Paramore Live in Malaysia 2013

February 18, 2013 at 3:00 pm

Bandar Kuala Lumpur-20130217-02574

 

Paramore baru sahaja melangsungkan konsert tour mereka yang singgah di kuala lumpur malam tadi. Konsert yang dihadiri lebih dari 1000 orang ini berlangsung pada jam 9 malam di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kumpulan yang terkenal dengan lagu  ”the only exception ” dan “that’s what you get” ini tampil selama satu jam setengah diatas pentas. Hampir kesemua lagu hit mereka persembahkan dan konsert ini ternyata menghiburkan penonton yang hadir.

Bandar Kuala Lumpur-20130217-02569

 

Vokalis Paramore iaitu Hayley Williams menyatakan ini merupakan persinggahan ketiga pada tour kali ini dimana sebelum ini mereka sempat melangsungkan konsert di Filipina dan Thailand. Ternyata peminat di Malaysia lebih fanatik dan teruja dengan kehadiran band dari pada US ini.

*Harap maaf dengan kualiti gambar yang kurang memuaskan.

PSY Terima Ugutan Bunuh Di Penang

February 18, 2013 at 1:21 pm

psy-penang-140213-Bernama_2

 

Polis Pulau Pinang mengesahkan penyanyi popular Korea Selatan, Psy, yang membuat persembahan di negeri ini minggu lalu menerima ugutan bunuh. Salah satu petikan akhbar menyatakan Psy menerima ugutan tersebut pada jam 8 malam iaitu sehari sebelum persembahannya di Pulau Pinang. Pesanan yang diterima dari  pesanan ringkas SMS dariapda pengurus Psy, telah membuatkan pihak polis lebih berjaga dan memastikan keselamatan penyanyi itu terjamin.

Psy yang hadir ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan sempena Progam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia pada 11 Februari lalu terpaksa dikawal ketat oleh pihak polis bagi memastikan tiada perkara tidak diingini terjadi. Kes ini sangat memalukan Malaysia di mata dunia dan sikap tidak professional rakyat Malaysia ini perlulah di hindari daripada berulang lagi.

PSY Bakal Tampil Di Konsert Tahun Baru Cina

February 3, 2013 at 10:10 am

psy-mtv-ema-s-2012-show-03

 

 

Tarian Kuda dari Gangnam bakal datang ke MALAYSIA , PSYyang terkenal  menerusi Gangnam Style dikatakan telah diundang untuk membuat persembahan di salah satu Rumah Terbuka Tahun Baru Cina. Majlis yang akan diadakan pada 11.2.2013 ini diraikan bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Sekolah Tinggi Han Chiang.


Kehadiran Psy dimaklumkan menerusi laman sosial Twitter itu bakal membuat persembahan kepada seluruh penonton yang hadir dan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Klip video artis tersebut telah mengudang fenomena  dan itu telah menarik minat ramai perdana menteri di luar negara untuk mengundang Psy ke negara masing-masing. Salah satu perdana Menteri yang mengundang Psy adalah Barack Obama ketika perayaan Krismas lalu.
Kehadiran Psy disambut baik oleh peminat Kpop Malaysia dan ada juga yang anti dengan penyanyi ini. Ada juga pihak politik mempertikaikan soal kedatangan penyanyi dari Korea Selatan ini namun, kepastian persembahan ini masih belum diketahui.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...