tengok, memang lawak habis la gandingan 3 pelakon utama filem tersebut iaitu  syamsul yusof, kamal adli dan Hanis Zalikha.

  – CONTEST SUDAH DI TUTUP -

Pratonton Filem “Aku Ada Kau Ada” ( Koleksi Gambar Pelakon Filem “Aku Ada Kau Ada”)

May 22, 2012 at 2:11 am

 

22.5.2012 -Bertempat di Cathay E@curve berlangsungnya satu majlis pratonton filem terbaru daripada MIG. Filem arahan Rahila Ali ini diberikan judul “Aku Ada Kau Ada”  yang bakal ditayangkan di seluruh negara mulai 24 Mei 2012 ini. Filem yang dibintangi pelakon utama seperti Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli ini dijangka mendapat sambutan hangat peminat filem Malaysia. Selain itu, filem ini juga turut mendapat sokongan lakonan daripada Angah raja lawak, Wana Ali dan Sufian Ali. Ini dimana Wana Ali dan Sufian Ali merupakan adik-beradik yang menjadi bintang cilik di dalam filem ini.

Gabungan pelakon baru dan lama di dalam cerita ini pastinya akan memberikan kesan mendalam pada cerita ini. Ini dimana gandingan pelakon senior dan junior dapat menghasilkan satu filem yang baik disamping dapat menarik minat baru penonton. Filem yang bertemakan cinta komedi muzikal ini telah banyak menjalankan pengambaran di Korea dan Malaysia. Lokasi korea dipilih kerana ia mempunyai permandangan yang cantik dan indah dan dapat digabungkan di dalam watak percintaan filem ini.

Filem ini boleh dikatakan mirip filem hindustan iaitu Mohabbatein dimana watak dan jalan cerita filem ini berada di kolej. Pemain di dalam filem ini memaikan watak mahasiswa yang mengambil jurusan muzik. Dan keadaan itu seolah-olah sama seperti filem Mohabbatein. Sangat menarik perjalanan cerita ini disamping babak romantik yang akan membuatkan anda terpegun melihat babak cinta Shaheizy Sam bersama Yana Samsudin di dalam filem ini.

Rasanya jika hendak bercerita mengenai synopsis filem ini mesti tidak surprise. Jadi saya harap korang tengok sendiri filem ini di pawagam. Filem ini memang terbaik dan rate filem ini saya bagi 8 dari 10 bintang. Di dalam perjalanan cerita ini, telah diselitkan beberapa aksi nyanyian yang menampkan lagi filem ini filem cinta komedi muzikal.

Jika anda peminat filem cinta, pastikan anda tonton filem ini kerana filem ini diantara filem terbaik pernah dikeluarkan oleh MIG dan saya sendiri turut merasakan filem ini boleh pergi jauh kerana kualiti dan dialog filem ini yang kelakar akan membuatkan ramai penonton yang menonton filem ini turut ketawa bersama. Filem yang akan mula ditayangakan pada 24 mei ini memberikan satu kelainan buat anda.

 

Koleksi Gambar Artis Di Pratonton “Aku Ada Kau Ada”

 Shaheizy sam

 Yana Samsudin

 kamal adli

 

 Wana Ali dijangka mempunayi peluang yang cerah di dalam bidang lakonan

klik more untuk lihat lebih banyak gambar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...