Sheila On 7, HUJAN, Bunkface Dan Ramai Lagi Bakal Meriahkan BlackBerry Music Mania !!!
Jika anda sedang mencari lokasi untuk menyambut tahun baru 2013, jangan pandang-pandang tempat lain lagi, terus saja ke BlackBerry Music Mania. Dilancar secara rasmi hari ini, BlackBerry Music Mania adalah festival yang penuh dengan aktiviti sepanjang hari. Ianya mengabungkan suasana karnival bersama dengan konsert rock yang akan mempersembakan band rock terkemuka tanah air.
Acara yang bermula seawal 3PTG pada Isnin, 31 Disember 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam itu akan dipenuhi aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Penuh dengan permainan-permainan tanpa henti, ahli silap mata jalanan, makanan & minuman yang menyelerakan dan tidak dilupakan persembahan jalanan dari pemenang anugerah WAKAKA Crew.
Bermula 5PTG ke atas, pintu stadium akan dibuka untuk acara utama di mana pemegang tiket bakal menyaksikan persembahan-persembahan hebat dari Kyoto Protocol, Bunkface, Go Gerila, Joe Flizzow’s Kartel, HUJAN, dan artis jemputan khas dari Indonesia, Sheila on 7, yang juga akan bersama penonton sehingga tahun baru.
Jadi, jika anda seorang pengguna Blackberry atau berfikir untuk menjadi salah seorang dari mereka, jangan lupa untuk hadir ke acara gilang gemilang ini! Anda boleh masuk karnival secara percuma, tetapi tiket untuk konsert BlackBerry Music Mania hanya boleh didapati melalui pembelian peranti bimbit BlackBerry Curve 9320 / 9220 ataupun melalui saluran rakan penaja.
BlackBerry Music Mania memang lokasi paling menyeronokkan sempena tahun baru!






