Iftar Bersama Norish Karman & Peminat
11.8.2012 – Bertempat di House Restaurant E@Curve berlangsung sesi berbuka puasa Norish Karman bersama peminat dimana majlis yang begitu santai ditambah dengan persembahan nyanyian beliau sendiri. Norish Karman atau dikenali sebagai NK baru sahaja kita lihat lakonan beliau di Segmen Cerekarama TV3 yang berjudul “Begitulah Sayang” dan “Maharku Untukmu” yang baru ditanyangkan beberapa minggu yang lalu.
NK yang telah beralih dari bidang lakonan kepada nyanyian telah pun melancarkan album berjudul “Terus Melangkah” beberapa bulan yang lalu. Beliau yang kini dihimpit dengan beberapa isu panas dengan tenang sahaja menghadapi segala cabaran dan rintangan dunia hiburan ini. Ketika saya menemui beliau di Majlis Berbuka puasa bersama NK, beliau begitu tenang dan ramah melayan setiap peminat yang hadir. Beliau juga sempat menyediakan Rendang Ayam yang dimasaknya sendiri untuk diberikan kepada peminat sebagai tanda penghargaan beliau kepada peminatnya.
Norish Karman berhari raya bersama keluarga
Menjelang Aidilftiri yang bakal tiba tidak lama lagi, NK masih sibuk dengan sesi pengambaran di Kota Bharu untuk cerekarama TV3 yang bakal ditayangkan tidak lama. lagi. Beliau juga kini bergiat aktif di dalam bidang motivasi dimana beliau juga memberikan ceremah motivasi dan nasihat di beberapa Universiti di Ibukota. Beliau juga kini terlibat di dalam beberapa buah drama seperti “Kerana Seruling Cintamu” dan “Julia” yang bakal ditayangkan selepas aidilfitri nanti.






