Penerimaan Baucer Buku 1 Malaysia

March 7, 2013 at 12:30 am

IMG-20130306-02599

 

 

Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca blog UzairOthman.com , akhirnya saya sebagai pelajar di salah satu universiti swasta tempatan telah pun menerima Baucer Buku 1 Malaysia. Penagihan oleh pihak kerajaan dalam membantu mengurangkan beban pelajar dalam masa yang sama membantu meningkatkan mutu pembelajaran. Baucer Rm 50 sebanyak 5 keping ini telah menjadikan jumlah bantuan sebanyak Rm 250 sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pelajar.

Terima kasih kepada pihak kerajaan dalam membantu pelajar dan ia amat bersesuaian dengan ideolgi kerajaan iaitu Janji Di Tepati dalam memberikan dan meningkatkan sistem pelajaran di Malaysia. Baucer ini bolehlah saya gunakan untuk membeli buku-buku engineering kerana buka tersebut agak mahal dan sangat diperlukan dalam pembelajaran saya.

Beriku adalah beberapa kedai yang menyediakan perkhidmatan baucer buku ini :-

  • popular Bookstore
  • MPH
  • Kinokuniya
  • PTS
  • BN Supplies & Trading
  • Boarders
  • Arena Ilmu
  • Syarikat My Bookstore Sdn Bhd
  • Uniworld Bookstore
  • Kedai/koperasi Universiti

Buat Kad Pengenalan (IC) Di Putrajaya

February 18, 2013 at 1:32 pm

Putrajaya-20130215-02555

Cuti semester saya kali ini saya penuhkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Selain daripada event dan percutian, saya juga membuat kerja rumah dan membesarkan perut di rumah.sambil menghabiskan game di laptop saya..hehe..pada jumaat yang lepas, saya sempat membuat kad pengenalan baru dimana menggantikan kad pengenalan yang lama akibat sudah terlalu lama.

Saya membuat kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Putrajaya yang terletak di Presint 3. Nasihat saya, anda perlu datang awal bagi mempercepatkan urusan pembuatan IC baru anda. Disini anda hanya memerlukan tempoh satu hari untuk menyiapkan IC dimana anda buat IC hari ini dan ia akan siap keesokkan harinya.

 

Putrajaya-20130215-02556

 

Walaupun nombornya beratus-ratus, tetapi ia tidak lama tunggu kerana terdapat 19 kaunter pelanggan disini. oleh itu daripada tunggu berjam-jam lamanya, kini hanya perlu tunggu selama sejam sahaja. Nasihat saya baik anda buat IC ini dari hari Isnin hingga khamis kerana keesokannya anda boleh ambil IC. Berbanding buat IC pada hari Jumaat, anda terpaksa ambil IC pada hari Isnin minggu hadapan.
IMG-20130218-02576

 

Setelah membuat IC baru, anda akan menerima dokumen diatas ini sebagai IC sementara. Bayaran bagi membuat IC baru adalah sebanyak Rm 10.. Anda juga boleh menyemak maklumat IC anda di laman web Jabatan pendaftaran negara www.jpn.gov.my atau talian 03-88808066 .

PSY Terima Ugutan Bunuh Di Penang

February 18, 2013 at 1:21 pm

psy-penang-140213-Bernama_2

 

Polis Pulau Pinang mengesahkan penyanyi popular Korea Selatan, Psy, yang membuat persembahan di negeri ini minggu lalu menerima ugutan bunuh. Salah satu petikan akhbar menyatakan Psy menerima ugutan tersebut pada jam 8 malam iaitu sehari sebelum persembahannya di Pulau Pinang. Pesanan yang diterima dari  pesanan ringkas SMS dariapda pengurus Psy, telah membuatkan pihak polis lebih berjaga dan memastikan keselamatan penyanyi itu terjamin.

Psy yang hadir ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan sempena Progam Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia pada 11 Februari lalu terpaksa dikawal ketat oleh pihak polis bagi memastikan tiada perkara tidak diingini terjadi. Kes ini sangat memalukan Malaysia di mata dunia dan sikap tidak professional rakyat Malaysia ini perlulah di hindari daripada berulang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...