Konsert We Love Media Hiburan

February 25, 2013 at 7:05 pm

225323_10151316287798435_2098276791_n

 

Konsert We Love Media Hiburan 
Tempat : i-City Shah Alam
Tarikh : 2 Mac 2013
Masa : 7.00 mlm – 11.00 mlm
Masuk PERCUMA 

 

Anda dah bersedia untuk menyaksikan konsert paling bercahaya tahun ini? Media Hiburan mempersembahkan KONSERT WE LOVE MEDIA HIBURAN @ i-City bersama artis-artis hebat tanah air seperti RAMLAH RAM, SLEEQ, ALIFF AZIZ, ADIRA, KLANGIT, AMIR JAHARI, KAKA, FORTEEN dan diacarakan oleh JIMMY SHANLEY & DINA! Datanglah beramai-ramai pada 2 Mac ini. MASUK PERCUMA!

“Lawak Ke Der 2″ Bakal Di Pawagam 7 Mac 2013

February 23, 2013 at 12:00 pm

Lawak-Ke-Der-2-Poster-Filem-1

Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.Seramai 30,000 rakyat Malaysia menutupi tirai tahun 2012 mereka dengan gelak tawa bersama Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya.Kepercayaan diberikan kepada Hans Isaac untuk mengarah kedua-dua persembahan Lawak Ke Der berikutan dengan kejayaan kesemua persembahan teater yang pernah diterbitkannya di Istana Budaya. Dia juga merupakan penerima Anugerah Pengarah Harapan Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia yang ke-21.

Memandangkan Lawak Ke Der 2 hanya dipentaskan sebanyak 6 persembahan sahaja di Istana Budaya, banyak permintaan untuk sebuah re-stage yang diterima oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket akibat sold out. Dari situ, timbullah ide dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.TOP, sebuah syarikat Hans Isaac, dengan bangganya mempersembahkan buat julung-julung kali di dalam sejarah perfileman Malaysia, persembahan pentas Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi dan boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013! Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei.

DSC_3106

Filem ini dibintangi oleh 6 pelawak terbaik tanah air.Walaupun bertindak sebagai pengacara, Nabil iaitu Juara Raja Lawak Musim Ke-2, masih akan menghiburkan penonton dengan aksi stand-up comedynya. Setnya menjadi selingan bagi setiap persembahan pelawak yang lain. Walaupun muncul beberapa kali dalam filem ini, jenakanya tidak menjemukan.Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI) sering muncul dengan sketsa-sketsa baru yang kreatif dan bermesej. Aksi-aksi naib juara Maharaja Lawak Mega 1 sering menghiburkan penonton, lebih-lebih lagi dengan kemunculan Datin Maimon dan Gegirl.

Selain dari ‘Halussss’, Harith Iskander juga dikenali sebagai Malaysia’s King of Comedy. Persembahan Harith ternyata berjaya mendekatkan penonton Malaysia dengan stand up comedy yang sebenar. Tayangan filem ini juga pasti akan meninggalkan kenangan manis buat Harith memandangkan tahun ini sudah genap 25 tahun dia berkecimpung di dalam bidang komedi Negara.

DSC_0173

Chemistry di antara Johan dan Zizan (JOZAN) juga tidak dapat disangkal lagi kerana mereka sering menampilkan sketsa-sketsa yang akan kekal di hati penonton. Ayat “Last payyyperr” yang diperkenalkan oleh Juara Maharaja Lawak Mega 2012 ini di Lawak Ke Der yang pertama masih menjadi ikutan anak-anak muda.Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, jenama Lawak Ke Der ini ternyata berjaya menambat hati Malaysia.

Tall Order Productions ingin berkongsi pengalaman komedi ini dengan semua peminat filem tanahair. Jadilah sebahagian dari sejarah perfileman Malaysia.Kepada 2.4 juta penonton Lawak Ke Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ke Der 2 di pawagam berhampiran dengan anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda terlalu kecil dan tak baik untuk penglihatan.


DSC_0187
Bagi saya, Lawak Ke Der 2 ini menampilkan satu kelainan dan ia perkara baru di dalam industri perfileman negara. Ini dimana persembahan pentas dijadikan filem dan ia sememangnya tidak pernah lagi dibuat di Malaysia.  Dengan menampilkan barisan pelawak yang terbaik, filem ini bakal memberi satu keistimewaan kepada penonton yang menyaksikan filem ini. Ini dimana anda akan sentiasa tergelak di dalam pawagam kerana hampir 99% babak pementasan ini adalah berasaskan lawak.
Jom kita lihat gambar sekitar Majlis Tayangan Media “Lawak Ke Der 2″ :-
DSC_0190
Sewaktu di temuramah bersama media, Hans Isaac selaku pengarah Lawak ke Der 2 menyifatkan filem ini tidak mempunyai genre khas. Ini dimana ia merupakan salah satu perkara baru di dalam industri filem dimana pementasan lawak dijadikan filem. Beliau juga tidak meletakkan sasaran untuk filem ini keran ia masih lagi dalam pengujian kerana perkara ini masih baru lagi bagi peminat wayang di Malaysia. Kesemua barisan pelawak juga turut bersepakan dan mengharapkan sambutan yang baik terhadap peminat akan filem yang  bakal ditayangkan pada 7 Mac 2013 nanti. Oleh itu, mari bersama-sama kita ke pawagam dan bergelak ketawa sehingga puas..
Terima kasih kepada kak ruby yang telah invite saya ke sini, dan terima kasih juga kepada Tall Order Productions kerana telah memberikan yang terbaik pada majlis tayangan media filem “Lawak Ke Der 2″ yang berlangsung di The Curve (23.2.2013) . Di majlis ini, Zizan dan Harith Iskandar tidak dapat hadir kerana diatas urusan tertentu.
DSC_0194
JOHAN
DSC_0197
Nabil
DSC_0192
Hans Isaac (Pengarah)
DSC_0191
BOBOI yang terdiri daripada harun salim bachik dan afdlin shauki
DSC_0164
 harun salim bachik
DSC_0166
saya dan nabil
DSC_0162
saya bersama Hans Isaac

Movie Day Out #GangsterCelop Bersama UzairOthman.com

February 21, 2013 at 2:15 pm

GC_Poster

 

Filem : Gangster Celop

Pawagam : MBO KL Festival City,Setapak.

Tarikh : 2 Mac 2013

Waktu : Petang (akan dimaklumkan kemudian)…if tiada tayangan petang..terpaksalah ditukar kepada waktu malam..

anda boleh collect tiket pada saya iaitu pada 2 Mac 2013 di MBO KL Festival City,Setapak. . (masa akan dimaklumkan kemudian)

Hadiah : 5x pemenang tiket wayang filem Gangster Celop. Setiap pemenang akan mendapat sepasang tiket.

* tiket wayang ini telah ditetapkan waktu dan hari tontonannya..harap anda free pada waktu yang telah saya tetapkan itu.

Contest mudah saja,

1. LIKE FB UzairOthman.com  

2. Hantarkan slogan di bawah post ini, “Saya ingin menonton filem Gangster Celop kerana……………. ”  - tulislah berapa patah perkataan pun yang penting menarik..

3. Anda juga boleh hantar slogan dengan tweet saya di twitter handle @Uzair_Othman dengan menulis slogan “Saya ingin menonton filem Gangster Celop kerana……………. “

4. Kalau susah juga? hantarkan slogan anda di Inbox fanpage saya di Sini UzairOthman.com

*sila tinggalkan nama dan email anda ..pemenang akan diumumkan melalui email dan FANPAGE FB Uzairothman.com

Tapi serius saya katakan bahawa filem ini memang terbaik, korang kalau tak sempat tengok pada Movie Day Out ni, baiklah korang tonton filem tu mulai 21 febuari 2013..rugi tak tengok, memang lawak habis la gandingan 3 pelakon utama filem tersebut iaitu  syamsul yusof, kamal adli dan Hanis Zalikha.

  – CONTEST SUDAH DI TUTUP -

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...